"a compliance auditor, an event planner, a full time wife of MF and a mummy to little adinda "

-mJ


Tuesday, 12 May 2015

6 hari mencari cinta

Berbunga
Bukan pertama kali bercerita tentang detik pertama
Detik awal dan pertemuan kita
Entah..
Aku tak pernah jemu 

Kadang kadang masih lagi pusing waktu ke belakang ingat saat kita ditemukan
Bila fikir hari ini kita sudah sekatil
Sedar yang kuasa Allah itu terlalu besar

Dia atur cantik hidup kita
Dia duga sabar kita
Tapi tetap kita di sini
Masih berpaut tangan walau gaduh
Masih mampu rindu bila jauh

Kita dua manusia kompleks
Yang pasti Allah temukan untuk belajar dari satu sama lain
Sikap aku yang selalu berfikir di luar kotak, defensif
Selalu tak terjangkau dek akal kau
Hati aku tisu yang mudah koyak mudah terasa
Mungkin buat kau rimas dengan air mata

Sikap kau yang kasar
Buat aku kecil hati adakalanya
Ego kau yang tinggi
Mungkin buat aku rasa kau tak peduli apa aku rasa

Entah nampak seperti suatu yang rumit
Tapi pernah terfikir kenapa Allah satukan kita?
Kenapa kita tetap ada untuk setiap sakit hati dan bermula semula esok hari dengan bahagia?

Kerana Tuhan mahu aku belajar jadi kuat dan tak mudah ambil hati, orang marah itu cakapnya bukan logik
Kerana Dia mahu aku belajar mengalah, kerana bila kita angkat bendera putih bukan bererti kita salah 
tapi fikirlah untuk apa menang?

Dia juga mahukan kau belajar supaya mengenal hati orang lain
Kasar itu memang buat kau tak hipokrit tapi menjaga hati itu juga perlu
Tuhan hantar aku untuk kau tahu ego seorang lelaki itu patut hilang bila dia diamanahkan isteri dan keturunannya
Kerana ego bukan ukuran sebenar kejantanan 

Belajar
Sabar
Sayang
Cinta
Tanpa dendam

Sesungguhnya dalam pasang surut hidup dengan kau aku tak pernah rasa penat
Tapi kau tahu tak senyum ini mampu hilang selamanya kalau kau pergi

Dari pertama kali kau tegur aku di malam
Itu
Aku tak pernah sedar aku akan sayang kau sebesar ini
Suamiku, terlalu mudah untuk terus jatuh sayang pada kau
Tapi bukan mudah untuk aku terus kekalkan rasa sayang sekuat ini

Masih ada rasa 'butterfly in my stomach' 
Masih ada kerisauan kau tak sayang aku
Masih lagi seperti kita yang awal bercinta

Kau tahu tak aku pernah menangis kerana sedar aku suka pada kau?
Aku takut untuk ada rasa itu pada siapa pun
Dan bila ia singgah untuk kau
Aku tak pasti tentang perasaan kau 
Masih tak pasti walau laptop kau password nama aku
Masih ragu walau kau jaga aku macam nak gila
Masih tak jelas bila kau main tarik tali
Sebab kau tak pernah cakap,jadi aku takut bertepuk sebelah tangan
Walau kau tunjuk, aku takut kau buat apa yang kau buat untuk aku pada semua perempuan
Aku jatuh suka tapi aku tak percaya
Sampai saat itu, 
Waktu kau cerita semua kau rasa
Itu pun entah, susah.
aku masih tak percaya


Sekarang 
Kau tak tahu betapa aku hargai percaya aku pada kau
Kerana itu bukan benda yang aku mudah serah sewenangnya
Sebab bagi aku cinta itu terlalu suci, bersih
Aku tak suka bila nilainya dikotorkan


Suami, untuk tahun ketiga pernikahan
Untuk tahun ke sepuluh perkenalan
Aku tidak minta apa apa
Cuma jaga percaya yang aku serahkan 
Itu nyawa 


6 hari lagi kita akad nikah, lafaz akad 
Dan engkau ambil setiap dari hidup aku untuk jadi separuh diri kau :)

12hb Mei 2015


No comments:

Post a Comment