"a compliance auditor, an event planner, a full time wife of MF and a mummy to little adinda "

-mJ


Thursday, 15 August 2013

Bangkit

Hidup kalau tak berTuhan memang sakit
Hidup harus berjalan terus kalau terus menoleh takkan mudah
Jalan hidup memang sukar dugaannya pasti mencabar
Tapi kalau kita terus mencari kesempurnaan mahu lari dari realiti hidup memang sampai ke sudah tak reti kita bersyukur
Nikmat hidup ini asasnya dari cabaran
Kalau dunia seindah syurga Tuhan tak jadikan syurga itu paling utama
Jadi hidup harus bangkit
Terima kekurangan dan kesempitan
Terima setiap dugaan
Mungkin sukar tapi sedikit rasa syukur boleh buat kau sedar hidup ini lebih dari terus mengenang kesedihan

Gembira kita hari ini
Sedih kita esok
Redha..kerana bumi ini paksinya berputar
Kadang kadang kau tak perlu tanya kenapa orang sakiti kau
Tapi tanya kenapa kau biarkan orang menyakiti
Jadi bangkit jangan diingat sakit
Bahagia yang ada depan mata belum tentu lama tapi detik yang sekejap itu harus kau nikmati

No comments:

Post a Comment