"a compliance auditor, an event planner, a full time wife of MF and a mummy to little adinda "

-mJ


Monday, 19 August 2013

Orang lama harus baca

Selamat hari raya. Masih di bulan syawal dan masih beraya

Alhamdulillah,raya saya semakin bermakna
Dulu berdua sekarang bertiga
Ye,masih tiga. Belum bercadang untuk yang kedua..hehe

Bukan nak cerita pasal raya sebenarnya. I was called to write this sebab tiba tiba teringat satu statement bijak pandai dari seorang yang bergelar profesor.
Bijakla kot kan

'Generasi  Y tak boleh bekerja macam generasi X. Dont put efforts to train them'

Sounds clever enough?
I thought he was as he is a very well known surgeon
But then this very judgemental statement doubt me

Tak payahla kita orang biasa nak crack head belajar sampai obersea jadi doctor hebat kalau ini hasil buah fikirannya

Jelas sekali dia akui dia seorang generasi X, maksudnya sudah hampir meniti warga emas. Tapi amat kurang cerdik untuk dia menilai generasi muda seperti itu

Tak ada yang tua tak ada yang muda
Jadi rebung ini perlu dilentur sebelum jadi buluh..tak gitu?

Pemikiran dua different generation ni mungkin sukar disatukan. Setuju
Tapi kita nak move forward bukan backward. Siapa lagi pelapis kalau bukan kami?

I might be wrong..tapi to be better to create a greater nation the wiser should share their knowledge with the layman
The older shall share their experience with the youngster

Kalau tak sapa nak jadi papan lapis otak genius kau?

U aint living forever prof

Tak perlu saya dedahkan nama sebab dia memang terkenal. Nanti google junpa kat blog ni haruslah mati generasi Y ini

The mentality of some
Make us stay where we are today.
Sustain. That's it
Wawasan 2020 dengan mentality pakcik makcik leader macam ni? Seems hopeless

Tak kata anak muda lebih bijak cuma lebih advance
Tak kata yang tua  sudah kolot
Tapi mereka well experienced
Jadi salah ke kalau experience digaulkan dengan advance minded? Mudah je pun

Bukan takut dimodenisasi kan
Tapi takut sudah jadi kurang hebat
Kan?

Accept the fact that it is the fact.
Kita lain zaman tapi saling melengkapi.

Terimalah mak cik dan pak cik
Give us some space to be idealistic
Simpe example..otak geliga tun M dan engineer muda yg bikin KLCC
Something extravaganza jadi so why not?

Cuba terima otak kami sekali sekala
Rasa macam malas aku nak perah otak kalau kau tak reti nak terima
Lama lama generasi kau pupus generasi kami lingkup
Tak reti berdikari malas berfikir
Seronok?

Thursday, 15 August 2013

Bangkit

Hidup kalau tak berTuhan memang sakit
Hidup harus berjalan terus kalau terus menoleh takkan mudah
Jalan hidup memang sukar dugaannya pasti mencabar
Tapi kalau kita terus mencari kesempurnaan mahu lari dari realiti hidup memang sampai ke sudah tak reti kita bersyukur
Nikmat hidup ini asasnya dari cabaran
Kalau dunia seindah syurga Tuhan tak jadikan syurga itu paling utama
Jadi hidup harus bangkit
Terima kekurangan dan kesempitan
Terima setiap dugaan
Mungkin sukar tapi sedikit rasa syukur boleh buat kau sedar hidup ini lebih dari terus mengenang kesedihan

Gembira kita hari ini
Sedih kita esok
Redha..kerana bumi ini paksinya berputar
Kadang kadang kau tak perlu tanya kenapa orang sakiti kau
Tapi tanya kenapa kau biarkan orang menyakiti
Jadi bangkit jangan diingat sakit
Bahagia yang ada depan mata belum tentu lama tapi detik yang sekejap itu harus kau nikmati