"a compliance auditor, an event planner, a full time wife of MF and a mummy to little adinda "

-mJ


Friday, 12 April 2013

Allah sayang kita

Tanda apa kita cari, bukti Allah sayang kita?
Allah turunkan kita ke dunia sudah dijanji ada ujian dan dugaan
ade godaan syaitan dan segala macam sorga dunia
diuji kita, dicabar keimanan kita,
bertubi tubi, setiap satu buat kita rasa perit

tapi semua itu berhikmah
apa saja ujian itu sebenarnya satu anugerah
Allah uji kita supaya kita tak lupa Dia
makin kita jauh, Dia tarik kita supaya kita dekat semula

ada yang hanyut terlalu jauh
Allah biarkan kah?
mungkin..tapi pasti Dia sayang semua hambaNya
jadi mungkin nanti, satu hari yang hanyut pulang kembali

Semua orang anggap ujian itu sukar
sedangkan ujian peringkat sekolah dan uni pun dah terasa ampuh
ini pula ujian Allah
ujian Allah bukan buat kita jatuh,sedih sahaja

setiap gembira dan tawa juga ujian

ada yang diuji dengan kebahagiaan,kekayaan
ada yang diuji dengan ketampanan, kecantikkan
jadi, apa saja rezeki,kurniaan, dugaan
ia satu ujian

Dia mahu kita bersyukur
Dia mahu kita meminta pertolonganNya
Dia mahu kita bangkit dengan namaNya
jadi Dia turunkan ujian maha hebat

semalam, saya terbaca status di FB
tentang qada' dan qadar,ketentuan Illahi
perlukah kita pasrah dengan setiap apa
atau perlu kita usaha mengubah takdir kita?

dalam qada' dan qadar ada ujian

Allah jadikan takdir kita
kita usaha untuk menjayakan yang hati kita mahu
dan kita juga boleh usaha untuk elakkan takdir membawa kita ke arah mungkar
jadi jangan sekali salahkan takdir bila kita tergelumang masalah

jangan juga jadikan takdir alasan
untuk melakukan kesilapan
sekali lagi,itu ujian untuk kita
bagaimana menjalani hidup yang dipinjamkan

berserah semata pada takdir?
atau berusaha selagi boleh?

tiga teras utama - usaha,doa,tawakkal

tidaklah Allah menyuruh kita bertawakkal semata tanpa usaha

usahalah jadi yang terbaik
usaha bahagiakan yang kita sayang
usaha menghargai
dari cuma bertawakkal
 tanpa usaha dan doa untuk bahagia

usaha untuk elak hasutan syaitan
usaha untuk menerima baik buruk
usaha untuk belajar syukur dan rasa cukup
dari terus mencari sesuatu yang belum pasti


Allah sayang kita
apa pula tanda terima kasih kita untuk cintaNya?
hargai pinjamanNya, hargai kehidupan
bukan pasrah tapi redha
bukan menyalahkan takdir tapi usaha

kami diuji dengan orang ketiga
tapi kami sgt hargai kedatangan orang ketiga ini
ujian untuk kami lebih bersabar
kerana ini anugerah Allah yang terlalu berharga
saya sanggup bertaruh nyawa untuk orang ketiga ini
dan saya tahu hadirnya dia adalah tanda Allah sayangkan kami

kami diuji untuk jadi yang terbaik
kami diuji untuk pandai membahagi kasih sayang yang dulu hanya dikongsi berdua
kami diuji untuk bersabar menjaga membelai orang yang hadir dalam hidup kami
kami diuji untuk menjaga hati masing masing bila kusut

mungkin kadang kadang iman kami tumpas
rasa marah,letih, buat kami berantak
tapi itu ujian, sejauh mana kami hargai nikmat Allah ini
sejauh mana kami bersabar dan menghargai pemberian Allah ini

Alhamdulillah,
sayang saya pada tuan rusuk dan orang ketiga
tidak kepalang
walau kadang kadang syaitan berbisik, rasa berkecil hati
bila penat, bila sesah, bila dimarah
 tapi hati ini sejuk kembali
lihat wajah mereka yang kini mengisi hidup
apa pun mereka, bagaimana pun mereka nanti
saya hargai rasa kasih sayang yang Allah beri
dan saya mohon Allah pinjamkan saya pada mereka selagi mereka memerlukan
saya masih mahu berbakti dan wujud di mata mereka

syukurlah
bahagia kita, jatuh kita
itu dekatkan kita dengan Dia
hati yang kecil dan cuma segumpal daging
cukup besar untuk kami kongsi bertiga

mungkin nanti saya harus berkongsi lagi hati saya
dan saya tidak lokek serahkan sepenuh kasih sayang
untuk orang keempat dan mungkin kelima
tapi cukup saya cuma mahu satu tuan rusuk

saya tidak akan sia-siakan
dan saya juga harap tidak disia-siakan
kerana saya yakin dan redha
apapun..itu bukti Allah sayangkan kita

bonda sayang kamu orang ketiga
dan terima kasih hadir dalam hidup bonda dan baba
semoga baba dan bonda mampu pimpin tangan dinda ke syurga
kita usaha hidup dalam redhaNya kerana Dia sayangkan kita