"a compliance auditor, an event planner, a full time wife of MF and a mummy to little adinda "

-mJ


Friday, 8 March 2013

hello little girl

huish..kembali sudah ke laman blog.
Alhamdulillah after 40 weeks and 5 days membawa perut, akhirnya si puteri kecil keluar jua

24th February 2013,0400 hours
akhirnya saya selamat melahirkan puteri sulung yang dinanti nantikan
syukur tak terkata, sakit pon tak terkata..tapi berkat doa  Allah lindungi semuanya :)

pengalaman bersalin tu memang nikmat
kalau orang tanya sakit ke tak...gila ke tak sakit
bersalin tu sakit dia yang paling sakit,nyawa ujung ujung dah
tapi anugerah Tuhan pada kaum wanita, kita dapat go through semua sakit tu,yeah!

sebelum tarikh kejadian, two weeks saya bercuti kat rumah menunggu hari
false alarm and tanda tanda awal tu dah ada..baby pon dah duduk kat bawah
tapi sampai ke tarikh due tak beranak jugak,esoknya tak jugak
Sabtu tu, 23hb.. saya pergi checkup untuk minggu ke 41
and doc decide untuk induce tak boleh bagi baby empuk sgt duduk lame lame
bukan maen seronok dalam perut bonda ye

pagi tu hubby ada futsal tournament so pergi check up dengan mama,
bila doctor dah decide camtu terus call hubby tapi suruh die relax dulu sebab ubat induce belum masuk lagi

tepat jam 3 petang, midwife masukkan ubat untuk loss stool tu
then bermula episod berry berry untuk kosongkan perut
lepas settle tu, midwife masukkan dose for induce
ingatkan bila masuk tu terus la rasa contraction tapi rupanya idok
after hubby sampai, kitorang boleh turun bawah then jalan kat parking lot
kononnya nak bagi bukaan cepatla


masa tu memang tak ada rasa pape lagi
naik atas nurses pasang  CTG untuk  detect contraction and heartbeat baby
ok, contraction still slow tapi dah kerap
sambil sambil tu hubby keep on support
even belum sakit dia dah ajak baca yassin and doa pape yang patut sementara tak sakit tu

doc ada cakap kesan dia maybe after 6jam
so tepat 6 jam, pukul 9 malam rasa contraction makin ada
sakit sakit pinggang sikit, rasa nak berak je tapi takda pape pon

boleh relax lagi

mama and adik tunggu kat waiting room sambil tengok Juvana
then saya and hubby pun pegila join jap even dah ada rasa sakit
doa nabi yunus, ayat qursi and selawat tak lepas dari mulut
sebab rasa sakit tu makin ada and makin kerap

tengah syok2 tengok juvana terasa ada air menitik secara tiba tiba
bangun dari kerusi..oopsie kebocoran!
terus jalan masuk delivery suite, nurses check bukaan..ok dah 1 cm

huh?baru 1 cm?
ok now dah tak boleh ke hulu ke hilir
ketuban dah pecah sikit, so saya dah tunggu time
CTG dipasang balik,contraction was monitored
dah makin naik tapi sakit tu tak berapa lagi
cuma rasa pinggang tak selesa

hubby pegi keluar makan jap
mama tunggu dalam DS, doc cakap ikot jangkaan first baby 1 jam 1 cm
ok, lama lagila

sementara tunggu tu, memang dah rasa mengantuk teramat
tapi pinggang and perut start rasa tak selesa
CTG yang pasang kat perut tu merimaskan, so saya mintak nak mengiring
sebab cara tu saya boleh tahan sakit
makin lama makin sakit
'mama, rasa nak buang air sangat'

mama cakap tahan, memang rasa dia macam tu
nurses masuk nak bukak CTG sebab saya dah tak selesa 
bila duduk je,rasa nak muntah yang amat sangat!
maybe gastrik datang time ni kot,terus muntah atas katil labour tu
masa muntah tu, air ketuban and darah keluar sekali kat bawah
kali ni agak mencurah curah

midwife datang and menyeluk lagi buat kesekian kali
ok, dah 4 cm..means im on active labour
doctor was called, dia tanya nak epidural ke apa ke sebab sakit akan makin kuat
bila induce ni, memang cepat bukaan tu tak menyempat nyempat
so sakit tu takda up and down
mama panggil hubby masuk,he holds my hand
masa tu dah tak tau nak cakap sakit macam mana
saya amik pain killer biasa je tapi sakit tu tetap tak hilang
cuma rasa drowsy sikit

hubby tak henti henti bagi semangat
saya dah tak perasan apa
tapi sentiasa baca doa nabi yunus and ayat qursi
saya dengar suara hubby pun baca sama
hubby cakap saya tarik kepala dia suruh baca kuat kuat dekat telinga
sebab saya dah tak boleh nak baca sendiri

few times dia suap air zam zam
and saya dengan keadaan mamai dan sakit
tau nak air and tahan sakit je la time tu

tiba tiba..saya rasa sakit sangat,memang tak tahan nak meneran
saya bagitau hubby saya nak teran sangat dah
dia panggil nurses, and diorang  seluk lagi
bukaan dah 8cm!

nurses cakap ok boleh try teran sekarang
i tried to push, dah nampak kepala baby!

diorang call doctor,saya dah fully opened and he came 
ready nak sambut baby waktu tu
hubby tak henti henti bagi semangat
doctor amik position,and..
'ok jasmin, push kuat kuat jangan keluar suara and tengok perut'

kali pertama, merah muka dibuatnya
tersalah teran patutnya teran kat bawah tapi teran kat muka pulak
cuba lagi..ok dah nak keluar
cuba lagi..sampai nak tercabut besi kat tangan tu saya kerjakan

and lastly..alhamdulillah
dengar baby nangis and doc letak baby atas perut
saya yang mamai masih  lagi..mamai
saya dengar hubby menangis happy, 'Alhamdulillah'
dia kiss saya and saya masih blur tengok baby atas perut

'Jasmin,boleh berhenti teran..keja saya pulak lepas ni'
haish,boleh pulak terkesima time beranak..
doctor mulakan kerja jait menjait
memang tak rasa apela sebab kena bius
my eyes couldn't escape looking at our baby girl
'that's our love',whispered my hubby

perasaan time tu, tak tahu nak cakap
lega yang teramat
lepas bersalin tu rasa makin sayang pada hubby
pada mama,baba
and the first time nurse letak baby untuk breastfeed
rasa bersyukur sangat..selamat bertarung nyawa
and now Allah gives us the best gift ever

saya sangat bersyukur ada husband yang support time pregnant,time give birth and now dalam pantang
he is the best man ever..i was touched, you know why b
tak semua lelaki sanggup buat apa u buat for me and baby
bukan senang nak cari orang yang sanggup susah payah dengan kita
and he prove me that, i love you!
  i'll make sure our daughter know how special her father is

sakit bersalin memang sakit
tapi saya takkan serik nak bagi hadiah untuk suami lagi nanti :)

Alhamdulillah,
8 years of ups and downs
8 years of love and patience
Welcome to the world Adinda Zahara Mohd Farizal
baba and bonda heart you! semoga jadi anak baik dan solehah


im 5 days old :))





1 comment:

  1. Seronoknya baca. Tapi seram bunyinnyaa. Congrats kak mynn and abg ijan. Heheh

    ReplyDelete