"a compliance auditor, an event planner, a full time wife of MF and a mummy to little adinda "

-mJ


Friday, 15 February 2013

someone special

i want to share something close to my heart..real close
i want to tell the stories i kept about someone, someone very near and dear to me

saya sangat rapat dengan dia
kalau dia dekat sometimes bergaduh
 tapi kalau jauh 10 minit pon rasa rindu
tak pernah lupa dia, selalu rasa dia ada dekat di hati

banyak kali kami jauh
maksud jauh tu mungkin cuma sorang kat ofis sorang kat rumah
atau jauh yang betul betul jauh..
ada waktu waktunya
bila saya ingat dekat dia, tiba tiba dia call
atau bila saya nak bbm dia, tiba tiba dia bbm dulu

tersenyum sorang sorang

bila dekat, sometimes salah sorang berserabut
dahi berkerut, tapi cuba gelak gelak kosong
sentiasa yang lagi sorang akan tanya ' what's wrong?,semacam je'
dah tak payah luah dengan mulut. Memang dah boleh baca air muka masing masing
most of the time jawapannya ' tak da pape, nothing' tapi nope, tak boleh tipu sikit pun
dia boleh baca saya, saya boleh baca dia
tu yang kadang kadang lupa nak cakap sebab ingat dia boleh baca otak kita ni

bila seronok,
kami sama sama seronok
lepak ramai ramai dengan kawan
atau lepak berdua, tak ada beza
we enjoy each other's company
dalam kereta saya boleh bercakap tanpa henti dengan dia
dalam kereta kami gaduh, kami ketawa, kami berduet remix lagu..haha
cerita kami? dari A sampai Z
dari cerita bapuk lorong haji taib, family,cerita lovey dovey sampaila cerita politik
cerita zaman bodoh kami, cerita salah kami pun dah jadi bahan gelak
tak ada apa yang kami peduli, cuma cerita kami

bila dia nasihat
kadang kadang saya argue, bukan marah
sometimes salah paham tegang urat
tapi tu semua asam garam hidup
gaduh,senyum, ketawa
dia cepat melenting tapi dia cepat sejuk hati
dia panas baran tapi barannya bersebab
dia semakin matang, semakin bijak mengawal darah mudanya
sebab dah tua..hahaha

dia kuat membanting tulang
tak jenuh cari rezeki dan tak pernah rasa puas dan cukup
katanya dia akan buat apa saja untuk bahagiakan keluarga
dia nak anak isteri rasa senang, dan dia takkan putus asa untuk itu
dia suka manjakan saya bila ada rezeki lebih
tak pernah saya harap apa apa
tapi dia seronok bila orang yang dia sayang seronok
adik adiknya, kawan kawannya.. dia tak pernah lokek

dia sentiasa berusaha untuk jadi someone dalam career
dan tak mahu hidup di takuk lama.
itu saya sokong dan saya janji saya akan ada di sisi
jatuh bangunnya, InsyaAllah saya ada

orangnya sangat ambil berat,sangat prihatin
dia mudah berkawan,peramah
kadang kadang ramahnya disalah tafsir
itu yang kawan dia sendiri bagitau saya
dia cuma prihatin, tapi ada pihak yang cuba ambil kesempatan
lalu jadilah kisah tragis, jadilah kucar kacir
tapi makin hari makin dia berhati hati

hidup saya bila dia ada semakin berseri
makin lama makin faham
makin lama makin respect dengan peribadinya
dia mungkin manusia yang paling mudah disalaherti
bahasanya mungkin kasar, tapi dia tak simpan tak hipokrit
dia cuma berkeras bila perlu
dia cuma melantun bila keadaan memaksa
bukan menangkan dia, kadang kadang saya tegur bahasanya
tapi saya paham telus katanya itu

dia selalu buat saya ketawa
senyum dia buat saya tenang
bila dia genggam kuat tangan saya
saya makin percaya dia takkan lepaskan tangan itu
bila dia kucup dahi saya
saya rasa Tuhan sedang rahmati hidup kami
bila dia renung mata saya
saya tahu mata itu ada untuk perhati saya selagi hayatnya

setiap kali dia tidur
saya perhati muka dia, sometimes berkerut sometimes tenang
saya selalu doa dia tenang, dia bangun dari mimpi indah dan berdepan realiti juga indah
saya tahu pengorbanan dia, saya tahu betapa dia gigih menjaga setiap yang dia sayang
saya tahu apa yang dia alami, sakit yang dia rasa
saya tahu betapa dia rasa jatuh bila dia gagal bertanggungjawab
semua orang ada salah silap, dan saya tahu dia sedar itu
tapi dia sentiasa mahu jadi yang terbaik dan lebih baik dari hari semalamnya
saya sentiasa percaya setiap hari umat Muhammad boleh jadi manusia yang lebih baik jika dia mahu
dan saya rasa semakin dekat denganNya bila saya disatukan dengan dia

semoga Allah lindungi dia
semoga Allah berikan bahagia untuk dia dunia & akhirat
semoga Allah kuatkan imannya, jauhkan dia dari hasutan syaitan dan fitnah manusia
semoga Allah murahkan rezekinya selalu
semoga Allah berikan dia janji syurgaNya
semoga Allah berkati cinta saya untuk dia, suami saya hingga syurga :)

Mohd Farizal Zakaria, semoga jadi orang yang lebih kuat dan lebih tabah
semoga dikurnia kesabaran dan selalu ingat Allah ada untuk kita
terima kasih sebab jadi suami yang terbaik untuk saya
semoga berjaya jadi suami dan baba yang soleh

No comments:

Post a Comment