"a compliance auditor, an event planner, a full time wife of MF and a mummy to little adinda "

-mJ


Saturday, 29 December 2012

hitting 2013!:)

Woot woot..3 days before 2013!

Salam dari cheq kat penang, tahun ni new year kt penang lagi nampaknya!
perot sudah membesar dengan pesat..itu bezanya dengan new year lepas
Tahun lepas datang penang buat pre wedding tahun ni maternity shoot pula..


my tummy is growing at 33 weeks, baby is going to see the world in 7 weeks time or less
tak sabarnya nak gomol budak tecik dalam perot ni, this month ada buat scan and checkup
tapi si kecik ni malu malu lagi nak tunjuk muka dia,
we all nampakla muka dia tapi nak print susah nk capture
yang paling best dia jeling doctor.. sungguhla garang macam baba dia!haha

next month ada checkup lagi hopefully dia tak malu sangat dah,
maybe tak lama lagi checkup kena buat makin kerap and masuk few weeks before due date
 dah kena seluk2! * ngeri


symptom symptom last trimester ni lawak sikit
dia macam ala ala u turn to first trimester je
kepala hangen je,macam nak telan orang!
maybe sebab penat sangat kot and rasa rimas semacam

food craving pulak? Alhamdulillah,tak teruk and merepek
apa yang sedap nampak di mata rasala nak makan
tapi takla keterlaluan..yang penting KUAT MAKAN!
aduh,yang ni masalah sikit..nasib baik badan tak naik melampau
kira ok and naik moderately.


risau jugak, dah nak dekat dekat bersalin ni
crave nak minom coffee datang balik
then asyik nak makan ice cream je
yang rajin melayan of course hubby kesayangan la
'u nak makan apa makan je'
walaupon dia panggey saya gomok sekarang
saya suka..
time preggy la nak merasa bambam sana sini


semalam masa shoot maternity
baby duk tak diam dalam perut
adakah dia juga gila camera macam mummy daddynye?
macam posing sakan je kat dalam time tu?

tak sabar  tunggu hasil maternity shoot tu
hubby pulak tak sabar nak shoot gambar baby
dah siap beli bath tub colour putih u'ols
layankan jela..memang tu kesukaan photographer
dapat anak je terus jadi model

hurm..dah semakin besar perut ni
yang tak best is selalu crammed kaki
saya ni rajin berjalan,hospital tu saya tawaf
kadang kadang balik umah kaki bengkak
tapi esok gi keja buat lagi

malam malam without sedar merengek jugak bila kaki sakit
tak sedar merengek rengek tu, hubby pulak akan panic tanya kenapa?kenapa?
yela..dah sampai stage ni sakit tu macam macam makna
cuakla brader

lately ni memang busy sikit
siang saya jadi auditor, ke hulu ke hilir
malam saya jadi wedding planner jumpa customer
jadi hectic itu jadi routine
baby pun agaknya dah paham dah
Alhamdulillah la rezeki Allah bagi
rezeki anak orang kata

ada few events kena handle before due date
camnela nak buat, mintak mintak boleh deal
hopefully senang give birth sebab banyak berjalan
insyaAllah ..

semoga Allah mudahkan segalanya
sangat bersyukur dia bagi bahagia ni
life's getting better and cant wait for 2013!

HAPPY NEW YEAR
semoga tahun baru nanti semua orang jadi orang yang baru,lagi better,lagi bahagia
takmau sebok mengata orang, dok tak abih menegakkan benang yang basah
move on is the best thing to do, berbahagialah tanpa perlu mengarut lagi
takkan tunggu sampai tahun 2020 pon macam tu jugak cheq oi?
saya tahu anda membaca blog saya tapi nanti anda kata saya yang stalk anda
jadi suka hati anda lah..anda cuma seperti feather yang kena tiup angin bagi kami
semoga berbahagia, jangan angkat bakul tinggi tinggi confident orang peduli sangat pasal anda
and jangan suka sangat nak mendoakan orang tak bahagia na..

sekian,terima kasih untuk 2012 :)
wassalam