"a compliance auditor, an event planner, a full time wife of MF and a mummy to little adinda "

-mJ


Monday, 16 July 2012

yang baik dari Allah,yang buruk dari kita

dan bila tiba waktunya.. Ramadhan bakal datang lagi, kali ni dah bergelar isteri :)

sejujurnya, semakin saya mengecap bahagia semakin saya takut kekurangan diri boleh mencacatkan seri. Manusia tak sempurna, tak ada satu yang sifatnya sesempurna malaikat. Dalam usaha cuba untuk jadi yang terbaik kita memang kurang baik. Jadi untuk tidak memeningkan kepala, lebih baik kita stick to menjadi diri sendiri dan bertindak mengikut keadaan dan kemampuan.

Setiap hari bangkit tidur sentiasa berdoa untuk jadi yang lebih baik dari semalam

Kadang kadang ingat,kadang kadang lupa

Belum cukup sempurna,banyaknya cacat cela
Sekarang pula sakit sana sini,bertambahla kurangnya
bersyukur ada suami yang sangat memanjakan saya, semenjak badan kurang sihat ni dia yang terpaksa bersengkang mata kalau saya tak dapat tidur. Dia yang berjaga urut bahu lah,urut tangan lah.
Jujur, rasa segan tapi berterima kasih sebab dia sentiasa ada.

Rezeki singgah pada kami seawal ini, Alhamdulillah..
macam tak percaya tapi ini hadiah untuk dia :)

malunya saya dengan suami bila saya asyik sakit, moody dan dia sabar menahan kerenah saya sehari hari
saya pula belum dapat bagi 100% pada dia tapi dia tunjuk commitment yang sangat sangat saya hargai
saya harap Tuhan beri saya kesabaran menanggung sakit yang bahagia ini. Syukur,apapun tetap bersyukur :)
senyum si suami memang ubat paling mujarab,bila fikir how happy he is saya rasa sakit saya itu nikmat.


yang saya harap dia dikurnia sabar. Untuk apa yang dia lalui, dia sentiasa mahu dilihat kuat dan saya doa dia terus kuat.As his wife, i just want him to be happy and I appreciate every single way he loves me

Bila kahwin, kita tahu love is more than just word.
biarlah tak pernah rasa cukup bagus, sebab kita nak yang terbaik untuk orang yang kita sayang

Saya mahu jadi yang lebih baik, saya cuba dan takkan berhenti mencuba.
Terima kasih Tuhan untuk bahagia ini.

Ramadhan nanti bahagia berganda ganda..tak sabar sambut puasa dengan si bitter half :)