"a compliance auditor, an event planner, a full time wife of MF and a mummy to little adinda "

-mJ


Friday, 2 March 2012

nak cantik tak?

berbunga hati semakin hari,hamboi!takdalah berbunga sangat tapi boleh tahan bunganya. Mulai sekarang aku tengah giat menjaga tubuh badan. Kononnya nak naik seri whatsoeva. Kena pulak dengan mama kan,memang makan minum tidur kau kena pantau la.
Menjadi raja sehari impian semua orang,kalau yang tak pernah tanam impian tu..no comment.
Bila sebut raja sehari semua orang nak cantik,hensem,menawan berseri dan tell you what, you will be advice to be concious about your beauty and health. Spa,facial dan semua macam yang memerlukan kepuk kepuk wang di dalam poket.
Jadi sebenarnya ada banyak petua orang tua tua yang boleh kita guna untuk jadi B2B yang gorgeous insyaAllah. Ini boleh menyelamatkan belanjawan dan save it for handbags ke ape kan. Aku takla rajin sangat tapi untuk suami dan majlis sekali seumur hidup,why not?

tips tips gerek kot

1) untuk mengelakkan mata sembap dan muka nampak hagged silalah tidur selewat lewatnya jam 12 dan tidur cukup 8 jam. This is super important,you dont want to end up with being all messed up on your big day. Jadi ini alasan kau untuk say no to overnite,lepak maple tengok bola and for those who loves clubbing..anjakan paradigma lah kau sekarang. Tidur awal ni satu kesusahan untuk aku,especially bila online kan,you just ignored the time pass by. Absolutely have to do this. Tidur awal,bangun awal.
 eye mask - very soothing

If dah tersembap macam mata cik jasmin ni,cuba guna teknik ni. Letak used tea bags dalam peti semalaman dan esoknya ambil dan tepek kat mata. Boleh juga guna ice cube letak dekat kapas dan tepek dahi, eh bukan..of course mata juga. Do it everyday. Kalau malas macam aku tak jadi apelah,jadi rajin rajinkan diri

2) untuk ada rambut yang sihat. Gunalah mask rambut once a week atleast, setakat ni hair mask Sunsilk paling best. Other than that, aku ada dapat tips which aku pun baru nak try. Jom cuba guna minyak kelapa over night esoknya cuci and shampoo macam biasa. This tip is to ensure you have silkier and healthier hair. Tapi kan kalau nak save lagi,tak payah beli masker tak payah beli minyak kelapa just guna your conditioner leave it on your hair lama sikit macam hair mask,over night pun boleh.

3) kalau orang nak kahwin mesti sibuk pergi facial kan? aku pun tapi if nak cut cost facial kat rumah pun boleh kawan kawan. Tiap tiap minggu lagi. Lately ni kulit aku stress sebab banyak benda nak kena fikir kan,ke hulu ke hilir jadi aku pun rajinkanlah diri kat rumah. Nak jaga kulit scrub and use masker at least once a week. Perasan tak kalau dekat spa,facial treatment mesti ada wap kan?jadi create this at home juga. Just guna baldi,letak air panas dan wapkan muka anda. Tutup kepala dengan towel dan biar muka menghadap baldi. enjoy the hot mist,rasekan pori pori anda terbuka. Wap ni terbaik guna lepas cuci muka,masa scrub while ada sisa scrub kat muka wapkan muka anda.Lepas tu basuh macam biase then pakai mask. Barulah zat zat masuk dalm kulit.
Lepas tu jangan lupa pakai toner dan  mosturizer. Urut urut sikit muka tu dari bawah ke atas,tepuk tepuk dahi  dan pipi untuk bagi darah jalan. Jangan bagi polompang muka sendiri pula ye!
 dermalogica -range of product yang sesuai for sensitive skin
worth trying!

4) Lagi tips orang tua,kalau nak hilangkan tanda jerawat kat muka guna kulit kayu manis then letak kat part part bertanda itu.InsyaAllah hilang,tapi buat masa jerawat dah surut,inflammation dah takda kalau tak nanti luka dan melecet. Sayur sayuran lain yang boleh guna adalah seperti kubis dan kentang. Lebih nak masak sup ayam tu tempel kat muka..

5) Untuk badan pula,bestla kalau dapat diurut urut sebelum kahwin ni,betulkan urat yang tersimpul semua. Untuk kulit badan gunalah scrub and lulur every week. lepas tu try guna limau nipis dan kapur sirih sapu kat bahagia bahagian yang gelap or warna kulit tak sekata. Sangat mujarab. One more,one more..lepas mandi kan jangan lap badan dulu instead of guna body lotion guna baby oil sapu kat badan yang still basah lepas mandi.Only then lap dengan towel. Anda akan merasakan perubahannya. chewah!
sental hingga berkilat!

6) Nak naikkan seri wajah,cuba tips ini. Pagi pagi waktu nak basuh muka,baca selawat tiga kali kat air tu sebelum sapu kat muka dan kemudian niat,'serikanlah wajahku seperti wajah nabi Yusof'. Lagi satu ada orang cakap minom air kosong dengan mulut berbau tidak bergosok gigi every morning sebab enzim air liur kita banyak zatnya. Try amalkan setiap pagi.

7) Jangan makan sebarangan especially a week before wedding. Kawal apa nutrisi kita telan,jangan munch too much junk food semua. Tak membantu. Yang diet tu pun jangan terlebih diet nanti nampak letih sangat,makan tu perlu ye untuk energy.
 ye,jangan curi makan di malam persandinganmu

Tula antaranya,banyak lagi tapi aku tak sure and tak penah try. Rajin rajinlah google mesti ramai yang bagi tips tips lagi hebat. Semoga berseri hendaknya semua ye. Try jela mana tau ok kan. Kecantikkan tu kan hak milik setiap insan,Assalammualaikum ;)

No comments:

Post a Comment