"a compliance auditor, an event planner, a full time wife of MF and a mummy to little adinda "

-mJ


Tuesday, 13 March 2012

hampir ke situ

Berdiri aku di sini,or specifically duduknya aku di depan pc ini dengan penuh kesyukuran. Alhamdulillah sudah hampir ke garisan permulaan,bukan penamat tapi permulaan untuk semua yang lebih baik.

Memang mendebarkan,kadang kadang fius otak bagaikan tercabut sendiri. Bukan kerana aku hentikan tapi kerana terlalu banyak volt digunakan untuk berfikir seharian. Debar hati cuma Tuhan yang tahu, banyak perkara wajib diselesaikan dalam waktu sesingkat ini. Waktu kemuncak.

Sedang aku menaip,aku tepuk tepuk dada si jantung berdegup lebih laju dari biasa. Seronok,tak sabar tapi tipulah kalau tak serabut. Seghabut peghot aku dibuatnya dengan urusan urusan perkahwinan ni. Ketar lutut setiap kali jam berdetik 12 malam,bermula esok hari dan bermaksud kurang sehari lagi waktu untuk persiapanku.

Gembira tak payah cakap,tersipu sipu memikirkan. Dugaan di waktu waktu genting ini satu kegembiraan walaupun sukar. Walaupun sesukar mana,aku dan dia terus jadi tunjang belakang masing masing. Ujian dari Tuhan itu juga nikmat,untuk kita hayati. 
Sedar atau tidak semakin kuat rasa sayang itu kerana kesukaran ini.
MasyaAllah kadang kadang lelah,tapi kembali senyum bila tahu ada yang sentiasa di sisi.
Bila dia kata,'xpe syg..sabar',luluh jantung kerana aku tahu dia lebih kusut tapi tetap cuba menenangkan aku.


Sering aku pujuk hati, Allah itu menguji manusia kerana dia mahu kita hargai bahagia yang bakal dia beri dan sengaja dia beri ujian untuk kita supaya kita hargai hadiah terindah itu.
Jadi jangan jadikan dugaan itu sebab untuk berputus asa,titik untuk saling menyalahkan dan sebagainya. Ingatlah mencari keredhaan Allah itu perlukan pengorbanan,ini satu bentuk pengorbanan.
Sebab tu nak kahwin dugaannya kuat. Orang tua kata biar susah bila nak kahwin,lepas kahwin rezeki terbentang luas. Kalau senang dan mudah sangat nanti kita mudah lupa diri,'mudah kufur nikmat yang diberi percuma',kata Malique.

Jadi keredhaan Allah itu yang aku cari. Asalkan kehendak ayah mak diturutkan,semua senang hati. Niat tu penting. Walaupun susah,pening,serabut asalkan aku tahu kami boleh senyum nangis sama sama itu dah cukup. Aku berterima kasih sebab mr. dearest future sanggup susah senang sama sama. He never leave me alone,dari dulu sampai sekarang.
Im grateful for his love,terima kasih sebab terima dan hadap masalah dengan i and senyum happy pun dengan i. You know that you hold the key to my strength and weaknesses and i'll let you hold it forever.
Mari menghitung hari menjelang bahagia ni
Mari kuatkan hati untuk apa saja
sebab saya yakin bahagia saya dengan awak saja
sungguh,tak sabar nak jadi isteri awak farizal!

semoga Allah berkati hidup kita dan permudahkan segalanya..aaamin

No comments:

Post a Comment