"a compliance auditor, an event planner, a full time wife of MF and a mummy to little adinda "

-mJ


Friday, 23 March 2012

dollar talking



huish..selamat tengahari!its friday,definitely loving it. Sekarang sedang bersibuk sibuk menyiapkan hantaran,bukan hantaran aku tapi hantaran my cousin. ok,sekarang sudah discover kebolehan baru jadi boleh buat business dah kot..kot la.
Tapi yang kelakarnya hantaran sendiri upah wedding planner buatkan,bukan apa aku rasa costnya sama sahaja tambah pulak  tangan amatur yang buat. Kerugian besar je nanti.
Ok,cerita kahwin kan financially both of the bride and groom kena ada tolak ansur. Lepas kahwin kena ada persefahaman. I dont see marriage agreement tu sesuatu yang patut dibuat sebab macam kita tak percaya each other tapi for cases where kau nampak husband to be to macam hangat hangat tahi ayam rasanya harus jugaklah. Dah banyak kejadian sahabat handai and sedare mare yang kering air mata sebab husband lari dari tanggungjawab. Mana nak sara anak,mana nak bayar bil,mana nak makan minum.

Tanggungjawab tu penting. Masa nak kahwin pun lelaki dah kena cari duit untuk kahwin,duit hantaran and duit mas kahwin tu wajib dari tangan si lelaki. Tapi si perempuan pun jika ada kehendak kehendak lain untuk majlis janganlah semua harapkan lelaki, itu sendiri punya biayalah. Macam macam kisah duit dan rumahtangga ni sebenarnya. 
Dapat laki bertanggungjawab perempuan mintak satu dunia
dapat lelaki selfish,perempuan pulak kena ikat perut dan tanggung suami.

Before marriage,dugaan financial ni ada yang teruk ada yang ok tapi bagi aku kalau senang sangat before kahwin pun tak boleh juge sebab lepas kahwin takut teruk sakit kepala. Jadi kalau nak susah biar before kahwin,lepas kahwin recover and makin lama makin kukuh financially. It should be that way not the other way round. Kalau ikutkan aku, kahwin ni biar yang penting penting je. Hantaran pun xpayah tapi ikotkan adat and family bla,bla,bla tak boleh nak lepas pandang.
Bagi bride to be aku nasihatkan jangan biar pihak lelaki pening sorang sorang,if tak boleh tolong pun bagi moral support at least. Pihak lelaki pun jangan selfish sangat because ni majlis berdua,belah lelaki or belah perempuan both is your function jadi apa apa yang boleh dishare tu silalah share. Macam photographer,kad,and other things yang dipakai kedua belah pihak should be shared la kan. Key word dia understanding, and kalau boleh draft perbelanjaan kenduri both sides. Kena ada telus dalam benda benda macam ni so boleh dapat persefahaman.
Jangan biar syaitan hasut anda bertelingkah pasal harta dunia ni, ikhlaslah untuk membahagiakan pasangan. Baik lelaki or perempuan. Biarlah kita susah sama sama,senang nanti pun sama sama

After marriage, financial will always be a crucial thing to solve. Always. Forever and always. Ok,so still the key word is understanding. Gaji sepatutnya bukan rahsia between suami isteri,barulah bini faham and taklah dia minta gucci,armani and all those 'aku kaya,aku pakai' things. For perempuan pula if gaji lebih tinggi dari suami,jangan act macam boss and try to help your hubby as well. Si suami pula jangan ambil kesempatan, nafkah itu WAJIB tak kira lah kalau bini anda CEO sekalipun. Atleast bagi walaupun sikit. Isteri pun tolong faham bukan menambah beban tapi berkongsi beban. Marriage is about sharing guys, lepas kahwin sepatutnya bahagia double,rezeki double and family both side kena double double happy
Paling penting, bagi merpati dua sejoli, lepas kahwin jangan sekat keinginan partners anda nak guna duit untuk minat mereka,keinginan mereka selagi benda tu tak kacau duit belanja bulanan anda berdua. Because you cannot expect people to change totally,asal dia jadi suami/isteri terbaek jaga hati dan jujur jadilah. Jangan sampai keinginan dan minat pun kita suruh tukar,we have to love them for who they are right? ada rezeki lebih jangan kedekut nak berkongsi dan duit gaji masing mesti ada portion untuk 'me'. Nak simpan ke,nak beli hadiah birthday ke, nak pegi spa ke,nak beli camera ke. barulah dua dua hati tersenyum senang ;)
whatever it is kena ada persefahaman,nanti kan untuk belanja anak anak kena sharing sharing juga, and jangan lupa bagi mak ayah senyum. Memang tak terbalas jasa mereka tapi atleast kurangkan beban mereka sikit pun jadilah. 

pening pikir pasal duit,takut kalau bergaduh pasal duit tapi bagi aku duit tu bukan perkara penting. Untuk kali ketiga, understanding tu paling penting. Cari yang boleh tahan kau susah,boleh seronok bila kau senang. Boleh       A to Z dengan kau lah senang cerita.

tak pernah berangan nak kahwin putera raja,
duit tu bukan segala galanya
belum tentu bahagia!:)

No comments:

Post a Comment