"a compliance auditor, an event planner, a full time wife of MF and a mummy to little adinda "

-mJ


Thursday, 9 February 2012

tidur tak kenyang,mandi tak lena

Assalam..
mulai entry hari ini boleh tak aku nak tukar kata ganti nama?
dulu guna saya..memang di luar aku selesa membahasakan nama berbanding guna 'aku'
tapi sejujurnya aku agak kekok bila menulis menggunakan 'saya'
ada sedikit ilham terkambus akibat perkataan 'saya' itu
maaf jika terkasar tapi bukankah kita guna 'aku' saat berdoa dengan Maha Pencipta?
jadi tempat luahan rasa ini aku fikir lebih sesuai aku gunakan 'aku'
boleh kan?aku cuba..kalau aku kekok aku tukar lagi

salam perkenalan,dengan aku yang baru

hari sibuk,tak perlu kau tanya kenapa
dari mula tahun hingga penggal februari aku lemas dengan bermacam hal
bukan lemas maksud di sini aku benci tapi lemas dengan kesibukan yang amat
sampai tidur pun mata terbuka

sekarang aku banyak hal perlu difikir memang tak ada yang remeh singgah kat otak pun
dalam tempoh 99 hari mahu bergelar isteri,kami si bakal pengantin
sibuk dengan persiapan,sibuk mencari rezeki,
kadang kadang kasihan dengan kaum adam
bila tiba ingin berumahtangga,kusut kepala dada gundah gulana

biarlah waktu ni kami sama sama korban masa dan perhatian
siapa kata tak rindu,tapi untuk bahagia yang kami cari sabar itu perlu
masing masing sibuk persiapkan diri untuk hari bahagia
aku tahu kau nak hensem hensem pun untuk aku,jadi aku paham jela
kalau aku cantik cantik sibuk pergi spa pun untuk kau jadi jangan marah naaa

kadang kadang tak terlarat menahan beban di kepala
kau kena paham,jadi pengantin perempuan tiga bulan itu umpama tiga hari
aku dah biasa dengar dari kawan kawan ayat ni
' lelaki biasanya dia pikir cari duit je,hal hal majlis ke apa dia suka buat last minute'
haih,jadi aku sabar jela sebab tu normaliti kaum mereka
jadi aku terpaksa tenang walaupun banyak lagi urusan belum selesai
sebab itu lumrah,berbeza cara si lelaki dan perempuan dari segi pengurusan

aku pun kesian tengok si lesung pipit susah payah tapi dia buat semua tu untuk kami
nak kawin kena ada tanggungjawab,itu yang penting
jadi aku tak kesah kalau dalam masa tiga bulan ni aku tak tengok movie atau bersuka suka
tapi walau camna sibuk pun dia tak pernah abaikan aku,tak nak aku rasa bosan
kadang kadang kami ni lepak kat mcd pon muka berseri seri bahagia
jadi tak jadi hal tu semua

tak lama lagi aku pun ada tanggunjawab kerja
tak tahulah berapa kali ganda pula sibuknya
maafkan aku buah hati kalau kurang perhatian aku pada kau
dan aku pun maafkan kau juga sebab..
kadang kadang aku merajuk dengan kau  cuma aku diam diam
hahahaha


aku tabik spring kat kau
sebab bila kau kerja jauh dan susah jumpa aku kau habiskan masa di telefon dengan aku
pagi pagi kau pergi kerja bergayut sepanjang jalan,balik kerja sambung lagi
aku je sometimes tengah mamai bangun tidur jawab call,maaf ye
kalau dulu hari hari kau datang rumah aku,sekarang hari hari kau nak aku dengar suara kau
kau tak payah tanyalah kenapa aku makin sayang kau

sabar ye sayang tak lama je lagi
aku suruh sabar ni sebab aku cakap kat diri sendiri juga

kan best kalau macam belajar dulu
aku dengan kau tak payah pikir banyak menda
relax je,ni sekarang kalau tak sembang hal serius tak sah
masing masing ada commitment,kena pening pening
tapi aku seronok jugak bila pikir
sebab nampak tak kita dewasa sama sama?
kita men'tua' sama sama..

lepas ni kalau aku kerja kita ubah jadual telefon kita ye?
bbm 24 jam tu dah kewajipan kita
jadi aku tak nak kau rasa aku jauh dari kau
and aku pun tak nak rasa kau jauh

jangan ditelan sibuk ye syg
pejam celik aku dah jadi isteri kau
tunggu je
ye,sekali lagi aku cakap kat diri aku ni sebenarnya
sebab aku yang kurang sabar sikit ;p

entah aku tak tahu aku ke orang yang excited lebih
aku sabar je tapi..
dah kalau kitorang dapat stroller dengan bengkung bersalin
apa cerita?

No comments:

Post a Comment