"a compliance auditor, an event planner, a full time wife of MF and a mummy to little adinda "

-mJ


Tuesday, 14 February 2012

aku ada

tenang tenanglah sayang
esok pasti bahagia yang datang
saat kita menangis Tuhan lihat
jadi Dia pasti kirimkan syurgaNya

sabar sabarlah sayang
sakit itu ubat, untuk kau dekat denganNya
aku ada di sini,masih teguh
asal kau tersenyum asal kau gembira

kita susah juga kita bahagia
kita senang kita kongsi derita
kerana bahagia kita itu bukan fizikal
bukan sesuatu yang material

tenang,tenanglah sayang
aku pasti terus untuk kau
asal kau pegang tangan ini
aku janji jatuh kau aku sambut
bangun kau aku ikut

saat bahagia hampir
aku telan pahit sakit
luka sembuh lihat senyum kau
tangis kering lihat ketawa kau
Dia ada lindungi kau
percaya,aku juga ada

lihat aku masih hidup walau dipukul ribut
ye,takkan aku takut

No comments:

Post a Comment