"a compliance auditor, an event planner, a full time wife of MF and a mummy to little adinda "

-mJ


Tuesday, 3 January 2012

penang with love

Assalammualaikum 2012..
Yea,kita jejak tahun baru sudah. Alhamdulillah i'd started it great, hopefully tahun ni tahun botuah den
Tahun ni saya new year di penang dengan family bakal mertua. Kebetulan my future FIL just had his bypass so pergi melawat dia sekali la. It was an awesome new year.

Jam 11 malam 30 December kami bertolak ke Tasek Gelugoq,Penang and reached there around 4 something. Family my fiance memang suka sangat masak masak ni. Sampai je nasi lemak sambal sotong, perghh..jangan tanya dari mana datang perut berlebihan itu. 

On the first day, kami shoot pre wedding. Dah alang alang kat penang, photographer pun kat sana so sambil menyelam minum air. Dengan muka mengantuk dan tak cukup tidur,kami mengembara ke pulau untuk photoshoot. Semangat dengan baju beberapa pasang ikut theme yang telah dibincangkan.
First location kat bandar penang, dekat area yang ada bangunan lama. Seriously Penang has beautiful buildings, second after Melaka. Tengahari cheq oi,panaih belengaih but berbaloi baloi. Lepas 'Penang Heritage Malay Vintage shoot' (kata kau), we headed to Tajuddin Hassan nasi kandaq. Sayangnya perut tidak begitu elok ketika itu, padahal dari hari tu sibuk nak nasi kandaq. Abang abang sador ni tak payah cerita lah,tolak batu and kayu je.No doubt,it was a good lunch after all.
 Lepas lunch abang kamal selaku OP bawa kami to the next location untuk second scene. First time for me to be at Penang National Park,the scenery was superb. hutan hijau plus the beach,tenang gilo. Siap ada titi gantung and buai,memang perfect for the second theme. Tapi ada peristiwa hitam ye di situ,abg kamal di serang penyengat!Bukan main panjat pokok lagi,last last ter'kacau' sarang penyengat. Si Jay pun kena juga sebab dia bantai lari sama. Risau juga time tu cause banyak kot diorang kena sengat sampai bengkak bengkak. Luckily nothing serious.
Lepas hutan, tibalah masa untuk last scene..its the beach bebeh!
Mula mula kami pegi Telok Bahang, situ macam kampung nelayan la. Time tu memang hujan rintik rintik air bergelora..haha..cuak jugak kan,dah end of year ni macam macam. Tengok ombak time tu memang agak mengganas. Ingatkan taknaklah basah kan,tapi hamek kau lencun abeh bak ang.
Tapi outcome dia superb, WALAUPUN sumpah aku takut ombak besaq!
Setelah diperhatikan dengan penuh aneh oleh penduduk Telok Bahang, kami terus ke Miami Beach. nama bukan main mat soleh kan. Motif dia nak cari port berbatu batu. Finally!last shot, lemau dah muka masing masing time ni. Dah lama tak beraksi depan kamera, macam malu malu pula rasa.Entah apa rupa nanti ye. Lepas dua tiga shot panjat batu sana sini, its a wrap. Dalam hati rasa yes!tapi alarh nak duk tepi pantai lagi, belum puas.
Selesai cerita pre wedding, kami pun balik Tasek Gelugoq. Malam tu new year eve, tapi kami lepak rumah saja. Penat satu cerita,plus this is the time nak kumpul dengan family. While the boys duduk luar rumah borak borak saya lepak dalam dengan the family tengok konsert reunion AF,yang hanya mngundang saya untuk tidur. Mata dah tak boleh tahan weyh,tak duduk diam tidur pun dalam kereta je jadi saya pun meminta diri untuk tidur selama setahun. Esoknya bangun,dah 2012!blur kejap tengok date kat phone time tu.

1 january 2012, new year! yea,pagi pagi bangun breakfast. Si lesung pipit semua masih berdengkur. Jom, mak cik and pak cik ajaq buat nasi ayam favourite semua orang. Family diorang masak hari hari pun macam kenduri, seronok je. Sehari ni kami berehat kat rumah je,dalam erti kata lain makan,tidur,makan,tidur. Petang tu, kami pekena rojak tonggek. kesukaan! Tapi sebab diorang dah tibai nasi ayam berpinggan pinggan, tak larat nak makan banyak dah. Saya yang sebenarnya belum puas menonggek terpaksa berhenti makan tanda hormat perut perut lain yang sudah penuh. Balik rumah, cuba teka buat apa? Yes,makan lagi! mee kuah pula for dinner. Adoila,saya rasa bakal gemuk selepas kahwin. 
We ended the new year celebrate birthday ici yang jatuh pada esok harinya.

 Happy Birthday Ici!


the next day,hurm..the last day in penang. Haih, tetibe sayu pulak hati ni. Kesian tengok pak cik sakit macam tu,mesti dia sedih si lesung pipit nak balik. Sangat bertuah sebab dapat future in laws macam mereka, syukur sangat. Before balik kami hantar tok wa, tok sedara ijan ke kuala muda. Sian tengok tok wa, ingat sangat kat arwah nyang tengok dia. Comel je dia, dengan sirihnya..aduhai. Hope jumpa nanti dia still sihat macam tu. Lepas ni bulan 5 pulak saya datang as menantu ye.

Penang, tunggu aku! ;)


Telok Bahang's jetty
credit to : Iiz kot

No comments:

Post a Comment