"a compliance auditor, an event planner, a full time wife of MF and a mummy to little adinda "

-mJ


Saturday, 14 January 2012

its coming pretty sooon

phewww..
keadaan sekarang semakin hectic,end me up with sleepless night
few months to go
sebagai bride to be saya tegar untuk bersusah payah sekarang
banyaknya decision perlu dibuat
seperti biasa saya agak susah nak buat keputusan
hope everything goes well according to plan,insyaAllah

bepeluh peluh memikir planning ni
hari hari kerja saya mengadap pc,
design ni design tu..list ni,list tu
susah jugak nak kahwin ni
tapi takpela,biar susah sekarang
cause i want to make sure everybody's happy on my wedding!

ada 'family tree' yang berserabut
needs me to be very particular about the guest list
tak nak nanti ada yang kecil hati if saya lupa invite
but since it will be a wedding dinner
 have to shortlist the guest
trust me,sekarang saya tahu macamana susah orang nak shortlisted peserta AF!lol!

wedding ticker is seriously making my heart goes shuffle
each time seeing it
house music and techno yang saya rasa bising tu sounds better now
than my own heartbeat

you know what i love most when thinking bout my wedding?

this is where family meets
this is where everyone gather
baba and mama kena bekerjasama ;p
kawan kawan bergaduh kena bersua muka
and my prayer is for everyone to get along semula because of the wedding

see? i am now convincing everyone that i have some hindustani running in my blood ;p

whatever it will be, i want everything goods coming 
whether ada orang jumpa jodoh nanti
or ada yang terjumpa lost long friend
ada yang berbaik semula
ada yang dari musuh jadi kawan
apa apa jela..asalkan yang baik =)

so i want to tease everyone with a romantic mode at the wedding
thinking of candle,lots of fairy lights,jazzy music
since the theme is 'arabian night'
i hope every princesses found their Aladdin there!haha

and of course saya dah jumpa Aladdin saya!kening dia sama lebat ok..haha
Ya Allah,lancarkan semuanya untuk kami
berkatilah rancangan kami
murahkanlah rezeki kami
Aaaaminnn






Thursday, 5 January 2012

someone,somewhere is made for you

do you believe in love at first sight? i do..
tapi saya tak percaya pada cinta yang terlalu mudah diungkapkan
why i said that? simply because sometimes the easier things were told the less special it will be.

i was told that everyone is mend for someone. Jodoh setiap orang telah ditentukan.
dari belasan tahun kita dah biasa dengan term cinta. puppy love la apelah
kita boleh jatuh hati berkali kali,crush with this person with that person
tapi love cuma datang sekali.

cerita saya,it comes when i expect it less
masa tu saya berkawan dengan semua orang
dan saya kenal dia secara unexpected
dia tak pernah bagitau dia ada hati dengan saya
dan saya tak sedar saya pun mula suka kat dia
it goes on like a friend..well i thought it was

orang sekeliling nampak dan sedar
tapi saya sendiri tak paham
tapi terus terang,itu adalah masa masa terindah dalam hidup
bila kita diamkan rasa bahagia dalam hati

hint by hint given,ignored
senyum sorang sorang bila dia call, tapi sorok muka kat bantal
i remember those time
kalaulah saya tak didesak pihak lain pasal perasaan saya masa tu
mungkin saya sendiri keliru,masih diam dan pendam

dia pula,mungkin akan terus diam..menyayangi dengan perkataan 'friendship'
saya mula sedar perasaan saya bila saya rasa saya dah mainkan hati yang lain
sebab hakikatnya,hati saya bukan milik dia
hati saya kepunyaan seseorang yang saya sendiri ragu ragu isi hatinya
dia ambil hati saya tak pernah jemu,dia ada setiap waktu
dia datang sebagai kawan,tak terus terang dengan ayat lovey dovey
tak mengayat tak pasal..tapi semua orang dah mula nampak sesuatu

bila orang lain,senangnya saya detect dan tahu dia suka ke tak suka ke
tapi dengan dia..saya tak sure. even semua mata jelas nampak dia sukakan saya
i've denied it..selagi bukan dari mulut dia
mungkin tu cara dia,mungkin dia dapat baca saya bukan senang percaya
sebab tu dia take one step at a time..mungkin

entah..susah saya nak gambarkan
susah nak cerita how it happened
bila fikirkan kami bakal berkahwin
saya pandang ke belakang
betapa cantiknya Tuhan mengatur semua

until the time he told me that he loves me, i still end up without words
saya takut dengan ayat itu. saya risau ia tidak bersifat kekal
tapi sampai bila saya kena takut,sedangkan hati saya mengiyakan

bila saya terima dia dalam hidup saya, saya masih ragu ragu
puas dia meyakinkan,tak jemu dia ambil hati saya
walaupun waktu tu saya sayangkan dia, saya masih takut
tapi siapa duga, jodoh itu milik kami
hingga satu saat dia berjaya buat saya percaya
and brave me up to loves him with no regret

6 tahun dari detik itu
we're engaged and getting married soon ;)
love comes when you less expected it.. yes,its true
sampai sekarang, saya berterima kasih sebab Allah hantar dia untuk saya
bertahun tahun yang ada cerita malap dan terang
tapi saya yakin dan semakin yakin
he is my other halves...hidup saya lengkap bila dia ada
saya tak mungkin boleh fall in love dengan orang lain selain dia
dah tak boleh..
kami boleh bergaduh dan saling benci tapi kami tak boleh lari
tak ada yang lebih bahagia sebab ada dia dengan saya
sangat indah percaturan Allah,sebab hati hanya untuk kita yang fahami
tak ada siapa faham cerita antara dua hati
mungkin ada yang cuba interfere,tapi selagi jodoh itu takdirnya untuk kita
Allah Maha Penyayang, cintaNya abadi..
dan dia satukan kita juga atas nama cinta


Tuesday, 3 January 2012

penang with love

Assalammualaikum 2012..
Yea,kita jejak tahun baru sudah. Alhamdulillah i'd started it great, hopefully tahun ni tahun botuah den
Tahun ni saya new year di penang dengan family bakal mertua. Kebetulan my future FIL just had his bypass so pergi melawat dia sekali la. It was an awesome new year.

Jam 11 malam 30 December kami bertolak ke Tasek Gelugoq,Penang and reached there around 4 something. Family my fiance memang suka sangat masak masak ni. Sampai je nasi lemak sambal sotong, perghh..jangan tanya dari mana datang perut berlebihan itu. 

On the first day, kami shoot pre wedding. Dah alang alang kat penang, photographer pun kat sana so sambil menyelam minum air. Dengan muka mengantuk dan tak cukup tidur,kami mengembara ke pulau untuk photoshoot. Semangat dengan baju beberapa pasang ikut theme yang telah dibincangkan.
First location kat bandar penang, dekat area yang ada bangunan lama. Seriously Penang has beautiful buildings, second after Melaka. Tengahari cheq oi,panaih belengaih but berbaloi baloi. Lepas 'Penang Heritage Malay Vintage shoot' (kata kau), we headed to Tajuddin Hassan nasi kandaq. Sayangnya perut tidak begitu elok ketika itu, padahal dari hari tu sibuk nak nasi kandaq. Abang abang sador ni tak payah cerita lah,tolak batu and kayu je.No doubt,it was a good lunch after all.
 Lepas lunch abang kamal selaku OP bawa kami to the next location untuk second scene. First time for me to be at Penang National Park,the scenery was superb. hutan hijau plus the beach,tenang gilo. Siap ada titi gantung and buai,memang perfect for the second theme. Tapi ada peristiwa hitam ye di situ,abg kamal di serang penyengat!Bukan main panjat pokok lagi,last last ter'kacau' sarang penyengat. Si Jay pun kena juga sebab dia bantai lari sama. Risau juga time tu cause banyak kot diorang kena sengat sampai bengkak bengkak. Luckily nothing serious.
Lepas hutan, tibalah masa untuk last scene..its the beach bebeh!
Mula mula kami pegi Telok Bahang, situ macam kampung nelayan la. Time tu memang hujan rintik rintik air bergelora..haha..cuak jugak kan,dah end of year ni macam macam. Tengok ombak time tu memang agak mengganas. Ingatkan taknaklah basah kan,tapi hamek kau lencun abeh bak ang.
Tapi outcome dia superb, WALAUPUN sumpah aku takut ombak besaq!
Setelah diperhatikan dengan penuh aneh oleh penduduk Telok Bahang, kami terus ke Miami Beach. nama bukan main mat soleh kan. Motif dia nak cari port berbatu batu. Finally!last shot, lemau dah muka masing masing time ni. Dah lama tak beraksi depan kamera, macam malu malu pula rasa.Entah apa rupa nanti ye. Lepas dua tiga shot panjat batu sana sini, its a wrap. Dalam hati rasa yes!tapi alarh nak duk tepi pantai lagi, belum puas.
Selesai cerita pre wedding, kami pun balik Tasek Gelugoq. Malam tu new year eve, tapi kami lepak rumah saja. Penat satu cerita,plus this is the time nak kumpul dengan family. While the boys duduk luar rumah borak borak saya lepak dalam dengan the family tengok konsert reunion AF,yang hanya mngundang saya untuk tidur. Mata dah tak boleh tahan weyh,tak duduk diam tidur pun dalam kereta je jadi saya pun meminta diri untuk tidur selama setahun. Esoknya bangun,dah 2012!blur kejap tengok date kat phone time tu.

1 january 2012, new year! yea,pagi pagi bangun breakfast. Si lesung pipit semua masih berdengkur. Jom, mak cik and pak cik ajaq buat nasi ayam favourite semua orang. Family diorang masak hari hari pun macam kenduri, seronok je. Sehari ni kami berehat kat rumah je,dalam erti kata lain makan,tidur,makan,tidur. Petang tu, kami pekena rojak tonggek. kesukaan! Tapi sebab diorang dah tibai nasi ayam berpinggan pinggan, tak larat nak makan banyak dah. Saya yang sebenarnya belum puas menonggek terpaksa berhenti makan tanda hormat perut perut lain yang sudah penuh. Balik rumah, cuba teka buat apa? Yes,makan lagi! mee kuah pula for dinner. Adoila,saya rasa bakal gemuk selepas kahwin. 
We ended the new year celebrate birthday ici yang jatuh pada esok harinya.

 Happy Birthday Ici!


the next day,hurm..the last day in penang. Haih, tetibe sayu pulak hati ni. Kesian tengok pak cik sakit macam tu,mesti dia sedih si lesung pipit nak balik. Sangat bertuah sebab dapat future in laws macam mereka, syukur sangat. Before balik kami hantar tok wa, tok sedara ijan ke kuala muda. Sian tengok tok wa, ingat sangat kat arwah nyang tengok dia. Comel je dia, dengan sirihnya..aduhai. Hope jumpa nanti dia still sihat macam tu. Lepas ni bulan 5 pulak saya datang as menantu ye.

Penang, tunggu aku! ;)


Telok Bahang's jetty
credit to : Iiz kot