"a compliance auditor, an event planner, a full time wife of MF and a mummy to little adinda "

-mJ


Tuesday, 27 December 2011

the wedding's date

bulan 11 tahun ni memang special,semua orang berebut tarikh cantik pada tahun 2011 ni. Jadi memandangkan pemilihan tarikh cantik ni synonym dengan tarikh kahwin jadi bulan 11 haritu memang banyak jemputan kahwin. Tambah pula cuti sekolah memang musim mengawan.
Congrats pada semua yang dah selamat dinikahi dengan bismillah,semoga kekal ke anak cucu :)

Terima kasih juga sebab sudi mengundang pada mereka mereka,sebab perut kami sentiasa diisi dengan nasi minyak,beriyani dan air sirap sepanjang november. Tapi tak semua dapat pergi,bertindan tindan wedding. berebut semua orang nak tarikh cantik,tahun depan ramai la yg kawin bulan 12 pula kan?

Ramai orang kata pilih tarikh cantik ni sebab senang nak ingat. 
Tetamu and family pun akan ingat tarikh keramat tu sampai bila bila, tapi apa pentingnya? 
Macam wang hantaran juga,kenapa kena 'cantik' sangat sampai susah nak menyebut? tapi tu masing masing punya citarasa. Bagi saya tu semua tak penting pun, kalau tarikh sama dengan tarikh couple maybela consider,meaningful la kan. Tapi percayalah bakal bakal puan, kalau tarikh cantik ke tak ke mesti boleh ingat punya kalau nak ingat. Bagi saya yang penting tarikh tu mudah untuk urusan semua pihak, tak bertindan dengan majlis family lain dan jatuh pada bulan yang elok untuk berkahwin dalam Islam. Tapi feng shui pon saya 'tertengok' juga ;p

Pilihlah tarikh yang baik dari sudut Islam,lebih baik orang kata. Tapi janganlah terlalu bergantung pula,doa banyak banyak semuanya berjalan lancar :)
Bagi bulan pula, ada yang kata tak elok untuk kahwin dalam bulam Muharram dan Syawal. Tapi takda kesahihannya. Semua bulan Islam tu ada istimewa dia sendiri.
Lebih afdal kita consider benda benda ni sebab kita nak cari berkat kan?

ada apa pada tarikh?wang hantaran?nila mas kahwin dan sebagainya?
kadang kadang melayu terlalu terikat adat, kita yang muda terpaksalah ikutkan yang tua
tak mahu nanti ade yang tersinggung sebab majlis ni untuk suka,seronok tak eloklah kalau nanti masam muka
apapun,biarlah kena gaya biarlah kena keadaan dan biarlah dulukan agama.
Family saya memang kuat adat ni sampai bunga tabak pun kena pakai yang turun temurun punya. Kena ada jejawat khas pegang hantaran. Kena ade upacara menggantung. Kena itu kena ini.
tapi kami just ikut yang mana relevant je,macam mandi sampat semua kami tak buat sebab dah takda orang tua yang boleh nk urus semua.

kahwin,kahwin..banyak nak kena fikir

Saya pilih Jamadilakhir untuk berkahwin..banyak perang menang di bulan Islam ni, bulan ni bermaksud kemenangan.
Semoga hijrah kami ke status baru ini juga satu kemenangan. InsyaAllah :)

masjid country homes,rawang
arole and nini solemnization
11november11











2 comments:

  1. waaahh bnyknya term2 baru dlm entry anda ini..hihih..ape-apepon selamat meng'prepare'..definitely a lot of things to ponder dlm bab2 kawen ni..tp happy je kan sbb hati berbunga2 selalu :)

    ReplyDelete
  2. hihi..mesti term2 yg adat tu kan? tula,asyik browse through pape yg berkaitan sebab nak make sure okla perancangan. tapi macam bulan,tarikh tu semua min just tengok kt internet,bulan syawal bobob kawin kn?nabi muhammad + aisyah kawin syawal jgk..so takda hal la psl bulan bulan ni Min rasa

    aah,happy and sgt excited ;) nak menyusul anda!haha

    ReplyDelete