"a compliance auditor, an event planner, a full time wife of MF and a mummy to little adinda "

-mJ


Wednesday, 14 December 2011

'redha itu ikhlas,pasrah itu menyerah'

di atas-ayat killer bulan ini
semua orang mesti tahu kan cerita apa tengah hit meletop kat cinema sekarang
kat luar hujan sampai banjir,kat dalam panggung pun nampak gayanya banjir dek cerita ni

lesung pipit cuti dua minggu,saya pun pancing tengok cerita ni dari keluar preview lagi
minggu pertama dia kat penang,so dengan harapan minggu kedua kitorang dapatla pegi tengok
hari isnin,tak boleh,selasa tak boleh,rabu tak boleh dan akhirnya sabtu 
kami menjejakkan kaki juga ke panggung
memang berombak badai la juga cerita kami nak tengok wayang ni..
even pergi movie ramai ramai, bukan feeling couple couple
nampaknya  tidak dapat dibedung
cerita ni memang erm...SEDIH! 

ni lah cerita tu,cerita yang memang bagi naik air bah


siapa sangka lelaki macho juga sedih tengok cerita ni?hello,aaron aziz pun reti menangis tau
walaupun masing masing cuba coverline,nampak jelas bergenang airmata di kelopakmu
saya memang dah meleleh la..dengan jalan cerita,lagu. tak payah cerita panjang
nak kata best tak sangat,tapi memang sedih yang amat

si lesung pipit pula,kalau scene dia diam tu saya tahu la ade ombak dalam hati..hahaha
dia cakap dia tak penah nangis tapi aaron aziz nangis macam dia.
 Baiklah,aaron aziz pun setuju lagi lagi bab u tak pernah nangis tu..kannnnn

siapa tak tersentuh tengok cerita ni memang kebal,macamana tak best pun saya rasa memang dia berjaya buat penonton rasa sedih tu. Saya baca novel ombak rindu masa form 3 dan dah tak berapa ingat cuma yang pasti ada plot yang buat saya nangis tapi rupanya  tengok movie saya nangis lagi teruk sebab mungkin saya dah paham love tu macamana. Kalau ikutkan,tak semua plot dimasukkan dalam filem jadi impak patutnya kurang sikit tapi nampaknya tidak. 

Lagu 'ombak rindu' tu pula lirik mengundang air mata
memang pelengkap kejadian banjir di panggung

bila tengok kutipan ombak rindu 6 juta saya tak terkejut sebab kita orang terpaksa pergi tiga shopping mall semata mata cari tiket ombak rindu. Dari TS ke Pavi last last Bram Mall. Itu pun crowd gila ramai sampai macam nak roboh panggung. Diorang serbu hall macam aaron aziz tu lari kalau diorang tak jadi orang first masuk, yang paling hebat menyerbu of course aunty aunty you all.
jadi untunglaaa kau aaron!

cerita cinta bersegi izzah,haris dan mila
banyak pengajarannya dan memang betul omputeh kata true love never dies
bunuhlah dengan masalah badai sebesar mana tak hanyut
kalau dah jodoh takkan kemana

cinta haris pada izzah yang mengaguminya
cinta izzah pada haris yang penuh keihkhlasan
cinta mael pada izzah yang merelakan untuk kebahagiaan
cinta mila pada haris yang bersifat obsesi tapi dia juga akur 
'cinta itu bukan sesuatu yang boleh dipaksa'

lepas habis movie tu ada orang suruh saya bukak mp3 lagu 'ombak rindu'
bukan sekali..tapi mungkin sampai dia boleh hafal lirik lagu tu
haish,dalam hati ada taman rupanya
esoknya ada orang hantar lirik lagu ombak rindu kat saya
saya hampir sambung hujan dalam panggung ke rumah
lirik tu lirik jujurlah..siapa tulis ya?


'Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku'


'Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku'






No comments:

Post a Comment