"a compliance auditor, an event planner, a full time wife of MF and a mummy to little adinda "

-mJ


Tuesday, 27 December 2011

the wedding's date

bulan 11 tahun ni memang special,semua orang berebut tarikh cantik pada tahun 2011 ni. Jadi memandangkan pemilihan tarikh cantik ni synonym dengan tarikh kahwin jadi bulan 11 haritu memang banyak jemputan kahwin. Tambah pula cuti sekolah memang musim mengawan.
Congrats pada semua yang dah selamat dinikahi dengan bismillah,semoga kekal ke anak cucu :)

Terima kasih juga sebab sudi mengundang pada mereka mereka,sebab perut kami sentiasa diisi dengan nasi minyak,beriyani dan air sirap sepanjang november. Tapi tak semua dapat pergi,bertindan tindan wedding. berebut semua orang nak tarikh cantik,tahun depan ramai la yg kawin bulan 12 pula kan?

Ramai orang kata pilih tarikh cantik ni sebab senang nak ingat. 
Tetamu and family pun akan ingat tarikh keramat tu sampai bila bila, tapi apa pentingnya? 
Macam wang hantaran juga,kenapa kena 'cantik' sangat sampai susah nak menyebut? tapi tu masing masing punya citarasa. Bagi saya tu semua tak penting pun, kalau tarikh sama dengan tarikh couple maybela consider,meaningful la kan. Tapi percayalah bakal bakal puan, kalau tarikh cantik ke tak ke mesti boleh ingat punya kalau nak ingat. Bagi saya yang penting tarikh tu mudah untuk urusan semua pihak, tak bertindan dengan majlis family lain dan jatuh pada bulan yang elok untuk berkahwin dalam Islam. Tapi feng shui pon saya 'tertengok' juga ;p

Pilihlah tarikh yang baik dari sudut Islam,lebih baik orang kata. Tapi janganlah terlalu bergantung pula,doa banyak banyak semuanya berjalan lancar :)
Bagi bulan pula, ada yang kata tak elok untuk kahwin dalam bulam Muharram dan Syawal. Tapi takda kesahihannya. Semua bulan Islam tu ada istimewa dia sendiri.
Lebih afdal kita consider benda benda ni sebab kita nak cari berkat kan?

ada apa pada tarikh?wang hantaran?nila mas kahwin dan sebagainya?
kadang kadang melayu terlalu terikat adat, kita yang muda terpaksalah ikutkan yang tua
tak mahu nanti ade yang tersinggung sebab majlis ni untuk suka,seronok tak eloklah kalau nanti masam muka
apapun,biarlah kena gaya biarlah kena keadaan dan biarlah dulukan agama.
Family saya memang kuat adat ni sampai bunga tabak pun kena pakai yang turun temurun punya. Kena ada jejawat khas pegang hantaran. Kena ade upacara menggantung. Kena itu kena ini.
tapi kami just ikut yang mana relevant je,macam mandi sampat semua kami tak buat sebab dah takda orang tua yang boleh nk urus semua.

kahwin,kahwin..banyak nak kena fikir

Saya pilih Jamadilakhir untuk berkahwin..banyak perang menang di bulan Islam ni, bulan ni bermaksud kemenangan.
Semoga hijrah kami ke status baru ini juga satu kemenangan. InsyaAllah :)

masjid country homes,rawang
arole and nini solemnization
11november11











Friday, 23 December 2011

better than revenge..;D


no official video for this song..sayangnya!sangat suka lagu ini.
but this one got a very clear and funny message ayte? 

Friday, 16 December 2011

childhood

people said childhood is like being drunk,you cant remember a thing but sometimes you remember some of things happened that time kan?
I did remember some silly things i did back then, and some of the things people said to me. 
Sangat menyeronokkan bila ingat. 
Those were the days you dont have any misery,its just you and your world.
Well for me there are some bad occurrence, which i still have close to my mind. Sangat ingat dan sangat memberi semangat untuk saya move on happily actually.
 I want a better future,and i would die to give my babies and family the word 'happiness'.
Siapa kata saya tak happy masa kecil, budak budak mestilah tak ada masalah..tak ada perkara dia perlu pikirkan but sometimes there are children out there who cried behind those sweet smile. 
Believe me, i knew how it feels like.

but to me,those years are still the best I had,once in your lifetime and worth sharing :)

1# dulu masa kecik saya sangat suka barbie doll. Budak perempuan chek oi. I have lots of it. tapi kadang kadang sebab terlalu sayang jadi saya suka jd hairdresser diorang. I did cut off my barbie hair back then, layerkan lah,fringe lah. Of course after that they look pretty....stupid!rupenya talented saya ni.I kept the collection till I was fourteen and let it go to my cousins.

2# hobby saya main jigsaw puzzle. Everywhere i went mesti bawa jigsaw puzzle, mama pergi saloon ke ape ke. I played jigsaw puzzle to killed time and tak pernah boring eventhough dah banyak kali ulang puzzle yang sama. Maybe i was looking for my missing piece kot..hahaha.

3# Saya kuat nangis,orang tua kata sawan tangis. Tak sangka saya ni sawan!jadi lesung pipit jangan pelik dengan kebolehan i menangis tu. Pernah kena lumur dengan bawang merah,tok kata tu petua untuk berhentikan. Sebab saya nangis susah berhenti, that's why sekarang if saya marah orang pun saya yang nangis.   
Saya pun ingat saya pernah pakai benang hitam kat tangan masa umur 2,3 tahun. Itu pun untuk sawan tangis juga kot. Jadi now i know where did my eye bags came from!

4# Masa kecik dulu orang yang saya paling rapat is Aki. Memang tidur dengan tok and aki hari hari. Dia yang rajin melayan saya. Saya still ingat everytime tidur siang saya suka gentel bulu dada aki!hahaha..ok,ini embarassing tapi masa tu saya kecik lagi la. Dia lelaki yang saya paling rapat.That's why saya sangat sedih time aki meninggal, dahla dia tak nak cakap dengan saya masa saya nak balik kl. Bukak mata pun tak nak. petanda esoknya dia pergi :(

5# Dulu saya ada 'bantal bulu'! kalau takda saya tak boleh tidur. Bantal tu bukan hairy or fury macam bantal bantal sekarang ni. Bantal tu jadi berbulu selepas basuh..hahaha..tapi itula bantal kesayangan saya. Bantal tu tok buat sendiri so dalam dia kekabu,sangatla sejuk! tapi bantal saya tu tak busuk ok,sebab tok selalu basuh. Makin basuh makin berbulu,makin saya suka!

6#  Masa mama and baba still dekat kuantan, kami tinggal dekat Taman Rasa Sayang. kat mana tu,saya pun dah tak ingat. Tapi saya still ingat adegan setiap pagi yang dilakonkan oleh saya. Everytime mama dengan baba pergi kerja, saya kejar kereta sambil menangis dan pegang bantal bulu!hahaha.. ok, comel la kalau time tu sebab baru 3 tahun tapi kalau sekarang macam ni tak tahulah.

7# Masa kecik kecik korang suka tengok cerita apa? of course cartoon kan tapi saya ingat saya sangat addicted dengan dua cerita. Everytime mama nak masak mesti dia pasang suruh saya tengok. 




Full house and nasib si labu labi. Berapa ratus kali saya tengok pun tak ingatlah. Dengan chocolate milk dalam botol and terlentang depan tv. Kalau tak pasang cerita ni saya mesti sebok tolong mama kat dapur. Kalau masak sayur semua sayur mama potong tu saya makan mentah mentah - vegetarian sangat

8# Apa lagi yang saya ingat,ouh ye..masuk tadika. Saya berlagak gila, tak nak orang teman siap halau balik. Bukan orang hantar saya kat pintu saya hantar orang kat pintu pagar. Tapi padan muka saya, firstly saya masuk tadika cina saya kena buli ok. Budak cina tu dengki dengan saya, saya bawak buku cerita pinocchio je pun itu pun nak jealous. Saya konon konon seronokla nak kawan kan, dia ambik buku saya dan koyak koyak buku tu. Ok, fine saya pun tengok je. Balik tu terus tunjuk buku tu kat semua orang and  dengan gentlenya cakap nak tukar sekolah. Gila matang kan tak nangis merengek. Budget matang je sebenarnya.

9# Saya ni tak nakal tapi kadang kadang suka buat cerita kartun. Bila duduk dengan tok dan aki ramai kawan, so saya suka la nak pusing pusing taman sepakat tu. Dah banyak kali la saya buat fairy tale kat luar rumah. Saya pun tak ingat dah sapa kawan kawan saya, tapi saya tau saya tukang create cerita. Nanti pasir rumah sebelah yang orang nak tambak simen tu jadi istana dan sebagainya. Pokok kurma depan rumah tok jadi beanstalk. Tu la, saya ni terpengaruh sangat dengan fairytale. Pastu kadang kadang orang yang tak bersalah jadi mangsa. Acu yang tengah tidur tiba tiba jadi snow white, bayangkan saya suap buah epal potong kat mulut dia konon konon dia mati makan epal beracun. So just imagine la apa jadi lepas tu.

10#  Saya suka nyanyi lagu 'bangau oh bangau'. Treadmark jugakla tu. Sampai one time tu, lagu tu telah diketengahkan.hahaha..Ingat tak Aishah penyanyi lagu 'janji manismu' tu? Dia pernah close dengan my mum,so selalu datang kuantan hangout dengan kami. Dia rajin melayan saya, so everytime suruh nyanyi tu lah lagu yang saya nyanyi sampai dia pun mengeluarkanlah single 'bangau oh bangau' untuk mimin nya. 

Sumpah kelakar nak upload video ni from youtube ..awal 90an punya video paham pahamla!haha



11# cerita yang ni pulak sumpah saya pun pelik saya boleh ingat. At first i thought it was only a dream tapi takkanla mimpi saya ingat sampai dah tua bangka ni. Saya pernak nampak kejadian mistik which is tak pelik untuk budak 4,5 tahun nampak. Saya rajin jugak teman baba pergi kedai malam malam, dia tak suruh teman tapi saya memang rajin so if pukul 11 malam saya tak tidur lagi saya mesti ikut baba. Satu hari tu balik dari kedai saya nampak barang barang bergerak sendiri masuk rumah jiran tok. Bila pikir macam tak logik je, tapi takkanla saya boleh ingat sampai sekarang?

12# masa sekolah rendah, darjah 1 sampai 3 saya sekolah di kuantan. Startla saya active nyanyi nyanyi,perform, orchestra and so on. First performance kat sekolah kena nari lagu 'raindrops'-beetles, kena bawak payung segala bagai tapi ceritanya semua orang kena pair. Saya reject pair saya sebab dia tak gentleman (darjah satu pun kena gentleman)..hahaha.. dia suka buli orang so saya mintak mrs.John Bellon tukar alasannya dia asyik bergaduh dengan budak lain yang buat performance so  i got to pick my partner. Siapa partner saya eik,sumpah bukan taknak cerita tapi saya dah tak ingat sebab musabab saya pilih budak tu.

13# Ok,dulu kecik kecik saya memang suke overnite. Tak main la dah besar baru nak overnite, saya overnite dua orang je dengan adik saya si emmir. Kadang kadang pukul 7 pagi baru tidur, aktiviti tak yah tanya la apa. Entah apa apa.  Pakai double decker bed so kadang kadang katil jadi aeroplane dan sebagainya. Saya redha je si sakai ni nak buat apa, tangan saya pun pernah jadi papan dart!T-T  Kalau kita orang pergi holiday, pukul 2-3 pagi  still merayap kat pool,jalan jalan kat hotel tu. Nak diikutkan banyakla kenangan saya dengan si emmir ni.Tu lah, kadang ghindu ke awok ngan adik adik. Koya koya awok orang pon sangat ghindu tau dok. Pengakuan ikhlas dari kak yong ni,sob sob.


yang pakai topi tu 'abang' bukan 'kakak'

itulah antara tebiat and things i did as a little girl. Banyak lagi silliy things yang saya ingat but tak larat nak tulis dah. These were some awesome memories. I missed kuantan very much actually! and since saya dah nak menamatkan zaman bujang ni, saya selalu ingat zaman kanak kanak and how i reached where i am right now.

From a little girl to a lady and soon someone's wife and later a mother. 
My God,time flies!

Wednesday, 14 December 2011

'redha itu ikhlas,pasrah itu menyerah'

di atas-ayat killer bulan ini
semua orang mesti tahu kan cerita apa tengah hit meletop kat cinema sekarang
kat luar hujan sampai banjir,kat dalam panggung pun nampak gayanya banjir dek cerita ni

lesung pipit cuti dua minggu,saya pun pancing tengok cerita ni dari keluar preview lagi
minggu pertama dia kat penang,so dengan harapan minggu kedua kitorang dapatla pegi tengok
hari isnin,tak boleh,selasa tak boleh,rabu tak boleh dan akhirnya sabtu 
kami menjejakkan kaki juga ke panggung
memang berombak badai la juga cerita kami nak tengok wayang ni..
even pergi movie ramai ramai, bukan feeling couple couple
nampaknya  tidak dapat dibedung
cerita ni memang erm...SEDIH! 

ni lah cerita tu,cerita yang memang bagi naik air bah


siapa sangka lelaki macho juga sedih tengok cerita ni?hello,aaron aziz pun reti menangis tau
walaupun masing masing cuba coverline,nampak jelas bergenang airmata di kelopakmu
saya memang dah meleleh la..dengan jalan cerita,lagu. tak payah cerita panjang
nak kata best tak sangat,tapi memang sedih yang amat

si lesung pipit pula,kalau scene dia diam tu saya tahu la ade ombak dalam hati..hahaha
dia cakap dia tak penah nangis tapi aaron aziz nangis macam dia.
 Baiklah,aaron aziz pun setuju lagi lagi bab u tak pernah nangis tu..kannnnn

siapa tak tersentuh tengok cerita ni memang kebal,macamana tak best pun saya rasa memang dia berjaya buat penonton rasa sedih tu. Saya baca novel ombak rindu masa form 3 dan dah tak berapa ingat cuma yang pasti ada plot yang buat saya nangis tapi rupanya  tengok movie saya nangis lagi teruk sebab mungkin saya dah paham love tu macamana. Kalau ikutkan,tak semua plot dimasukkan dalam filem jadi impak patutnya kurang sikit tapi nampaknya tidak. 

Lagu 'ombak rindu' tu pula lirik mengundang air mata
memang pelengkap kejadian banjir di panggung

bila tengok kutipan ombak rindu 6 juta saya tak terkejut sebab kita orang terpaksa pergi tiga shopping mall semata mata cari tiket ombak rindu. Dari TS ke Pavi last last Bram Mall. Itu pun crowd gila ramai sampai macam nak roboh panggung. Diorang serbu hall macam aaron aziz tu lari kalau diorang tak jadi orang first masuk, yang paling hebat menyerbu of course aunty aunty you all.
jadi untunglaaa kau aaron!

cerita cinta bersegi izzah,haris dan mila
banyak pengajarannya dan memang betul omputeh kata true love never dies
bunuhlah dengan masalah badai sebesar mana tak hanyut
kalau dah jodoh takkan kemana

cinta haris pada izzah yang mengaguminya
cinta izzah pada haris yang penuh keihkhlasan
cinta mael pada izzah yang merelakan untuk kebahagiaan
cinta mila pada haris yang bersifat obsesi tapi dia juga akur 
'cinta itu bukan sesuatu yang boleh dipaksa'

lepas habis movie tu ada orang suruh saya bukak mp3 lagu 'ombak rindu'
bukan sekali..tapi mungkin sampai dia boleh hafal lirik lagu tu
haish,dalam hati ada taman rupanya
esoknya ada orang hantar lirik lagu ombak rindu kat saya
saya hampir sambung hujan dalam panggung ke rumah
lirik tu lirik jujurlah..siapa tulis ya?


'Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku'


'Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku'






cerita klasifikasi (U)

sesuai,padan,menepati citarasa
semuanya faktor waktu,dan masa yang sesuai
faktor jodoh dengan lebih tepat

kita sebenarnya tak ada hak untuk cakap seseorang tu tak baik untuk pasangannya
dan kita juga tak ada hak untuk menilai seseorang itu hanya sebab sifatnya
lumrah dunia,manusia itu berbeza dari segi zahir malah perwatakan

yang jelas salah - membunuh,memfitnah,mencuri,menipu,mengumpat,menghina,takbur,
dengki
kita sudah tahu
itu memang layaklah jika kita marah,layaklah kita kata orang itu tidak baik perilakunya
jadi untuk kita rasa kurang senang dengan orang yang merosak hubungan orang,mempermainkan hati orang,menipu,mencuri,menabur fitnah pada orang adalah sesuatu yang lumrah
budak darjah 1 pun tahu tak elok,tak cerdik


kita diajar untuk membuang sifat sifat di atas kerana itu SALAH,itu JAHAT..jika disengajakan
dan yang jelas salah ini pon masih boleh diubah,boleh dimaafkan

tapi untuk jadi judgemental pada seseorang 
hanya kerana dia panas baran, dia kasar, dia bodoh, dia terlalu bijak,dia pendesak,dia terlalu manja, dia pemalas, dia pengotor, dia kuat cemburu,dia mengongkong, dia terlalu naif ,
'eh,dia kurang sabar la'
'eh, dia tak romantik la'
'eh, dia kuat bercakap la'
'eh,dia tak pandai bergaya la'
and the list goes on....

saya rasa tak patut lansung

sifat sifat ni selagi boleh diterima tak mendatangkan dosa pun
jadi kita tak perlu klasifikasikan orang di mata manusia
yang membezakan cuma penerimaan orang terhadap sifat sifat ni

ada perempuan yang ditinggalkan boyfriend hanya sebab dia terlalu 'ambil tahu'
si lelaki kononnya jadikan itu alasan untuk merasa terkonkong walhal dia sendiri ambil tahu setiap gerak geri perempuan itu. Bagi dia, sifat itu tak boleh diterima dan jadikan point untuk curang
Si kawan kawan menilai perempuan itu 
letakkan satu klasifikasi yang perempuan yang terlalu ambil tahu - merimaskan,tidak percaya,tak matang and so on..

di sisi lainnya.. mereka lupa mereka juga mungkin diklasifikasikan oleh perempuan jika mereka terus jadi judgemental. 
Padahal sifat perempuan itu sebenarnya cuma didorong naluri keibuan yang kuat
mungkin dengan discussion and tolak ansur bukanlah satu isu besar. 
Lelaki hanya mahu ambil jalan pintas - ye,saya juga sedang melakukan kesilapan : KLASIFIKASI.
 bukan semua harus diletak dalam satu kumpulan dan dikelaskan macam ni.
Lelaki tadi mungkin dah letakkan satu standard, dia tak boleh go dengan perempuan macam ni.
Dia dah biarkan kawan kawan dia standardkan perempuan tak boleh macam ini,kalau macam ini tak bagus. Padahal sifat tadi bukan kategori 'jahat' pun,tak jadi salah kalau kena gaya

Sekali lagi mereka lupa, penerimaan berbeza beza. Pada dia mungkin sifat perempuan itu merimaskan tapi percayalah pada satu sudut mata yang lain ada yang melihat sifat perempuan itu sebagai satu kelebihan. Jangan pernah lupa, Allah jadikan setiap manusia berpasangan dan untuk setiapnya ada tolak ansur. 

Banyaknya hubungan yang hanyut sebab hilang tolak ansur. Saling mencari kesempurnaan padahal kesempurnaan itu memang tak pernah wujud tapi setiap orang itu saling menyempurnakan.

Jangan klasifikasikan orang..itu penting. Apa yang kita rasa tak cool mungkin kena di mata orang 
cuma disebabkan ego ada yang terlalu ikutkan standard diletakkan kawan kawan dan akhirnya... hanyut.

Yang perempuan pula, jaranglah termakan cakap kawan kawan.Biasanya mudah hanyut sebab terlalu hidup dengan dunia sendiri. Standard kadang kadang tak logik,tak wujud.
Mana tak nya, ada yang mengharap lelaki macam Seth Tan dalam hidup,kalau tak ada tak nak kawin.
Ada yang bergaduh dengan husband sebab terbawak bawak cerita tv,film,novel..
 excuse me, pernah dengar tak ayat ni?

 'every love story have its own scriptwriter,while your story is written by God'

jadi, realiti tu tak mungkin sama dengan fiction.
Dalam cerita watak tu rekaan manusia, realiti kita ni pula dipengaruhi macam macam termasuk cerita dongeng  jadi there are no such thing as prince charming or beautiful perfect husband. 
Kalau ada Alhamdulillah, tapi janganlah kalau ada kurang kat mana mana kita buang pula. 
Sampai bila nak cari sempurna agaknya?

berhentilah jadi judgemental untuk sifat sifat semulajadi ni
belajar menerima kekurangan orang atau mungkin jika tak boleh terima 
lepaskan untuk orang yang lebih layak. 
Dari kita terus cari kesempurnaan,lebih baik kita perbaiki diri
sebab yang merimaskan di mata kita mungkin indah di mata yang lain

jadilah yang terbaik dan hargai apa yang kita ada
jangan yang dikejar tak dapat dikendong berciciran
untuk yang sering diklasifikasi, di- judge bertubi tubi
jangan risau ada yang boleh terima dirimu seadanya
ada yang bakal lihat kekuranganmu itu sempurna
insyaAllah ;)


untuk my husband to be,
dont worry saya terima baik buruk awak
tak perlu jadi macam Seth Tan or Edward Cullen
jadi Farizal Zakaria je dah cukup
dan saya harap awak terima saya seadanya
'i've found the missing piece of my jigsaw puzzle and it fits me perfectly'
thank you love :)





Wednesday, 7 December 2011

malaikat hati

december is here,a few weeks before 2012 already
masa sangat pantas,i still can remember what did january brings me
but now its the end of 2011..time really flies and sometimes im glad it does
so life could easily move on for the better..Alhamdulillah


few days ni I had a terribly awful day..specifically it kills me like hell
adalah beberapa masalah yang terpaksa dihadapi
terganggu sangat emosi time ni,tapi i had to deal with it
this is my life and whatever it brings me i need to stood up

tapi..syukur sebab Allah hantar malaikat untuk menjaga saya
selain mama yang memang malaikat pelindung sejak kecil
saya ada malaikat yang sentiasa tebarkan sayap untuk saya bila saya perlukan dia
wah..bukan main tebar sayap lagi ayat saya kan

bila tulis in malay it sounds very dramatic kan?
tapi bahasa tu bahasa kita,nak rasa kekok kenapa?

ok kembali kepada kisah si malaikat
mungkin orang kata manusia bukan malaikat
sebab manusia buat dosa
tapi saya ada guardian angel yang tak pernah jemu jaga saya

zahirnya dia kasar,dia garang
tapi saya jumpa satu bahagian dalam diri dia
 yang mungkin ada yang tak nampak
which is..hati dia
orang selalu lihat zahir,mudah judgemental tapi orang tak cuba paham 

bila saya ada masalah,dia tempat saya mengadu
dia memang akan marah kalau saya tak dengar cakap
tapi bila saya sedih dia jugak yang buat saya ketawa

few days ni dia la yang buat saya senyum
terima kasih sebab menyanyi sepanjang perjalanan dari tapah ke kl
terima kasih sebab buat saya ketawa dan lupa semuanya
terima kasih sebab tak pernah jemu tanya 'kenapa'

kadang kadang bila saya emotional
saya tak sedar saya bermasam muka
dia datang cuba bagi senyuman pada saya
tapi saya tak mampu tersenyum,makin berkerut kerut dahi
tak sedar saya guris hatinya..tapi dia sabar
dia sebenarnya memang penyabar
walaupun sometimes nampak tak sabar kan

bila saya susah dia ada dengan saya
bila saya berjaya dia happy untuk saya
bila saya sedih dia bagi bahu untuk menangis
bila saya buat salah dia marah dan bagi saya sedar silap saya

orang kata,yakinlah seseorang tu jodoh kita bila dia dekatkan kita dengan Allah
secara tak sedar, bukan disuruh atau dipaksa..
apa saja terjadi antara kami buat kami lebih mencari redha Allah
itu buat saya terharu..dan saya pasti dia yang terbaik Allah kirimkan

terima kasih malaikat penyeri hati