"a compliance auditor, an event planner, a full time wife of MF and a mummy to little adinda "

-mJ


Thursday, 24 November 2011

mamat helmet fullface

semalam saya officially tamat belajar ;)
syukur!bertahun tahun tahun..akhirnya selesai jugak

dahla buat preparation last minute,report pagi semalam baru siapkan
slide takyah cakapla..simple gila
tapi saya redhakan aje,macamana saya bercerita dengan interviewer macam tula saya present

boleh katakan tak berapa nak tidur kelmarin 
sampai la selesai presentation semalam,nama pun buat kerja last minute
penat tak payah kata,muka pun dah naik ketat time present. 

Mana tak nya, dar pagi keluar rumah ke hulu ke hilir sampai la waktu presentation

The best thing is bila dapat jumpa classmates, rindu gila!
and my roommate yang dah berbadan dua!
terharu je tengok,macam tak percaya si minah rock ni dah nak jadi mama..


lepak lepak,makan kejap
then nak dijadikan cerita,ada something yang buat saya senyum malam tadi =)

time dah nak balik dah around nine something
kalut dah time tu,kawan pulak tak boleh antar balik ampang
mama pulak ada kelas so terpaksa lah call lesung pipit
ilu drop me kat mali's corner so dekat sikit lesung pipit nak amik

fine with me,mana mana yang senangkan semua orang
so tunggula si lesung pipit,few minute past..
call dia tak angkat,pastu tiba tiba dia call back tanya saya kat mana
ok,lega sikit dah nak sampai. cuak jugak dah malam ni 
dengan handbag,laptop lagi

nak duduk minum kat mali's ramai sangat kaum adam
then saya tunggu betul betul tepi jalan
ada satu motor tiba tiba berhenti tepi jalan tu
at first saya rasa orang sume berhenti cause of traffic light kot
saya pun duk kanchong pusing kanan kiri sebab letih gila time tu

orang yang atas motor tadi pakai full face helmet
pastu duk tengok tengok,
dalam hati time tu, 'eh,duk tengok tengok sangat kenal ke'
tapi cuak pun ada,yela..saya sorang kat sini
grab handbag kuat kuat pastu motor tu kat situ lagi
saya nak call lesung pipit,tapi tiba tiba tertoleh..

mata saya tertumpu kat selipar mamat fullface tu..
mamat tu macam tengah senyum or gelaklah
awat gelak senyum senyum pulak ni
tapi walaupun pakai full face saya kenal mata yang mengecik time senyum tu

MOHD FARIZAL ZAKARIA rupenya!

sengal betul,tertipu saya..dia datang naik motor member rupenya
jadi kena rider la ni?
hahahah..ok cuak, dah 4 tahun tak naik motor!
motor kawasaki kan macam menjongket so tinggi kat belakang
sepuluh kali saya tanya,' err,you kita nak balik ampang terus ke ni?'

sumpah gayat! rasa macam melayang dah.hahahaha
last saya naik motor bertahun lepas dah
ni pulak naik motor yang tak pernah naik
tapi syiok ar,teringat zaman zaman remaja dulu
memang kalau tak public transport kitorang berdua merempit la ke mana mana
motor syawal jadi mangsa!

rinduuu zaman kolej dulu
pergi sarang burung makan chicken chop
pusing pusing taman billion
pusing pusing taman koperasi tu bila boring
pergi pasar malam
 perasan tak hidup ni sebenarnya paling indah dalam keringkasan
no fuss, tenang

haih,rindu kot makan burger otai share share
sometimes pergi makan mcd,or beli mcd makan kat padang unikop
starlite dinner gitu!
tak payah pikir banyak hal
pergi bb pun naik bus..naik lrt
rindu kadang kadang to live as simple as that

thank you lesung pipit
bawak kita naik motor
gila gila remaja kembali kita berdua!
surprise gila sampai sakit pinggang i hari ni..haha

semalam semua kenangan tu datang
walaupun lesung pipit dah kekok bawak motor kan,hehe
takut jugaklah,lalu kt highway pulak
memang jantung ni nak tercabut
rambut saya pulak mengurai panjang ditiup angin
takut tengok diri sendiri kat side mirror!haha

dah ghope macam ni teman..






No comments:

Post a Comment