"a compliance auditor, an event planner, a full time wife of MF and a mummy to little adinda "

-mJ


Sunday, 27 November 2011

kongsi warna mata tapi tidak warna hati

Salam maal hijrah
semoga kita semua berhijrah meninggalkan setiap hitam silam di jalan belakang
jangan pernah toleh,tapi terus cuba raih hidup yang lebih berkat di jalanNya

Semoga tahun baru ini satu titik permulaan untuk kita
dilimpah rezeki
dimurahkan dengan kasih sayang
dijauhkan dari musibah
dipermudahkan setiap urusan dan perancangan

hijrah,hati aku juga mahu berhijrah
tahun ini aku bakal berhijrah ke status baru
tahun ini aku mahu ia jadi lebih baik dari tahun yang sudah
dan cukup,tidak mahu aku bawa dendam amarah

aku akui, tahun sudah dugaan datang
 tak menang tangan untuk menepis
saat jatuh,ditikam,diracik hati, dimaki dicaci
tapi masih aku bernafas,tak terbunuh dek sakit perit

ketahuilah yang aku tidak pernah berdendam
aku tidak pernah mendoakan kecelakaan orang yang menjatuhkanku
tidak pernah lupa dalam doa supaya mereka sedar silap mereka

walaupun.. 
kau datang tiba tiba cuba merosakkan hidupku
kau jadi musuh dalam selimut
 kau jadi kawan yang bermuka muka
 kau buat aku hilang arah
kau tidak mahu peduli perasaan aku
kau lebih suka lihat aku menangis
kau mahu hidup aku punah

aku sudah tidak dendam pada kamu
kerana  kau perlu tahu
kemaafan itu dendam yang terindah

tidak,
aku tidak harap mereka menutur maaf,
tidak sekali aku mahu mereka dekat denganku lagi
ketahuilah aku tidak suka mencari musuh
aku tidak suka menjadikan kawan sendiri musuh
aku tidak suka memtuskan silaturrahim sedia ada
tapi cukuplah,siapapun kalian
aku tidak mahu lagi bayang kalian memahat dendam di hati

jadi..tenanglah kau
apa pun dendam benci kau pada aku
apa pun tohmahan dan dengki iri kau pada aku
aku relakan,asalkan kau tidak lagi menyentuh hidup aku
tenanglah kerana sudah lama aku maafkan kamu..

hidup ini sementara jadi esok lusa belum tentu kita bernafas
mungkin akibat marah dan sakit hati
aku mengasari kalian dengan kata kata
aku menyakitkan hati dengan perbuatan
kerana batas sabar manusia ada hadnya
dan bila sabar membatas sedar,
siapa sangka yang tenang boleh berkocak
itu aku mohon kemaafan

maal hijrah
aku doakan kalian lebih bahagia di hijrah ini
dan aku mohon, hijrahkan hati kalian


No comments:

Post a Comment