"a compliance auditor, an event planner, a full time wife of MF and a mummy to little adinda "

-mJ


Friday, 4 November 2011

jumaat indah

November membawa rezeki,Alhamdulillah
hampir 2 bulan lagi kita akan meninggalkan 2011
membuka tirai 2012..*senyum lebar

InsyaAllah,semuanya berjalan according to plan
saya pun sedang mencari peluang kerja
sedang menimbang nimbang mana yang sesuai untuk future
tanggungjawab mencari jannah ni bukan letak pada sayang saya sorang saja
tapi saya pun kena fikir,kena tolong sama

Alhamdulillah,Tuhan mudahkan jalan kami
sikit sikit pening tu ada,bak kata encik tunang..
nak kahwin ni biarlah rasa susah sebab barulah kita hargai menda tu
betul la tu..bersusah dahulu,bersenang kemudian

sambil tulis ni saya tengok 'wanita hari ini'
tajuk dia - Syarat Dalam Berkasih
entah saya tak perasan selama saya berkawan ni kami ada letak syarat tak?
tak adalah syarat yang teruk sangat tapi perjanjian antara dua hati
chewah..nak kahwin ni memang rajin tengok talk show
sooooo kakak kakak kan?

saya dan ijan..ada syarat tak?adalah kot
syarat terpenting nak kahwin dengan saya ada tiga saja..jeng,jeng,jeng

kena JUJUR, kata perkongsian hidup kan..bila sorang tak jujur effect dua hati
hati kan dah jadi satu,tak payah tipu la
yang ditipu sakit yang menipu lagi parah sakit dia
jadi kejujuran tu penting

kena IKHLAS, maksudnya between dua orang tu apa sahaja kita buat mesti ikhlas. 
Paling penting kita nak kahwin tu mesti ikhlas,
 kata bercinta kan mesti kena ada ikhlas tu

kena RESPONSIBLE, rasa tanggungjawab tu kena ada. Untuk setiap keputusan,setiap tindak tanduk kena ada tanggungjawab. Nak cakap I love you pun kena ada tanggungjawab. Bila ada tanggungjawab semua benda akan jadi baik. Seorang lelaki yang ada tanggungjawab memang sah la jadi suami yang soleh,jaga isteri,sayang isteri dan anak anak. 

A responsible guy is a guy who have all the qualities of a lady's man. He control over the relationship, he make sure everything is in order and he loves his family with his heart and soul. Of course, responsible men are those who never forget Allah s.w.t,The Almighty.


itu je..saya percaya ada 3 benda ni mesti semuanya OK. Syarat ni bukan untuk suami je tapi saya jugak as isteri, saya nak ada tiga quality tu. Saya terima dia seadanya dan saya sudi jadi isteri sebab saya percaya dia yang terbaik. 

Walaupun kami selalu bergaduh, walaupun dia baran walaupun saya sangat defensive..Alhamdulillah,kami semakin dapat overcome all those things. Orang cakap masa tunang ni dapat cari keserasian. Syukur sebab saya rasa dapat cari benda tu. Saya makin paham dan makin terima salah saya, masing masing cuba jadi yang lebih baik dari sebelumnya.Sebab manusia mana ada yang sempurna.
kelebihan saya kekurangan dia kelebihan dia kekurangan saya.

Pasal jadi orang yang lebih baik,dari segi agama semua saya serahkan pada nawaitu masing masing. Untungla saya sebab dia tak pernah memaksa saya untuk pakai tudung sebagai syarat.Bagi saya, saya perlu betulkan dulu dalaman saya cukupkan solat dan yang lain lain kerana saya tak mahu ubah penampilan hanya kerana trend dan hipokrit.Tutup aurat itu wajib, dan jadi tanggungjawab suami saya nanti tapi biarlah datang dari hati dan kesedaran saya.
Bagi dia juga apa saja perlukan nawaitu.Bagi saya pula,apa saja perjanjian dia dan Tuhan di Luhd Mahfuz, biarlah dia yang lakukan sendiri. Dia tulang belakang saya,pembimbing saya dan keluarga ke syurga dan saya tulang rusuk kirinya menjaga hati dan nuraninya membawa dia ke arah keredhaan.InsyaAllah.


Doakan semuanya semakin baik untuk saya dan dia..Aaaamin




No comments:

Post a Comment