"a compliance auditor, an event planner, a full time wife of MF and a mummy to little adinda "

-mJ


Wednesday, 16 November 2011

dunia baru

anjakan paradigma..ape ni weyh?
sampai sekarang masih kurang jelas dengan ayat ini
sumpah saya tak pernah rasa nak ambik tahu maksud dia walaupun kadang kadang guna nak sedapkan ayat

apa motif cerita pasal anjakan paradigma?entah..
rasanya anjakan paradigma ni something macam perubahan kot
jadi untuk tidak terus merapu pasal perbendaharaan kata yang meletup..
mari bermula

takdalah kan..sepanjang duduk tanam anggur sambil tunggu interview ni saya banyak habiskan masa dengan diri sendiri. Belek muka,guling guling atas katil, bukak youtube nyanyi feeling kuat kuat.
Hidup tanpa arah walaupun kepala sedang dilanda ribut
 kerja lah,kahwin lah. Memerlukan komitmen yang tinggi
tapi takpa chill je,sementara boleh tanam buah anggur dan tengok sinetron hari hari T-T ni
kita teruskan berangan dan generate plan juga berfikir tembus ke dinding
esok esok kerja kena pikir document lah,customer lah,analyse data lah..so,enjoy the moment honey!

tadi sambil minum strawberry fresh milk dan pakai masker kat muka saya terfikir...
tak lama lagi bilik ini harus dikongsi,ouh no!
jadi,jadi saya kena buat anjakan paradigma dari semasa ke semasa
aktiviti 'me time' harus di maximize kan beberapa bulan ni
sebelum raja masuk takhta

ooppps,lesung pipit..jangan kecil hati
kehadiran anda sangat dialu alukan
cuma..ada beberapa perkara perlukan adjustment
awak mungkin tak tahu yang bakal bini awak ni ada sifat sifat kurang disiplin
jadi dia harus mula sedar diri

#1   Waktu bujang trang tang tang boleh bangun lambat, lepas tu dismissed alarm everyday walaupun set alarm pukul 6.30 am. Tapi lepas ni tak boleh dah, kalau sekarang boleh bangun 15 minit sebelum pergi kerja nanti dah tak boleh. Kalau saya lambat possibility teman sebilik lambat adalah tinggi. Hasil kajian telah terbukti bedasarkan pengalaman di hostel dulu.Saya kan kena jaga periuk nasi keluarga,eh tak boleh biar ni....
jadi kena pakai alarm vintage yang bunyi kuat nak mati tu lepas tu letak jauh jauh so that salah seorang akan bangun beberapa tapak untuk off kan. Orang tersebut bakal segar bugar selepas itu.

#2   Sekarang kalau nak tido kena peluk teddy bear,lepas tu susun bantal keliling badan macam kubu. Lepas ni tak boleh dah, teddy bear kena simpan, bantal kena bahagi dua tak boleh conquer dah. Tak boleh bina kubu sebab nanti orang tarik muncung 15 depa.

#3   Sekarang kalau duduk depan cermin boleh lama lama, pastu berangan senyum sorang sorang sambil pakai toner,moisturiser. At times, akan cuba cara senyum berbeza especially before pergi kenduri ke sebab aware ada sesi bergambar nanti. Haish!Nanti kalau buat macam ni lagi suami register kita kat tanjung rambutan pulak tak pun dia rasa kita self centered. Takpalah nanti kita senyum banyak banyak kat suami,dapat pahala.

#4  Sekarang kalau pakai baju tidur tak kesah lah kalau comot ke or terkoyak sikit ke. Alah,nak tidur pun siapa nak tengok kan. Tapi lepas ni kena buang dah baju baju yang selesa tetapi ala ala wajib jadi alas kaki. Mata suami kena dihias indah indah.

#5  Sekarang boleh pakai masker rambut overnight budget esok rambut cantik macam iklan pantene. Nanti mesti dah tak boleh sebab let say suami baru nak belai belai rambut yang konon cantik menawan,tiba tiba keras je rambut melekit lekit. Bau chemical pulak tu.

#6  Sekarang boleh tidur dengan bermacam macam gaya. Kuak kupu kupu, telangkup kura kura dan sebagainya tapi nanti kena tidur sopan sopan. Takut ada kena lempang free kalau kaki tiba tiba naik kat muka suami. Lagipun isteri kalau boleh kena tidur menghadap suami kan? boleh ke kita tidur diam diam tak pusing sana sini? kena practise tidur paling sopan.

#7  Masa sorang sorang ni boleh nak berangan nyanyi lagu kuat kuat lepas tu record dengar sendiri. Lepas tu,delete. Tapi nanti tak boleh buat macam tu sebab itu cuma kerja orang yang loner. Dah bersuami nyanyi kat suami lah kan. Tu pun kalau dia lalu nak dengar.

#8  Sekarang kalau nak skipped breakfast takpa je. Minum air lepas tu blah je pegi kerja, aip!nanti tak boleh. Kalau tak sempat macamana pun kena buat something for husband breakfast. Sebab tu kata kuncinya kena bangun awal. Kalau ada anak nanti,2 kali ganda lagi awal...ouh, kena practise. Jangan perform subuh last minute,tidur balik walaupun kat lantai dan bangun sejam sebelum waktu kerja.
Sungguh dah tak boleh, sebab nanti kena jaga dua perut dan dua hati.

#9 Sekarang boleh online 24/7 tanpa henti. Nanti?mestila tak boleh. Saya dah ada kawan nak bercakap,bergelak ketawa and menangis jadi yang alam nyata lebih syiok dari alam maya =)

#10  Sekarang boleh poyolah cakap nak buat anjakan paradigma. Nanti dah tak boleh dah cakap cakap sebab wajib buat. Jadi sekarang gunakanlah masa bujang sebaik baiknya. Almari dah kena buang baju tak pakai (mama suruh), teddy bear and sweet stuff kena simpan dalam kotak, dressing table kena reserve space untuk 'manly makeup' dan bersedialah untuk kehabisan minyak wangi,lotion,pencuci muka dan sebagainya. Sebab suami suka cakap,' sharing is caring'


gambar budget artis kacau photoshoot orang
motif gambar ni is..
due orang di kanan kiri yang hidup cukup understanding as hubby and wife
they rocks!

2 comments:

  1. hamboinyer..mana ada tak sabar,aku cukup sabar dh ni.tapi ko kena paham sebab tu ade blog bride to be,bersepah..kaum prempuan excited die lebey!hahaha

    ReplyDelete