"a compliance auditor, an event planner, a full time wife of MF and a mummy to little adinda "

-mJ


Sunday, 27 November 2011

kongsi warna mata tapi tidak warna hati

Salam maal hijrah
semoga kita semua berhijrah meninggalkan setiap hitam silam di jalan belakang
jangan pernah toleh,tapi terus cuba raih hidup yang lebih berkat di jalanNya

Semoga tahun baru ini satu titik permulaan untuk kita
dilimpah rezeki
dimurahkan dengan kasih sayang
dijauhkan dari musibah
dipermudahkan setiap urusan dan perancangan

hijrah,hati aku juga mahu berhijrah
tahun ini aku bakal berhijrah ke status baru
tahun ini aku mahu ia jadi lebih baik dari tahun yang sudah
dan cukup,tidak mahu aku bawa dendam amarah

aku akui, tahun sudah dugaan datang
 tak menang tangan untuk menepis
saat jatuh,ditikam,diracik hati, dimaki dicaci
tapi masih aku bernafas,tak terbunuh dek sakit perit

ketahuilah yang aku tidak pernah berdendam
aku tidak pernah mendoakan kecelakaan orang yang menjatuhkanku
tidak pernah lupa dalam doa supaya mereka sedar silap mereka

walaupun.. 
kau datang tiba tiba cuba merosakkan hidupku
kau jadi musuh dalam selimut
 kau jadi kawan yang bermuka muka
 kau buat aku hilang arah
kau tidak mahu peduli perasaan aku
kau lebih suka lihat aku menangis
kau mahu hidup aku punah

aku sudah tidak dendam pada kamu
kerana  kau perlu tahu
kemaafan itu dendam yang terindah

tidak,
aku tidak harap mereka menutur maaf,
tidak sekali aku mahu mereka dekat denganku lagi
ketahuilah aku tidak suka mencari musuh
aku tidak suka menjadikan kawan sendiri musuh
aku tidak suka memtuskan silaturrahim sedia ada
tapi cukuplah,siapapun kalian
aku tidak mahu lagi bayang kalian memahat dendam di hati

jadi..tenanglah kau
apa pun dendam benci kau pada aku
apa pun tohmahan dan dengki iri kau pada aku
aku relakan,asalkan kau tidak lagi menyentuh hidup aku
tenanglah kerana sudah lama aku maafkan kamu..

hidup ini sementara jadi esok lusa belum tentu kita bernafas
mungkin akibat marah dan sakit hati
aku mengasari kalian dengan kata kata
aku menyakitkan hati dengan perbuatan
kerana batas sabar manusia ada hadnya
dan bila sabar membatas sedar,
siapa sangka yang tenang boleh berkocak
itu aku mohon kemaafan

maal hijrah
aku doakan kalian lebih bahagia di hijrah ini
dan aku mohon, hijrahkan hati kalian


Friday, 25 November 2011

now or never..

Amanah dan tanggungjawab..dua perkara yang mungkin mudah dari segi perkataannya. Mudah untuk kita fahami apa maksudnya tapi bukan mudah untuk kita galas,bukan senang untuk kita pikul

bila Allah amanahkan kita sesuatu, tanggungjawab kita untuk menjaga nikmat itu
sebab tu kita kena hargai nikmat yang dipinjamkan,jangan mudah tamak,jangan lupa diri
nikmat kasih sayang,nikmat rezeki..semuanya pinjaman Tuhan semata

hargai apa yang ada di diepan mata,jangan cuma terus mencari kesempurnaan
kerana mudah sahaja Tuhan tarik pinjamanNya.

selalu kita menangis sesudah kehilangan
selalu kita merindu bila sudah tiada
selalu kita merintih bila sudah kekurangan
tapi kita selalu lupa bersyukur dan menghargai saat bahagia itu milik kita

cerita 'taubat nasuha' di TV3,pernah tengok?
Astarghafirullah..memang menginsafkan
bila kita sia siakan anugerah Allah, mudahnya dia mengambil kembali
'Allah lihat kita dah tak suka, jadi kena pulangkan'

kerana pinjamanNya untuk kita itu amanah
tanggungjawab kita untuk memeliharanya

kisah seorang lelaki yang panas baran akibat ajaran bapanya yang tegas sejak kecil.  Dia yang umpama penuh dendam, hanya tahu melepaskan baran pada isterinya yang sarat mengandung dan anak anak yang masih kecil. Hidup dia senang,mewah. Di luar dia bersuka suka dengan kawan, pulang ke rumah dia cuma tahu membentak dan marah marah. Tanggungjawab menjaga anak 100% diberi pada isteri yang ke hulu ke hilir dengan perut membusung. Seronok dan alpa dengan kehidupan senang dan kawan kawan, tapi kasih sayang sedikit pon dia tak pinjamkan untuk anak isteri. Senyum dan ketawa dia beri untuk kawan kawan,tapi jerit herdik yang dia bawa ke rumah untuh syurga hatinya.
orang kata Tuhan bayar cash,memang begitulah agaknya
Amanh yang dia sia siakan, pemilik tulang rusuk yang dia abaikan milik Allah. Satu hari, malang tidak berbau berpuluh kali si isteri cuba menghubungi si suami, tapi suami yang sibuk bersuka suka tidak menjawab panggilan telefon isteri. Kononnya, tak mahu ada gangguan ketika dengan teman teman. Tapi dia tidak tahu,itulah panggilan terakhir isterinya yang sebenarnya sedang bertarung dengan perompak di rumah. Mereka semua dibunuh dengan kejam, dan saat si suami pulang ke rumah juga dengan perasaan amarah.. dia cuma disambut tubuh tubuh kaku terkujur berlinangan darah,
Saat itu, ya barulah menangis tapi semuanya sudah terlalu lambat bukan?

kenapa manusia mudah hanyut?
kenapa kita lebih suka Tuhan menyedarkan kita setelah kita hilang segalanya?
menangis air mata darah sekali pun takkan terubat
pinjaman Allah untuk kita hari ini hanya sementara, hargai setiapnya kerana esok belum tentu ia kekal di situ untukmu.
Gunakan hari hari tersisa kita untuk orang tersayang, hargai rasa sayang dan kasih mereka untuk kita
jangan mudah lalai
Amanah itu datang dengan tanggungjawab

Thursday, 24 November 2011

mamat helmet fullface

semalam saya officially tamat belajar ;)
syukur!bertahun tahun tahun..akhirnya selesai jugak

dahla buat preparation last minute,report pagi semalam baru siapkan
slide takyah cakapla..simple gila
tapi saya redhakan aje,macamana saya bercerita dengan interviewer macam tula saya present

boleh katakan tak berapa nak tidur kelmarin 
sampai la selesai presentation semalam,nama pun buat kerja last minute
penat tak payah kata,muka pun dah naik ketat time present. 

Mana tak nya, dar pagi keluar rumah ke hulu ke hilir sampai la waktu presentation

The best thing is bila dapat jumpa classmates, rindu gila!
and my roommate yang dah berbadan dua!
terharu je tengok,macam tak percaya si minah rock ni dah nak jadi mama..


lepak lepak,makan kejap
then nak dijadikan cerita,ada something yang buat saya senyum malam tadi =)

time dah nak balik dah around nine something
kalut dah time tu,kawan pulak tak boleh antar balik ampang
mama pulak ada kelas so terpaksa lah call lesung pipit
ilu drop me kat mali's corner so dekat sikit lesung pipit nak amik

fine with me,mana mana yang senangkan semua orang
so tunggula si lesung pipit,few minute past..
call dia tak angkat,pastu tiba tiba dia call back tanya saya kat mana
ok,lega sikit dah nak sampai. cuak jugak dah malam ni 
dengan handbag,laptop lagi

nak duduk minum kat mali's ramai sangat kaum adam
then saya tunggu betul betul tepi jalan
ada satu motor tiba tiba berhenti tepi jalan tu
at first saya rasa orang sume berhenti cause of traffic light kot
saya pun duk kanchong pusing kanan kiri sebab letih gila time tu

orang yang atas motor tadi pakai full face helmet
pastu duk tengok tengok,
dalam hati time tu, 'eh,duk tengok tengok sangat kenal ke'
tapi cuak pun ada,yela..saya sorang kat sini
grab handbag kuat kuat pastu motor tu kat situ lagi
saya nak call lesung pipit,tapi tiba tiba tertoleh..

mata saya tertumpu kat selipar mamat fullface tu..
mamat tu macam tengah senyum or gelaklah
awat gelak senyum senyum pulak ni
tapi walaupun pakai full face saya kenal mata yang mengecik time senyum tu

MOHD FARIZAL ZAKARIA rupenya!

sengal betul,tertipu saya..dia datang naik motor member rupenya
jadi kena rider la ni?
hahahah..ok cuak, dah 4 tahun tak naik motor!
motor kawasaki kan macam menjongket so tinggi kat belakang
sepuluh kali saya tanya,' err,you kita nak balik ampang terus ke ni?'

sumpah gayat! rasa macam melayang dah.hahahaha
last saya naik motor bertahun lepas dah
ni pulak naik motor yang tak pernah naik
tapi syiok ar,teringat zaman zaman remaja dulu
memang kalau tak public transport kitorang berdua merempit la ke mana mana
motor syawal jadi mangsa!

rinduuu zaman kolej dulu
pergi sarang burung makan chicken chop
pusing pusing taman billion
pusing pusing taman koperasi tu bila boring
pergi pasar malam
 perasan tak hidup ni sebenarnya paling indah dalam keringkasan
no fuss, tenang

haih,rindu kot makan burger otai share share
sometimes pergi makan mcd,or beli mcd makan kat padang unikop
starlite dinner gitu!
tak payah pikir banyak hal
pergi bb pun naik bus..naik lrt
rindu kadang kadang to live as simple as that

thank you lesung pipit
bawak kita naik motor
gila gila remaja kembali kita berdua!
surprise gila sampai sakit pinggang i hari ni..haha

semalam semua kenangan tu datang
walaupun lesung pipit dah kekok bawak motor kan,hehe
takut jugaklah,lalu kt highway pulak
memang jantung ni nak tercabut
rambut saya pulak mengurai panjang ditiup angin
takut tengok diri sendiri kat side mirror!haha

dah ghope macam ni teman..






Wednesday, 16 November 2011

dunia baru

anjakan paradigma..ape ni weyh?
sampai sekarang masih kurang jelas dengan ayat ini
sumpah saya tak pernah rasa nak ambik tahu maksud dia walaupun kadang kadang guna nak sedapkan ayat

apa motif cerita pasal anjakan paradigma?entah..
rasanya anjakan paradigma ni something macam perubahan kot
jadi untuk tidak terus merapu pasal perbendaharaan kata yang meletup..
mari bermula

takdalah kan..sepanjang duduk tanam anggur sambil tunggu interview ni saya banyak habiskan masa dengan diri sendiri. Belek muka,guling guling atas katil, bukak youtube nyanyi feeling kuat kuat.
Hidup tanpa arah walaupun kepala sedang dilanda ribut
 kerja lah,kahwin lah. Memerlukan komitmen yang tinggi
tapi takpa chill je,sementara boleh tanam buah anggur dan tengok sinetron hari hari T-T ni
kita teruskan berangan dan generate plan juga berfikir tembus ke dinding
esok esok kerja kena pikir document lah,customer lah,analyse data lah..so,enjoy the moment honey!

tadi sambil minum strawberry fresh milk dan pakai masker kat muka saya terfikir...
tak lama lagi bilik ini harus dikongsi,ouh no!
jadi,jadi saya kena buat anjakan paradigma dari semasa ke semasa
aktiviti 'me time' harus di maximize kan beberapa bulan ni
sebelum raja masuk takhta

ooppps,lesung pipit..jangan kecil hati
kehadiran anda sangat dialu alukan
cuma..ada beberapa perkara perlukan adjustment
awak mungkin tak tahu yang bakal bini awak ni ada sifat sifat kurang disiplin
jadi dia harus mula sedar diri

#1   Waktu bujang trang tang tang boleh bangun lambat, lepas tu dismissed alarm everyday walaupun set alarm pukul 6.30 am. Tapi lepas ni tak boleh dah, kalau sekarang boleh bangun 15 minit sebelum pergi kerja nanti dah tak boleh. Kalau saya lambat possibility teman sebilik lambat adalah tinggi. Hasil kajian telah terbukti bedasarkan pengalaman di hostel dulu.Saya kan kena jaga periuk nasi keluarga,eh tak boleh biar ni....
jadi kena pakai alarm vintage yang bunyi kuat nak mati tu lepas tu letak jauh jauh so that salah seorang akan bangun beberapa tapak untuk off kan. Orang tersebut bakal segar bugar selepas itu.

#2   Sekarang kalau nak tido kena peluk teddy bear,lepas tu susun bantal keliling badan macam kubu. Lepas ni tak boleh dah, teddy bear kena simpan, bantal kena bahagi dua tak boleh conquer dah. Tak boleh bina kubu sebab nanti orang tarik muncung 15 depa.

#3   Sekarang kalau duduk depan cermin boleh lama lama, pastu berangan senyum sorang sorang sambil pakai toner,moisturiser. At times, akan cuba cara senyum berbeza especially before pergi kenduri ke sebab aware ada sesi bergambar nanti. Haish!Nanti kalau buat macam ni lagi suami register kita kat tanjung rambutan pulak tak pun dia rasa kita self centered. Takpalah nanti kita senyum banyak banyak kat suami,dapat pahala.

#4  Sekarang kalau pakai baju tidur tak kesah lah kalau comot ke or terkoyak sikit ke. Alah,nak tidur pun siapa nak tengok kan. Tapi lepas ni kena buang dah baju baju yang selesa tetapi ala ala wajib jadi alas kaki. Mata suami kena dihias indah indah.

#5  Sekarang boleh pakai masker rambut overnight budget esok rambut cantik macam iklan pantene. Nanti mesti dah tak boleh sebab let say suami baru nak belai belai rambut yang konon cantik menawan,tiba tiba keras je rambut melekit lekit. Bau chemical pulak tu.

#6  Sekarang boleh tidur dengan bermacam macam gaya. Kuak kupu kupu, telangkup kura kura dan sebagainya tapi nanti kena tidur sopan sopan. Takut ada kena lempang free kalau kaki tiba tiba naik kat muka suami. Lagipun isteri kalau boleh kena tidur menghadap suami kan? boleh ke kita tidur diam diam tak pusing sana sini? kena practise tidur paling sopan.

#7  Masa sorang sorang ni boleh nak berangan nyanyi lagu kuat kuat lepas tu record dengar sendiri. Lepas tu,delete. Tapi nanti tak boleh buat macam tu sebab itu cuma kerja orang yang loner. Dah bersuami nyanyi kat suami lah kan. Tu pun kalau dia lalu nak dengar.

#8  Sekarang kalau nak skipped breakfast takpa je. Minum air lepas tu blah je pegi kerja, aip!nanti tak boleh. Kalau tak sempat macamana pun kena buat something for husband breakfast. Sebab tu kata kuncinya kena bangun awal. Kalau ada anak nanti,2 kali ganda lagi awal...ouh, kena practise. Jangan perform subuh last minute,tidur balik walaupun kat lantai dan bangun sejam sebelum waktu kerja.
Sungguh dah tak boleh, sebab nanti kena jaga dua perut dan dua hati.

#9 Sekarang boleh online 24/7 tanpa henti. Nanti?mestila tak boleh. Saya dah ada kawan nak bercakap,bergelak ketawa and menangis jadi yang alam nyata lebih syiok dari alam maya =)

#10  Sekarang boleh poyolah cakap nak buat anjakan paradigma. Nanti dah tak boleh dah cakap cakap sebab wajib buat. Jadi sekarang gunakanlah masa bujang sebaik baiknya. Almari dah kena buang baju tak pakai (mama suruh), teddy bear and sweet stuff kena simpan dalam kotak, dressing table kena reserve space untuk 'manly makeup' dan bersedialah untuk kehabisan minyak wangi,lotion,pencuci muka dan sebagainya. Sebab suami suka cakap,' sharing is caring'


gambar budget artis kacau photoshoot orang
motif gambar ni is..
due orang di kanan kiri yang hidup cukup understanding as hubby and wife
they rocks!

Sunday, 13 November 2011

a romantic action movie kinda love!

ouh, sangat bosan hari ini..sungguh tak tipu
so decided to go mengarut bukak website sana sini and tengok zodiac
ok,tahu tak baik percaya kan?tapi suka suka je

and extremely coincident..sungguh tepat di batang hidung
let see,i read this about ARIES man and SCORPIO woman relationship
99.9% is quite true!

The secret to this magic is to understand how much Aries is always looking for someone strong enough to push back!  That is Aries Heaven, Aries Nirvana, Aries Jannah – someone who saves you from your own excesses, who calls you on your bullshit, who puts you back in your place when you just can’t get it right yourself.  (Aries don’t start out to be obnoxious. They just wind up there half the time.). 
A Scorpio woman can produce this result with a single look. 

 Scorpio women are a good mirror for Aries men in that – without even trying – Scorpio women are usually so powerful they scare people. HAHAHAHA
 Not a problem here.  Aries is never scared even when they should be.  You are beginning to see the bounty of this pairing.  We all know if you back down the schoolyard bully he will worship the ground you walk on.  It’s a universal phenomenon, like the toddler whose own tantrums scare him to death.  No one wants to feel like an out of control monster just because others are too weak to take a stand.

 The Aries man and the Scorpio woman are both looking for restraints and that is what they find so happily in each other.  It’s a big relief to know someone is strong enough for you to be as strong as you are.  Suddenly, all’s right in the 





world.

yeah,so far yup we can tolerate and be strong enough for each other bullshit!;p


How to Attract an Aries Man as a Scorpio Woman: 

 You can turn up the headlights, girl.  Whereas most men cover their privates and slink out the back door, imagining that you are a castrating maw of dark feminine energy, Aries is turned on and comes fast forward.  There is a great polarization.  He is SO masculine.  She is SO feminine.  It works!  

Especially, Scorpio, be sexy.  Enjoy your prowess.  He’s going to!


How to Attract a Scorpio Woman as an Aries Man:  


Be direct and even crude.  Shock and awe are good guidelines if you have the balance and maturity to pull it off.  One thing this lady does not want is amateurs so whatever you decide to do, do it with confidence.


Degree of Romance:  


 Aries is the most romantic sign in the zodiac and with Scorpio for inspiration, it can reach beyond the limits.  If any two people could worship the God and Goddess in human form, it is these two.

gile larh dewa dewi cinta!haha



Degree of Passion:   

Where passion is concerned, these two wrote the book.  
Think of the most climactic song or movie you’ve ever seen. 
 There is so much aliveness between these two.  
Their energy is so well matched. They are so relieved to have found one another.  Kind of like mating season down on the farm. The chemistry is profound.  Some people take energy when they have sex. These people both give energy.  The creative force is multiplied.  

Together they are so much more than alone.


Degree of Friendship:  


These two will get involved in all sorts of adventures together, some of them a little edgy.  It seems that nothing they do together is simple or routine.  Things get complicated quickly like the plot of “The Departed”.  As they experience each other more and more ”in action”, their trust and admiration grow.


Degree of Marriage:  


There is tremendous potential in this couple for marriage. 
 Neither sign ever gives up on anything so they have a better chance than most to make it last.


Progression of Relationship:   Balls to the wall. what you give you get back ;)



Sex:   
The passion and trust level are so high this makes sex a special bond between them.  It is every bit as much an athletic event as it is a bonding or procreative mechanism.  There is always an element of competition involved, “Am I the best you’ve ever had?  Have you ever done it on video before?”  Both are likely to be very “good at” sex so there is an extra dimension of confident performance to add spice to the adventure.  Aries will feel each time like he has to conquer al!  The thrill of the chase will remain years after It’s in the bag.  They both have the gift of being able to lose themselves completely in the moment so -- when they have sex – time literally stands still.  


When It’s Over:  

It’s likely to appear over, time and time again,  only to be regenerated. endless?aaamin

 This allows them to do what they do best, beginnings and endings.  Scorpio loves to end things.  Aries loves new starts.  This also allows Scorpio to seduce anew and Aries to conquer anew --  and, oh, the great make-up sex.  Just try not to involve innocent bystanders in your volcanic phases, especially those who are vulnerable emotionally to your storms of passion such as your own offspring and parents.  
A relationship this alive is very  intense. 
 I think you may feel like killing each other from time to time but the love will never end.






Thursday, 10 November 2011

091111

'selamat hari jadi,hari untuk kita bersuka ria' 
nyanyi dengan tune lagu 'selamat hari raya'..ok,tak sedap lansung

semalam 9 november,ulangtahun kelahiran saya yang ke 16..erm,am I?24 sudah ok!
but seriously i got no issue with age sebab age is just a number,and its natural to grow
im growing wiser..yeah!

im growing and truly blessed!
Alhamdulillah, Allah gives me another birthday ;)

terima kasih orang orang tersayang kerana sedaya upaya membahagiakan saya
thank you b for the birthday gift,saya sangat suka sebab awak observe ape saya nak
sweetla tu kan?appreciate it!
and thank you sebab spend time dgn i semalam even though demam
thank you mama for the simple surprise..love the cake and thank you for the dinner!

memang agak penat semalam
ke hulu hilir from morn till dawn
kebetulan i got an interview on my birthday..
hopefully luck was on my side,aamin!

oopss..tiba tiba ternampak wedding ticker
sekarang saya tengok cermin *senyum gatal dan excited
tahun ini saya akan dapat hadiah terindah dalam hidup
cant wait for the best present ever!
i've made my wish and blew the candles..
with all of my heart,im grateful and pray for greater years ahead!

also not to forget, thank you everyone for the warm wishes
saya harap saya dah say thank you kat semua..
u guys made my day,thank you for the doa!
dan terima kasih kerana keep on reminding that im growing old and turning 'puan' dis year!
haish!

syukur,hampir setengah abad sudah =)

gambar kat bawah ni kurang berkualiti,
lampu hr malu malu,yang ambik gambar ngantok dan hp mintak tukar.
but thank you mama for susah payah!love you!

 muke kena sabotaj dengan jay!

 jay and paen

 rashidi ishak dan jamal abdillah..haha!

budak demam + budak ngantok
and..
-
-
-
-
-
-

the cake!
jay memang kena masuk kelas photography but 
thanks,you make me younger here..
im only 20 uols!haha

Saturday, 5 November 2011

10 Zulhijjah datang lagi

Aidiladha menjelma lagi..seperti biasa raya haji memang di KL saja. Persiapan pon ala kadar, kat kl manalah meriah sangat. Saya tak pernah pergi tengok lembu tumbang, mahupun tahu daging yang saya makan di pagi aidiladha itu daging korban atau TESCO. Ye,bukan tak ambil tahu tapi di KL memang jarang orang sedekah daging kat kawasan perumahan macam di kampung.
 Ok,nampak sangat ayat awal pun dah menunjukkan sangat sedih dan pilu beraya kat KL kan. Agakla bosan tapi raya haji memang cuti sekejap so sudah biasa begini.

Alhamdulillah berkesempatan kita bertemu 10 Zulhijjah lagi,moga moga satu hari kita jadi tetamu Allah pada tarikh ini.Tak tahulah, Aidiladha mungkin tak seindah hari raya puasa, no new clothes,no new curtain to match with your cushions, no bunga api and duit raya and so on tapi Aidiladha ni lagi sayu je hati bila dengar takbir sebab takda macam riuh rendah, lip lap lampu tapi just you, and how you interpret what Aidiladha is.

Korban..
 hopefully kita semua dapat hayati korban tu apa. Pengorbanan tu perlukan keikhlasan bukan diungkit ungkit dan diminta balasan. Sewajarnya, biarlah kita saja tahu apa yang telah kita korbankan dan biar Allah saja yang memberi ganjaran kan?
Berkorbanlah untuk melihat senyuman
Berkorbanlah untuk melihat kesenangan orang lain
Berkorbanlah untuk membahagiakan
Jangan kita rasa terbeban,kerana Tuhan itu Maha Adil

Berkorbanlah dendam amarah untuk melihat orang lain tenang
Berkorbanlah penat lelah untuk melihat orang lain senang
Berkorbanlah perasaan untuk melihat kebahagiaan orang yang disayang

nampak susah tapi mungkin mudah
 kalau kita yakin ganjaranNya menanti
InsyaAllah

Diharapkan keberkatan milik kita       Bersihkanlah hati,tenangkanlah diri        Hayatilah erti pengorbanan kerana setitis air mata yang jatuh untuk itu besar pahalanya
 SALAM AIDILADHA

Friday, 4 November 2011

jumaat indah

November membawa rezeki,Alhamdulillah
hampir 2 bulan lagi kita akan meninggalkan 2011
membuka tirai 2012..*senyum lebar

InsyaAllah,semuanya berjalan according to plan
saya pun sedang mencari peluang kerja
sedang menimbang nimbang mana yang sesuai untuk future
tanggungjawab mencari jannah ni bukan letak pada sayang saya sorang saja
tapi saya pun kena fikir,kena tolong sama

Alhamdulillah,Tuhan mudahkan jalan kami
sikit sikit pening tu ada,bak kata encik tunang..
nak kahwin ni biarlah rasa susah sebab barulah kita hargai menda tu
betul la tu..bersusah dahulu,bersenang kemudian

sambil tulis ni saya tengok 'wanita hari ini'
tajuk dia - Syarat Dalam Berkasih
entah saya tak perasan selama saya berkawan ni kami ada letak syarat tak?
tak adalah syarat yang teruk sangat tapi perjanjian antara dua hati
chewah..nak kahwin ni memang rajin tengok talk show
sooooo kakak kakak kan?

saya dan ijan..ada syarat tak?adalah kot
syarat terpenting nak kahwin dengan saya ada tiga saja..jeng,jeng,jeng

kena JUJUR, kata perkongsian hidup kan..bila sorang tak jujur effect dua hati
hati kan dah jadi satu,tak payah tipu la
yang ditipu sakit yang menipu lagi parah sakit dia
jadi kejujuran tu penting

kena IKHLAS, maksudnya between dua orang tu apa sahaja kita buat mesti ikhlas. 
Paling penting kita nak kahwin tu mesti ikhlas,
 kata bercinta kan mesti kena ada ikhlas tu

kena RESPONSIBLE, rasa tanggungjawab tu kena ada. Untuk setiap keputusan,setiap tindak tanduk kena ada tanggungjawab. Nak cakap I love you pun kena ada tanggungjawab. Bila ada tanggungjawab semua benda akan jadi baik. Seorang lelaki yang ada tanggungjawab memang sah la jadi suami yang soleh,jaga isteri,sayang isteri dan anak anak. 

A responsible guy is a guy who have all the qualities of a lady's man. He control over the relationship, he make sure everything is in order and he loves his family with his heart and soul. Of course, responsible men are those who never forget Allah s.w.t,The Almighty.


itu je..saya percaya ada 3 benda ni mesti semuanya OK. Syarat ni bukan untuk suami je tapi saya jugak as isteri, saya nak ada tiga quality tu. Saya terima dia seadanya dan saya sudi jadi isteri sebab saya percaya dia yang terbaik. 

Walaupun kami selalu bergaduh, walaupun dia baran walaupun saya sangat defensive..Alhamdulillah,kami semakin dapat overcome all those things. Orang cakap masa tunang ni dapat cari keserasian. Syukur sebab saya rasa dapat cari benda tu. Saya makin paham dan makin terima salah saya, masing masing cuba jadi yang lebih baik dari sebelumnya.Sebab manusia mana ada yang sempurna.
kelebihan saya kekurangan dia kelebihan dia kekurangan saya.

Pasal jadi orang yang lebih baik,dari segi agama semua saya serahkan pada nawaitu masing masing. Untungla saya sebab dia tak pernah memaksa saya untuk pakai tudung sebagai syarat.Bagi saya, saya perlu betulkan dulu dalaman saya cukupkan solat dan yang lain lain kerana saya tak mahu ubah penampilan hanya kerana trend dan hipokrit.Tutup aurat itu wajib, dan jadi tanggungjawab suami saya nanti tapi biarlah datang dari hati dan kesedaran saya.
Bagi dia juga apa saja perlukan nawaitu.Bagi saya pula,apa saja perjanjian dia dan Tuhan di Luhd Mahfuz, biarlah dia yang lakukan sendiri. Dia tulang belakang saya,pembimbing saya dan keluarga ke syurga dan saya tulang rusuk kirinya menjaga hati dan nuraninya membawa dia ke arah keredhaan.InsyaAllah.


Doakan semuanya semakin baik untuk saya dan dia..Aaaamin




Wednesday, 2 November 2011

november kirimkan doaku ;)

doaku padamu Ya Allah

satukanlah hati kami berdua dalam keredhaanMu
permudahkanlah urusan kami berdua
limpahkan rezekiMu ya Allah
Teguhkanlah cinta antara kami
Dekatkanlah kami denganMu Ya Rabb

Berkatilah kehidupan kami
Jauhkan kami dari kemaksiatan
Jauhkan kami dari fitnah dan hasad dengki
Jauhkan kami dari syakwasangka
Jauhkan kami dari rasa benci

Satukanlah kami dalam keikhlasan
Suburkan hati kami dengan kejujuran
Utuhkanlah iman kami padaMu Ya Allah

Jadikanlah dia suamiku di dunia dan akhirat
Jadikanlah aku isterinya di dunia dan akhirat
Kurniakan kami nanti anak anak yang soleh dan solehah
Jadikanlah ikatan yang bakal dibina ini satu kebahagiaan kepada ibu bapa kami
Semoga bersatunya kami nanti membawa keberkatan hingga ke akhirat
رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ