"a compliance auditor, an event planner, a full time wife of MF and a mummy to little adinda "

-mJ


Wednesday, 26 October 2011

tabik hormat

terlintas tak di fikiran kita jika kita ini sudah calarkan hati orang?
terfikir tak kita apa akan jadi kalau kita ditakdirkan dapat membaca fikiran orang?
pasti penat dan pasti kita sendiri tak sanggup hitung berapa perbuatan dan perkataan kita yang seumpama pisau tajam menghiris hiris hati insan lain.

mungkin kerana itu wujud rahsia dan kita tak layak pun dikurnia special gift yang boleh mendengar suara hati seseorang. Tiada yang benar benar kuat untuk itu.

Selalu kita tak perasan tentang ini,tapi kita tahu lumrah yang bukan semua orang senang dengan gerak geri kita, bukan semua orang paham diri kita. Sebab itu wujudnya protokol. Bukan sengaja dijadikan protokol itu supaya kita menghormati majlis. Ye, pokok pangkalnya hormat.
Dengan manusia juga protokolnya berbeza beza.

Dengan kawan mungkin kita lebih casual, dengan keluarga pasti lain pula caranya. Ini bukan kisah perlu jadi hipokrit tapi berbalik paragraph atas..bukan semua orang paham diri kita, dan pastinya bila orang yang lebih tua orang yang lebih matang approach kita kenalah berlainan.

Tapi secasual casual kita dengan kawan, protokol juga kena ada. Cuba sehari kita boleh baca suara hati? Bayangkan, dating dengan girlfriend tepi tasik. Kau borak borak, lepas tu girlfriend kau ni sweet orangnya. Dia saja tenung mata kau, pastu kau yang rasa pelik cakap, ' awak ni gila meroyan ke nak pandang camni?'. Tersentak girlfriend tu, mungkin dia ketawa tapi kalau boleh dengar suara hati dia? Dia mungkin sedang kata,
'saya cuma nak awak tahu saya tak pernah puas tengok muka awak, tapi terus spoil rasa sweet tu bila awak sergah kata saya gila'.
Hurm,tersentuh hati dia sebab...hey, dia girlfriend yang kau cakap i love you,you love me tu la bukan kawan kawan rempit yang kau panggil 'der','bro' tu.
Jadi, penting protokol kita tu. Dengan orang yang berbeza cara approach pun berbeza lah kawan.

Dengan orang tua, tak payah cakaplah kan. Memang hormat tu yang penting, sempoi sempoi mana pun dia treat kita dia tetap orang tua. Ego, takkan dengan orang tua pun kita harap mereka sapa kita dulu kot. Takkan bila dia orang beriya iya cakap dengan kita,kita tak pay attention kot.
Macamana kita nak orang hormat ibu bapa kita, macam tu kita kena hormat ibu bapa orang lain.
Kadang kadang kita tak perasan perbuatan kita tak semenggah, tak kena di mata orang tapi sebab itu orang kata jangan jadi bodoh sombong, jangan jadi paku dulang paku serpih.
 We have to treat people how we want them to treat us. 
Tanya diri sendiri kalau orang buat kita macam ni apa kita rasa. Saya sendiri selalu tersakitkan hati orang, tipulah kalau tak pernah. Mesti ada perkataan dan perbuatan kita yang menyakitkan, tapi yang penting selalu muhasabah diri. Dari sibuk expectation tinggi dekat orang lebih baik kita sentiasa sedar silap kita, ada rasa sesal and be a better person each time. Ego tu makan diri.

Belajar menambah hormat pada orang tu pun lebih baik
Isteri kena hormat suami lebih dari waktu bercinta dulu
Suami kena hormat isteri bertambah tambah dengan kasih sayang
Anak kena hormat ibu ayah berganda ganda setiap kali tambah usia
Menantu kena hormat mertua macam ibu bapa dia sendiri

sebab kita mesti tak mahu;
anak kita nanti kurang ajar dengan kita
anak kita nanti dikasari suaminya
anak kita nanti derhaka dan melupakan kita
menantu kita nanti anggap kita bukan siapa siapa

orang cakap what you give you get back
prinsip senang yang harus dibawa ke mati

saya juga sedang belajar hormat dan faham
saya juga sedang belajar hormat diri sendiri
saya juga sedang belajar menjadi lebih baik

sebab tak rugi pun bagi the best of us kat orang
give and take orang puteh kata ye dak

'lu mau orang tabik lu,
lu tabiklah orang sama'

No comments:

Post a Comment