"a compliance auditor, an event planner, a full time wife of MF and a mummy to little adinda "

-mJ


Wednesday, 12 October 2011

rezeki

rezeki tu terang terang kita tahu milik Tuhan
bila Dia beri satu kesyukuran untuk kita.bila takda,jangan mudah mengalah
kadang kadang kita tak perasan Dia memang sentiasa kirimkan rezekiNya
mungkin dalam bentuk yang tak jelas,bukan dari kemewahan dari wang ringgit

bila kita usaha,kena ada tawakkal
dari kita meminta minta pada orang
lebih baik kita minta pada Yang Satu, kan Dia punca segala rezeki?

dah kenapa saya melalut pasal rezeki?

takda lah..selalu mudah kita merungut bila tak ada rezeki
mudahnya kita mengalah,mudahnya kita cakap 'malangnya nasib aku'
dulu saya negative jugak bab bab ni tapi bila makin besor ni terpikir jugalah
kadang kadang rezeki tu dah tertulis untuk kita
tapi kita boleh berdoa untuk apa yang kita inginkan
Tuhan tu hanya beri apa yang terbaik untuk hambaNya
percayalah

kenapa kita nak kata kita malang sedangkan Allah tu adil
pernah dengar tak orang kaya,mewah sana sini tapi tak ada zuriat?
pernah pula dengar orang papa kedana,fakir tapi anak berderet deret?
nampak kan rezeki tu banyak bentuknya

kadang kadang kita minta ini tapi kita dapat itu
itu semua sebenarnya jalan terbaik untuk kita
contoh terdekat saya sendiri..yang tengah membebel ni
dulu saya nak ambil mascomm di UiTM,beriya iya ni
padahal budak science stream
tapi rezeki letak saya di Unikop..mula mula tak boleh go
tapi lama lama memang saya yakin itu yang terbaek untuk saya
result pun ok,and dapat package 'lovelife' sekali kat situ
rezeki,Alhamdulillah

lepas tu degree,minta course Dentistry
sebab memang mak ayah nak jadi Doctot
Result boleh go juga,ada orang  nak tolong lagi
tapi dalam hati ni ragu ragu,'boleh ke aku nk cabut gigi orang?'
dah lah jenis selalu tak sampai hati
akhirnya nak jadi cerita transkrip batch saya bermasalah
tak ada ' TAMAT' walau dah tamat
terpaksa kami tunggu and buat rayuan
last last dapat course Food Science
eh, pemakanan?
kena juga dengan jiwa,habis 4 tahun
Allah tahu yang terbaik untuk kita

memang bila berkait rezeki yang perlu kita buat ialah yakin
positivitiy leads to determination and sucess
tu je..mentality kita tu kalau asyik downgrade diri sendiri
memang down,down,down,down la baby

percaya rezeki ada di mana mana
dan juga yakin setiap orang rezekinya lain lain
bila orang kata nak kahwin murah rezeki..yakin pada itu
bila orang kata dapat anak bertambah rezeki..yakin pada itu
sebab memang setiap yang baik diring keberkatan dariNya
insyaAllah

marilah kita berdoa rezeki itu sentiasa dilimpahkan buat kita
ustaz kata, zikir 'Ya Razak' for the start of each day..jom buat!

No comments:

Post a Comment