"a compliance auditor, an event planner, a full time wife of MF and a mummy to little adinda "

-mJ


Wednesday, 5 October 2011

more than words

perkataan hanya akan bererti melalui perbuatan
perbuatan hanya akan bererti melalui keikhlasan
sesiapa sahaja boleh ungkap kata kata
sayang,cinta,rindu
tapi bermaknakah?seiring perbuatannya?

bukan saya di sini mahu lekehkan ability seseorang cairkan hati dengan kata kata
mahu pun mahu ketawakan orang yang mudah percaya kata cinta
tapi sewajarnya ukuran itu melalui perbuatan

memang ada yang ucap kata cinta, tapi masa sama sakitkan hati kita
tapi kita boleh nilai berapa perhatian dan berertinya kita pada dia
hingga dia serba salah akibat terjerat salah dan tak sanggup lihat sakit kita
jadi walaupun seringkali calari hati
kita boleh tahu makna kasih itu lebih dalam lagi,
memang benar benar dia maksudkan
sebab dia letakkan kita sebagai yang utama apa pun terjadi


tapi ada juga ucap kata cinta,hanya mahu menangi hati
untuk suka suka,untuk isi masa kosong
untuk cari perhatian seketika
mungkin mudah kita terjerat,percaya omong kosong
tapi perbuatan tak selari kata
mungkin sayangnya bukan cinta
hanya sekadar rasa sayang kawan kawan
rasa sayang adik adik
itu harus kita jelaskan
sayang tak sama dengan cinta

kata kata memang mudah dilontar
tapi perbuatan bukan calang boleh melakukan
jadi bijaklah teliti ucapan rasa
mungkin benar apa dikata
tapi sanggup kita derita dan cuma puas halwa telinga?
cinta itu lebih dari kata sahaja

yang benar benar 'in love' kadang kadang bisu dan sunyi
kerana mereka selesa dan sudah sebati
ungkapan sayang dan cinta itu boleh lahir dari hati
tak perlu di bibir tapi difahami

jadi ucaplah 'i love you' bila maksudkan
katalah anda rindu bila benar benar rasakan
dan ucapkanlah sayang bila anda yakin itu yang hati anda mahukan

jadi selepas tarik nafas dalam dalam
tanpa perlu sesaat keputusan saya memang yakin
sejak dulu hingga kini
dan saya benar benar
maksudkan..

saya, sayang kamu farizal
and
i love you forever and always ;)


No comments:

Post a Comment