"a compliance auditor, an event planner, a full time wife of MF and a mummy to little adinda "

-mJ


Wednesday, 19 October 2011

jangan 'jual ikan'

kalaulah manusia boleh jadi halimunan kan bagus,
bila malas disapa boleh lenyapkan diri
kalaulah manusia boleh jadi sekuat besi kan bagus, 
bila diremuk hati tak sakit tak luka
kalaulah manusia boleh jadi selaju angin kan bagus, 
bila ada masalah hilang sedetik tak sedar

tapi manusia lumrahnya umpama kita 
ada perasaan kan,ada budi bicara,ada tekanan
jadi janganlah kita letakkan diri kita terlampau tinggi atau terlampau lemah
kita masih sebaik baik ciptaan,tapi kita masih sekudus kudus hambaNya

jangan fikir masalah kita sahaja,jangan fikir hati kita sahaja
ingatlah manusia ini hatinya berbeza beza,jika kita tahu sakit dan derita
ye,orang lain juga mampu rasa begitu
bersikap adil sesama kita. jangan dipatungkan yang bernyawa
jadi jangan sentiasa sangka air yang tenang itu takkan bergolak ombaknya

Tuhan Adil dengan kita,tapi kita?
yang paling derita...kita
yang paling teruk hidupnya..kita
yang paling penting..kita
yang paling sibuk...kita
neraca terus mahu berat untuk kita

jangan 'jual ikan' sebab hati orang siapa yang jangka?

No comments:

Post a Comment