"a compliance auditor, an event planner, a full time wife of MF and a mummy to little adinda "

-mJ


Monday, 24 October 2011

di hujung 23

phewww..nafas lega
sambil lagu selena gomez yang kadang annoying kadang cute berkumandang, saya termenung ke luar jendela. ok tipu,saya tak pernah terfikir nak termenung jenguk ke luar sebab pemandangan belakang rumah hanyalah rumah orang yang dindingnya kelam berlumut. Tak menarik minat visual lansung.

Sambung semula, saya termenung sambil melihat dinding purple pujaan ramai ini. Entah apa yang saya fikirkan, memikir masa depan. Geli hati dan manis manis rasanya. Semoga senyum yang terhadiah ini sifatnya kekal.
Tak lama lagi saya menginjak usia semakin kerepot,semakin dekat dengan kedut. Selayaknya perlu memikirkan krim anti penuaan. Bila renung hampir 24 tahun saya hidup, apa yang saya dah capai?
Lega, syukur. Ada beberapa perkara yang saya dah dapat buat.dah dapat rasa
Tapi misinya masih panjang insyaAllah sekiranya dipanjangkan umur

Satu kenaikan angka yang bakal mengubah hidup saya. Satu keputusan yang bakal mengubah status saya,mengukur masa hadapan saya. Satu bahagia yang saya kira senyum terindah dalam hidup bakal terjadi di usia 24 nanti
Layakkah saya menjadi yang terbaik,bersediakah saya dari emosi dan rohani?. Saya doa iman dan hati  dikentalkan berganda ganda dari yang ada sekarang. Saya masih tersenyum ketika saya menaip ini, terlihat dua cincin tersarung di jari. Tersedar yang saya sudah dipinang seorang jejaka. 

Satu waktu dulu,ini semua cuma cerita zaman sekolah bila kita kumpul ramai ramai dan kongsi impian masing masing. Kali ini bila saya bercerita, ini bukan sekadar harapan lagi tapi sudah tinggal perancangan dan waktu sahaja. Kalau saya boleh rasa sebak sekarang kerana mengenangkan jauh telah tinggalkan zaman kanak kanak apatah lagi perasaan mama,baba dan keluarga
Pasti mereka sibuk mengenang saat saya baru dkendung didukung dan kini sudah bakal jadi milik orang
Anak gadis yang pertama bakal berkahwin dalam keluarga. Semua perasaan pasti bercampur baur
Saya tak sangka secepat ini waktu berlalu, dan bila ingat kembali zaman belasan tahun..saya ketawa.
Terlalu banyak kesilapan dan kebodohan yang dilakukan tanpa saya sedar. 
Tapi itu semua tangga untuk berada di mana saya sekarang

perjalanan hidup kita perlu usaha dan tawakkal.

Hari ini seorang lelaki telah berjaya menundukkan hati seorang gadis yang dulunya selalu pilih kaca antara permata. Kali ini dia tak mahu pilih kaca atau permata tapi dia lihat lelaki itu secara seluruh, dia yakin dan terima lelaki itu seadanya.
Saya sangat bersyukur saya memelihara diri sebagai seorang gadis sehingga saya menjadi suri. saya bersyukur Tuhan bawa saya pada jalan yang betul. Saya bersyukur saya tinggalkan dunia glamour untuk bahagia yang hakiki. Saya bersyukur kerana Allah sayang pada saya. 
24 tahun yang banyak duka dan jatuh bangun tapi saya redha, Tuhan berikan ujian kerana dia tahu kita mampu untuknya. Jadi saya tak kesah jika sesiapa mahu lihat saya lemah,kerana pengalaman yang saya miliki membuktikan yang saya kuat dan tak mudah jatuh.

hari ini saya mampu tersenyum.  Banyak telah terlihat,hijab sudah terbentang luas. Yang baik dan buruknya. Sebab itu sabar itu penting biar saja hukumannya di tangan Tuhan. Kita cekalkan hati.
Banyak orang yang saya kenal,banyak kawan yang saya jumpa, dan ada juga musuh yang mencalar hidup. Kadang kadang saya menoleh ke belakang melihat betapa besarnya kuasa Tuhan. Semalam mungkin kita sangka orang itu kawan, kemudian dia jadi lawan, sekarang kita jadi lebih kuat dan hari ini ada balasan yang sudah Tuhan tunjukkan. 
saya lihat karma jelas di depan mata, dan itu buat saya cukup sedar khilaf diri jangan pernah di batas ego.
Ego sampai kita jatuh dimamah cacing nanti?
Masyaallah

Biarlah masa lalu pergi,saya cuma mahu mengira masa hadapan. Ok,senyum kembali. keluarga saya pasti lebih bahagia dan saya mahu keindahan ini dibawa ke syurga. Tak lama lagi saya seorang isteri, dan satu hari nanti saya seorang ibu. Saya tak mahu anak anak rasa apa yang saya rasa. Itu doa saya

Bakal menamatkan angka 23 dari kamus hidup yang cuma sekali. Tiada apa yang dikesalkan walaupun ada air mata menitis. Itu semua kenangan,saya mampu tersenyum melihat kenangan kenangan itu sekarang. Saya ada guardian angel yang bagi saya semangat dan hidup kembali.
Untuk mama,baba dan keluarga saya.. 
"Min harap kalian dapat bahagia kelak dan Min doakan semoga semuanya menjadi lebih baik untuk kita. Masa lampau takkan boleh diulang,kita mungkin tak boleh bersatu lagi tapi Min cuma mendoakan kebahagiaan mama dan baba tak kira lah dengan cara apa pun. 
Percayalah.Min akan bahagia dengan lelaki yang Min sayang,doakan dia suami terbaik buat Min dan doakanlah Min dapat bina apa yang mungkin Min hilang dulu. Terima kasih kerana apa pun terjadi,anda berdua hadiah terindah yang Allah kirimkan untuk 23 tahun ini".

di usia 24 nanti hidup baru bakal bermula. Semoga Jasmin jadi Jasmin yang lebih baik dari hari ini.

No comments:

Post a Comment