"a compliance auditor, an event planner, a full time wife of MF and a mummy to little adinda "

-mJ


Sunday, 16 October 2011

'aku kan abang'

haaaaih,mengeluh panjang
penat,lenguh segala jiwa dan hati
menjadi seorang abang itu rupanya perlu kekuatan

seorang lelaki lumrah tanggungjawabnya besar
seorang lelaki yg memimpin,maka tanggungannya lebih berat

siapa kata jadi lelaki itu tak boleh menangis
meski tidak dilahirkan,zahir tak kelihatan
batin mungkin berbirat pedih
tapi dia sorok simpan semua 
kan dia seorang abang
seorang yang memimpin

masyaAllah,berat sekali
tapi dia terus bersyukur kerana Allah jadikan tempatnya mulia
dihormati,diteladani,dijadikan contoh

sukar,serba salah
andai salah tuturnya maka ditafsir salah 
andai salah gerak gerinya maka teladannya salah
takut hatinya, takut pimpinannya pincang

adiknya sakit,dia menangis 
adiknya kecewa,dia tambah hampa
adiknya diusik,dia naik marah
adiknya susah,dia sanggup mengalah

bila dia senang,kehendak adik didahulukan
bila adik berjaya,dia menadah syukur kepadaNya
senyuman adik adik itu umpama hadiah penat lelahnya

dia sedar realiti abang itu tugasnya berat
boleh saja dia ambil ringan,boleh saja dia remehkan
tapi itu amanah Allah, jadi lelaki dalam keluarga
jadi tunggak utama ayah dan bunda

dia lelaki yang bergelar abang

satu saat jika bapanya tiada dia tanggung dosa adiknya
satu saat dia berkahwin,dia tanggung dosa isterinya
satu saat dikurnia zuriat,dia tanggung dosa anaknya

berat kan?

martabatnya tinggi sehingga dia layak mewalikan adik adiknya
itu selayaknya amanah seorang abang di sisi Tuhan
bukan calang bisa jadi yang terbaik
bukan mudah jadi yang terhebat

tapi di sudut hati mereka,
hanya berharap boleh jadi tunggak utama
menjaga dan melindungi wanita wanita di sisinya

tanggungjawabnya biar berat
dia hanya mahu melihat senyuman ikhlas
dia mahu hapuskan air mata tewas
biar sakitnya dia bebani
biar tekanannya di bahu dia

ketahuilah biar cuba dilihat gagah
di sudut hati mungkin air mata terus dia pendamkan
cubalah renung ke mata hati

dia bukan mahu memerintah
dia bukan mahu mengerah
haih,ketahuilah menjadi abang itu bukan mudah

mungkin dia sukar lahirkan sayang
tapi sampai kau mati dia tetap akan jadi seorang abang

No comments:

Post a Comment