"a compliance auditor, an event planner, a full time wife of MF and a mummy to little adinda "

-mJ


Sunday, 30 October 2011

terima kasih bijaksana ;)

satu pagi ada orang bagi saya lagu ni

mula mula tak paham sebab tajuk dia tak clear
tapi setelah faham,suka gila kot lagu ni..shuwit!

cover je,vc official die cam entah pape


Percaya apapun yang akan terjadi nanti
Kau tetap pesona rahasia di lagu ini
Tak peduli berapakah berat badanmu nanti
kau tetap yang ter..muahh dihati


Kuakui ku tak hanya hinggap di satu hati
Kutakuti ku terlalu liar tuk dimiliki
Walau begitu semua hanya persinggahan egoku
Sifatmu telah merobohkan aku


Dan waktu pun terus berlari
Dan aku pun smakin mengerti
Apa yang akan ku hadapi
Apa yang akan aku cari

Aku tuliskan lagu sederhana
Untuk dirimu yang sangat bijaksana
Memahamiku dan mencintaiku
Apa adanya….
Apa adanya


aku goreskan lirik sederhana untuk dirimu yang sangat bijaksana
memahamiku dan mencintaiku
apa adanya….
apa adanya….

thank you for loving me dear
thank you for cheering me up whenever im down
i love you farizal ;)

Saturday, 29 October 2011

niat

eh cemane nak mula ni..camne ni,camne ni
saya dah memikirkan sesuatu la..rasa sangat dekat ke arah itu
tapi ada rasa takut takut sikit,takut tak dapat jadi apa yang dicerminkan
tapi hari hari fikir benda ni,tak baiknya rasa kalau tak buat apa yang diniatkan ni

mampu tak saya?wajib kot..tanya lagi buat apa
reason utama ialah benda tu wajib
hati aya memang dah sangat dibuka
dekat sangat rasa, kuat nawaitu tu

tapi macam mane kalau saya yang yok?
olok olok?main main
nanti tak suka,berubah fikiran
eee....tak perlu kot saya fikir macam ni
bila lagi..takkan nak tunggu mati

macamana ni..
tampar tampar pipi ni baru tau
saya tak ragu ragu pasal niat ni
 tapi saya takut saya tak teguh pendirian
sangat takut,tak nak jadi macam tu


"Ya Allah,kuatkanlah keimananku
teguhkanlah niatku,tinggikanlah kesabaranku
ikhlaskanlah niatku,jauhkan aku dari sifat hipokrit
bukakanlah pintu hatiku ke jalan yang lebih diredhaiMu"

insyaAllah,untuk diri sendiri
saya akan lakukan ini
saya rasa ye,saya sedia..

Thursday, 27 October 2011

buang tebiat

pernah rasa seperti nak beri diri sendiri tamparan kesedaran?
ye,saya sedang rasa begitu
apahal entah mood macam nak makan orang je
pantang kena jentik sikit,kat telinga mula keluar asap
istighfar banyak banyak
dah nak sampai hari tua ni,macam tebiat pulak rasanya
control yourself

lesung pipit,sorry if angin kus kus kena tempias or maybe put you on rainy day
ampun ya syg..malu la kita bila pms tak pasal
hehe..dun worry, me loves you
cuma hati ni bergelora sebab hormon tengah tak seimbang.

solution nak control your pissed off gfs or bini masa pms is
"try to buy them chocolates or ice cream and give a rub at their back and feet"
calm is the word...
and untuk diri sendiri pun boleh apply juga
rub yourself at your back,go indulge in a pail of BR and go foot massage!!

it soothes me..untuk 5 jam -o-
lepas tu jadi incredible hulk balik
saya tak selalu pms,tapi bila dtg tu..
uurgh!perempuan tua!
but lilek,lilek
dont worry dah kawin nanti hormone ni jadi makin elok,
so less pms issues
err...i guess

Wednesday, 26 October 2011

tabik hormat

terlintas tak di fikiran kita jika kita ini sudah calarkan hati orang?
terfikir tak kita apa akan jadi kalau kita ditakdirkan dapat membaca fikiran orang?
pasti penat dan pasti kita sendiri tak sanggup hitung berapa perbuatan dan perkataan kita yang seumpama pisau tajam menghiris hiris hati insan lain.

mungkin kerana itu wujud rahsia dan kita tak layak pun dikurnia special gift yang boleh mendengar suara hati seseorang. Tiada yang benar benar kuat untuk itu.

Selalu kita tak perasan tentang ini,tapi kita tahu lumrah yang bukan semua orang senang dengan gerak geri kita, bukan semua orang paham diri kita. Sebab itu wujudnya protokol. Bukan sengaja dijadikan protokol itu supaya kita menghormati majlis. Ye, pokok pangkalnya hormat.
Dengan manusia juga protokolnya berbeza beza.

Dengan kawan mungkin kita lebih casual, dengan keluarga pasti lain pula caranya. Ini bukan kisah perlu jadi hipokrit tapi berbalik paragraph atas..bukan semua orang paham diri kita, dan pastinya bila orang yang lebih tua orang yang lebih matang approach kita kenalah berlainan.

Tapi secasual casual kita dengan kawan, protokol juga kena ada. Cuba sehari kita boleh baca suara hati? Bayangkan, dating dengan girlfriend tepi tasik. Kau borak borak, lepas tu girlfriend kau ni sweet orangnya. Dia saja tenung mata kau, pastu kau yang rasa pelik cakap, ' awak ni gila meroyan ke nak pandang camni?'. Tersentak girlfriend tu, mungkin dia ketawa tapi kalau boleh dengar suara hati dia? Dia mungkin sedang kata,
'saya cuma nak awak tahu saya tak pernah puas tengok muka awak, tapi terus spoil rasa sweet tu bila awak sergah kata saya gila'.
Hurm,tersentuh hati dia sebab...hey, dia girlfriend yang kau cakap i love you,you love me tu la bukan kawan kawan rempit yang kau panggil 'der','bro' tu.
Jadi, penting protokol kita tu. Dengan orang yang berbeza cara approach pun berbeza lah kawan.

Dengan orang tua, tak payah cakaplah kan. Memang hormat tu yang penting, sempoi sempoi mana pun dia treat kita dia tetap orang tua. Ego, takkan dengan orang tua pun kita harap mereka sapa kita dulu kot. Takkan bila dia orang beriya iya cakap dengan kita,kita tak pay attention kot.
Macamana kita nak orang hormat ibu bapa kita, macam tu kita kena hormat ibu bapa orang lain.
Kadang kadang kita tak perasan perbuatan kita tak semenggah, tak kena di mata orang tapi sebab itu orang kata jangan jadi bodoh sombong, jangan jadi paku dulang paku serpih.
 We have to treat people how we want them to treat us. 
Tanya diri sendiri kalau orang buat kita macam ni apa kita rasa. Saya sendiri selalu tersakitkan hati orang, tipulah kalau tak pernah. Mesti ada perkataan dan perbuatan kita yang menyakitkan, tapi yang penting selalu muhasabah diri. Dari sibuk expectation tinggi dekat orang lebih baik kita sentiasa sedar silap kita, ada rasa sesal and be a better person each time. Ego tu makan diri.

Belajar menambah hormat pada orang tu pun lebih baik
Isteri kena hormat suami lebih dari waktu bercinta dulu
Suami kena hormat isteri bertambah tambah dengan kasih sayang
Anak kena hormat ibu ayah berganda ganda setiap kali tambah usia
Menantu kena hormat mertua macam ibu bapa dia sendiri

sebab kita mesti tak mahu;
anak kita nanti kurang ajar dengan kita
anak kita nanti dikasari suaminya
anak kita nanti derhaka dan melupakan kita
menantu kita nanti anggap kita bukan siapa siapa

orang cakap what you give you get back
prinsip senang yang harus dibawa ke mati

saya juga sedang belajar hormat dan faham
saya juga sedang belajar hormat diri sendiri
saya juga sedang belajar menjadi lebih baik

sebab tak rugi pun bagi the best of us kat orang
give and take orang puteh kata ye dak

'lu mau orang tabik lu,
lu tabiklah orang sama'

Monday, 24 October 2011

di hujung 23

phewww..nafas lega
sambil lagu selena gomez yang kadang annoying kadang cute berkumandang, saya termenung ke luar jendela. ok tipu,saya tak pernah terfikir nak termenung jenguk ke luar sebab pemandangan belakang rumah hanyalah rumah orang yang dindingnya kelam berlumut. Tak menarik minat visual lansung.

Sambung semula, saya termenung sambil melihat dinding purple pujaan ramai ini. Entah apa yang saya fikirkan, memikir masa depan. Geli hati dan manis manis rasanya. Semoga senyum yang terhadiah ini sifatnya kekal.
Tak lama lagi saya menginjak usia semakin kerepot,semakin dekat dengan kedut. Selayaknya perlu memikirkan krim anti penuaan. Bila renung hampir 24 tahun saya hidup, apa yang saya dah capai?
Lega, syukur. Ada beberapa perkara yang saya dah dapat buat.dah dapat rasa
Tapi misinya masih panjang insyaAllah sekiranya dipanjangkan umur

Satu kenaikan angka yang bakal mengubah hidup saya. Satu keputusan yang bakal mengubah status saya,mengukur masa hadapan saya. Satu bahagia yang saya kira senyum terindah dalam hidup bakal terjadi di usia 24 nanti
Layakkah saya menjadi yang terbaik,bersediakah saya dari emosi dan rohani?. Saya doa iman dan hati  dikentalkan berganda ganda dari yang ada sekarang. Saya masih tersenyum ketika saya menaip ini, terlihat dua cincin tersarung di jari. Tersedar yang saya sudah dipinang seorang jejaka. 

Satu waktu dulu,ini semua cuma cerita zaman sekolah bila kita kumpul ramai ramai dan kongsi impian masing masing. Kali ini bila saya bercerita, ini bukan sekadar harapan lagi tapi sudah tinggal perancangan dan waktu sahaja. Kalau saya boleh rasa sebak sekarang kerana mengenangkan jauh telah tinggalkan zaman kanak kanak apatah lagi perasaan mama,baba dan keluarga
Pasti mereka sibuk mengenang saat saya baru dkendung didukung dan kini sudah bakal jadi milik orang
Anak gadis yang pertama bakal berkahwin dalam keluarga. Semua perasaan pasti bercampur baur
Saya tak sangka secepat ini waktu berlalu, dan bila ingat kembali zaman belasan tahun..saya ketawa.
Terlalu banyak kesilapan dan kebodohan yang dilakukan tanpa saya sedar. 
Tapi itu semua tangga untuk berada di mana saya sekarang

perjalanan hidup kita perlu usaha dan tawakkal.

Hari ini seorang lelaki telah berjaya menundukkan hati seorang gadis yang dulunya selalu pilih kaca antara permata. Kali ini dia tak mahu pilih kaca atau permata tapi dia lihat lelaki itu secara seluruh, dia yakin dan terima lelaki itu seadanya.
Saya sangat bersyukur saya memelihara diri sebagai seorang gadis sehingga saya menjadi suri. saya bersyukur Tuhan bawa saya pada jalan yang betul. Saya bersyukur saya tinggalkan dunia glamour untuk bahagia yang hakiki. Saya bersyukur kerana Allah sayang pada saya. 
24 tahun yang banyak duka dan jatuh bangun tapi saya redha, Tuhan berikan ujian kerana dia tahu kita mampu untuknya. Jadi saya tak kesah jika sesiapa mahu lihat saya lemah,kerana pengalaman yang saya miliki membuktikan yang saya kuat dan tak mudah jatuh.

hari ini saya mampu tersenyum.  Banyak telah terlihat,hijab sudah terbentang luas. Yang baik dan buruknya. Sebab itu sabar itu penting biar saja hukumannya di tangan Tuhan. Kita cekalkan hati.
Banyak orang yang saya kenal,banyak kawan yang saya jumpa, dan ada juga musuh yang mencalar hidup. Kadang kadang saya menoleh ke belakang melihat betapa besarnya kuasa Tuhan. Semalam mungkin kita sangka orang itu kawan, kemudian dia jadi lawan, sekarang kita jadi lebih kuat dan hari ini ada balasan yang sudah Tuhan tunjukkan. 
saya lihat karma jelas di depan mata, dan itu buat saya cukup sedar khilaf diri jangan pernah di batas ego.
Ego sampai kita jatuh dimamah cacing nanti?
Masyaallah

Biarlah masa lalu pergi,saya cuma mahu mengira masa hadapan. Ok,senyum kembali. keluarga saya pasti lebih bahagia dan saya mahu keindahan ini dibawa ke syurga. Tak lama lagi saya seorang isteri, dan satu hari nanti saya seorang ibu. Saya tak mahu anak anak rasa apa yang saya rasa. Itu doa saya

Bakal menamatkan angka 23 dari kamus hidup yang cuma sekali. Tiada apa yang dikesalkan walaupun ada air mata menitis. Itu semua kenangan,saya mampu tersenyum melihat kenangan kenangan itu sekarang. Saya ada guardian angel yang bagi saya semangat dan hidup kembali.
Untuk mama,baba dan keluarga saya.. 
"Min harap kalian dapat bahagia kelak dan Min doakan semoga semuanya menjadi lebih baik untuk kita. Masa lampau takkan boleh diulang,kita mungkin tak boleh bersatu lagi tapi Min cuma mendoakan kebahagiaan mama dan baba tak kira lah dengan cara apa pun. 
Percayalah.Min akan bahagia dengan lelaki yang Min sayang,doakan dia suami terbaik buat Min dan doakanlah Min dapat bina apa yang mungkin Min hilang dulu. Terima kasih kerana apa pun terjadi,anda berdua hadiah terindah yang Allah kirimkan untuk 23 tahun ini".

di usia 24 nanti hidup baru bakal bermula. Semoga Jasmin jadi Jasmin yang lebih baik dari hari ini.

dari kedai ke kedai

dua hari yang sungguh menguji kehebatan kaki
bulan ni teman encik tunang pulak beli barang hantaran saya
semalam survey survey barang di pavillion
cuci mata, and also blazer hunt for him

today pula pergi meronda jalan TAR cari hantarans
settle few dulang sudah lengkaplah seperangkatan alat solat

kaki ni macam nak tercabut
dua dua memang jalan laju macam atas treadmill
apa yang nak dikejar entah kami ni
tapi lega la,at least encik tunang dah dapat settle apa dia plan for this month

cuma blazer..masih hunting for it
ada yang cun tapi kurang selesa
atas masalah masalah teknikal..hahaha
tak apalah sayang oi,slow slow
kalau tak ada jugak i jahitkan.
memang i pandai sangat jahit ni,percayalah*wink

bulan depan misi diteruskan untung dulang berikutnya
encik tunang dah settle tiga
saya baru settle satu ni,ini tidak boleh dibiarkan!
mulalah kanchong tu

hantaran's hunting akan dibuat secara slow and go with the money flow
that's the deal,haha

and ade something yang comel sedang berlegar legar di minda
i got this very cute,simple yet exciting photobooth idea coming
sebenarnya survey kat internet and stumble upon it
lepas tu cuba tanya kawan kawan sudi tak nak tolong
since diorang dah setuju,i think i'll go with this idea la
photobooth cum wishes potrait..
so dah takda guna guest book..combine photobooth and wedding wishes
camne rupe dia?
just imagine something like this.....

with the blackboard,with or without the hanging frame and of course the backdrops..

something vintage tapi nanti add in la element arabic di situ.
photographer yang sudi dah ada,lighting props dah ada..
so boleh ar kecek kecek wedding planner
nanti whoever ambil gambar kat photobooth ni saya upload kat fb and tag
hadiah kenangan untuk yang sudi datanglah kiranya and would be a beautiful gifts for us with those sweet wishes kan?

tiba tiba rasa nak jadi wedding planner


hari ini di jalan TAR,dua dua budget pelancong tak tahu arah

pipi macam kena tampar

Sunday, 23 October 2011

masih si gadis kecil



Im just a little girl,


Who have dreams that she brought within,
Who have pain she’s hiding deep in,
But please don’t see me as a weak little girl,
The naïve little girl is only the body I live in..
As breathing started, it’ll stop I bet it will,
But I am still here, still in the body I live;
Don’t tell me what you want the little girl to be,
I love just being me..
I like my hair too be messy,
I like to be mysterious rather than being seen,
I don’t talk nonsense, I am just boring,
I am not looking for attention, it’s not my thing..
I don’t bother if you think I am fragile,
I don’t bother if you think I am too polite,
Or think I am not going to fight back and just keep it inside,
I don’t even listen if you go insane laughing at me,
Telling me ‘oh, come on be a bit wild and crazy!’,
Do you mind if I said, 
’it’s not who I am, I don’t live to be silly’,
I don’t go to Leeds to be as smart,
I don’t be a bimbo to get men’s heart,
I don’t like to be perfect and trying too hard,
Because i am not living to please your heart
I don’t wrote to impress you,
I don’t whine of my imperfection,
I just love to hide in the little girl
And this is just the way I want to be..

Wednesday, 19 October 2011

jangan 'jual ikan'

kalaulah manusia boleh jadi halimunan kan bagus,
bila malas disapa boleh lenyapkan diri
kalaulah manusia boleh jadi sekuat besi kan bagus, 
bila diremuk hati tak sakit tak luka
kalaulah manusia boleh jadi selaju angin kan bagus, 
bila ada masalah hilang sedetik tak sedar

tapi manusia lumrahnya umpama kita 
ada perasaan kan,ada budi bicara,ada tekanan
jadi janganlah kita letakkan diri kita terlampau tinggi atau terlampau lemah
kita masih sebaik baik ciptaan,tapi kita masih sekudus kudus hambaNya

jangan fikir masalah kita sahaja,jangan fikir hati kita sahaja
ingatlah manusia ini hatinya berbeza beza,jika kita tahu sakit dan derita
ye,orang lain juga mampu rasa begitu
bersikap adil sesama kita. jangan dipatungkan yang bernyawa
jadi jangan sentiasa sangka air yang tenang itu takkan bergolak ombaknya

Tuhan Adil dengan kita,tapi kita?
yang paling derita...kita
yang paling teruk hidupnya..kita
yang paling penting..kita
yang paling sibuk...kita
neraca terus mahu berat untuk kita

jangan 'jual ikan' sebab hati orang siapa yang jangka?

Tuesday, 18 October 2011

Sunday, 16 October 2011

'aku kan abang'

haaaaih,mengeluh panjang
penat,lenguh segala jiwa dan hati
menjadi seorang abang itu rupanya perlu kekuatan

seorang lelaki lumrah tanggungjawabnya besar
seorang lelaki yg memimpin,maka tanggungannya lebih berat

siapa kata jadi lelaki itu tak boleh menangis
meski tidak dilahirkan,zahir tak kelihatan
batin mungkin berbirat pedih
tapi dia sorok simpan semua 
kan dia seorang abang
seorang yang memimpin

masyaAllah,berat sekali
tapi dia terus bersyukur kerana Allah jadikan tempatnya mulia
dihormati,diteladani,dijadikan contoh

sukar,serba salah
andai salah tuturnya maka ditafsir salah 
andai salah gerak gerinya maka teladannya salah
takut hatinya, takut pimpinannya pincang

adiknya sakit,dia menangis 
adiknya kecewa,dia tambah hampa
adiknya diusik,dia naik marah
adiknya susah,dia sanggup mengalah

bila dia senang,kehendak adik didahulukan
bila adik berjaya,dia menadah syukur kepadaNya
senyuman adik adik itu umpama hadiah penat lelahnya

dia sedar realiti abang itu tugasnya berat
boleh saja dia ambil ringan,boleh saja dia remehkan
tapi itu amanah Allah, jadi lelaki dalam keluarga
jadi tunggak utama ayah dan bunda

dia lelaki yang bergelar abang

satu saat jika bapanya tiada dia tanggung dosa adiknya
satu saat dia berkahwin,dia tanggung dosa isterinya
satu saat dikurnia zuriat,dia tanggung dosa anaknya

berat kan?

martabatnya tinggi sehingga dia layak mewalikan adik adiknya
itu selayaknya amanah seorang abang di sisi Tuhan
bukan calang bisa jadi yang terbaik
bukan mudah jadi yang terhebat

tapi di sudut hati mereka,
hanya berharap boleh jadi tunggak utama
menjaga dan melindungi wanita wanita di sisinya

tanggungjawabnya biar berat
dia hanya mahu melihat senyuman ikhlas
dia mahu hapuskan air mata tewas
biar sakitnya dia bebani
biar tekanannya di bahu dia

ketahuilah biar cuba dilihat gagah
di sudut hati mungkin air mata terus dia pendamkan
cubalah renung ke mata hati

dia bukan mahu memerintah
dia bukan mahu mengerah
haih,ketahuilah menjadi abang itu bukan mudah

mungkin dia sukar lahirkan sayang
tapi sampai kau mati dia tetap akan jadi seorang abang

buat seseorang

Dari mata seseorang itu
Aku lihat ada sendu
Aku renung ada sepi
Dia ketawa tapi hati merintih
Dia senyum simpan seribu gundah..
Aku lihat pada wajahnya
Ada kekesalan,ada rasa rindu
Dia letih dinilai dan terus dibelenggu
Seseorang itu datang pada aku
Beri senyum dan kekuatannya pada aku
Walaupun dia sendiri masih cari erti bahagia..
Hatiku aku beri padanya
Aku mahu beri bahagia,aku mahu hapus lukanya
Sedikit pun dari riak wajahnya
Dia tidak pernah lahirkan sepi
Aku cuba beri cahaya padanya
Aku cuba mengerti sakitnya
Tapi cukupkah sekadar aku?
Dia penat dengan lumrah dunianya
Dalam ramai dia kosong
Dalam tangisnya tiada siapa peduli
Dulu mungkin dia leka,dulu mungkin dia lupa
Tapi kini dia cari erti hidupnya..
Seseorang yang aku sangat kagumi
Seseorang yang aku sangat cintai
Yang mampu aku beri cuma secebis hati
Yang mampu aku mohon agar Dia beri bahagia
Yang aku harap Dia beri kamu syurga
yang aku mahu cuma kebahagian kamu
dan cerita kita kekal dalam cinta
cinta,kamu punya aku
bahagialah kamu dalam cintaku..




Wednesday, 12 October 2011

rezeki

rezeki tu terang terang kita tahu milik Tuhan
bila Dia beri satu kesyukuran untuk kita.bila takda,jangan mudah mengalah
kadang kadang kita tak perasan Dia memang sentiasa kirimkan rezekiNya
mungkin dalam bentuk yang tak jelas,bukan dari kemewahan dari wang ringgit

bila kita usaha,kena ada tawakkal
dari kita meminta minta pada orang
lebih baik kita minta pada Yang Satu, kan Dia punca segala rezeki?

dah kenapa saya melalut pasal rezeki?

takda lah..selalu mudah kita merungut bila tak ada rezeki
mudahnya kita mengalah,mudahnya kita cakap 'malangnya nasib aku'
dulu saya negative jugak bab bab ni tapi bila makin besor ni terpikir jugalah
kadang kadang rezeki tu dah tertulis untuk kita
tapi kita boleh berdoa untuk apa yang kita inginkan
Tuhan tu hanya beri apa yang terbaik untuk hambaNya
percayalah

kenapa kita nak kata kita malang sedangkan Allah tu adil
pernah dengar tak orang kaya,mewah sana sini tapi tak ada zuriat?
pernah pula dengar orang papa kedana,fakir tapi anak berderet deret?
nampak kan rezeki tu banyak bentuknya

kadang kadang kita minta ini tapi kita dapat itu
itu semua sebenarnya jalan terbaik untuk kita
contoh terdekat saya sendiri..yang tengah membebel ni
dulu saya nak ambil mascomm di UiTM,beriya iya ni
padahal budak science stream
tapi rezeki letak saya di Unikop..mula mula tak boleh go
tapi lama lama memang saya yakin itu yang terbaek untuk saya
result pun ok,and dapat package 'lovelife' sekali kat situ
rezeki,Alhamdulillah

lepas tu degree,minta course Dentistry
sebab memang mak ayah nak jadi Doctot
Result boleh go juga,ada orang  nak tolong lagi
tapi dalam hati ni ragu ragu,'boleh ke aku nk cabut gigi orang?'
dah lah jenis selalu tak sampai hati
akhirnya nak jadi cerita transkrip batch saya bermasalah
tak ada ' TAMAT' walau dah tamat
terpaksa kami tunggu and buat rayuan
last last dapat course Food Science
eh, pemakanan?
kena juga dengan jiwa,habis 4 tahun
Allah tahu yang terbaik untuk kita

memang bila berkait rezeki yang perlu kita buat ialah yakin
positivitiy leads to determination and sucess
tu je..mentality kita tu kalau asyik downgrade diri sendiri
memang down,down,down,down la baby

percaya rezeki ada di mana mana
dan juga yakin setiap orang rezekinya lain lain
bila orang kata nak kahwin murah rezeki..yakin pada itu
bila orang kata dapat anak bertambah rezeki..yakin pada itu
sebab memang setiap yang baik diring keberkatan dariNya
insyaAllah

marilah kita berdoa rezeki itu sentiasa dilimpahkan buat kita
ustaz kata, zikir 'Ya Razak' for the start of each day..jom buat!

Friday, 7 October 2011

ada apa dengan enam?

enam untuk waktu senang
enam untuk waktu susah
enam tahun morning wishes
enam tahun goodnight kisses
enam tahun menuju bahagia
dan semakin bahagia

buat lelaki yang ambil hati aku
'kita sudah di angka enam lah!'
dulu teman lelaki aku
sekarang tunang aku
dan bakal suami aku
enam tahun mencari hakiki
sekarang hampir saat dinanti

semoga enam ini berkat
semoga enam ini indah
enam tahun sudah berlalu
dan janji ya kita kira hingga syurga
aaaminnnnnnn

tujuh oktober,
aku takkan lupa kau sampai tua
kau hadiah terindah
terima kasih

Wednesday, 5 October 2011

more than words

perkataan hanya akan bererti melalui perbuatan
perbuatan hanya akan bererti melalui keikhlasan
sesiapa sahaja boleh ungkap kata kata
sayang,cinta,rindu
tapi bermaknakah?seiring perbuatannya?

bukan saya di sini mahu lekehkan ability seseorang cairkan hati dengan kata kata
mahu pun mahu ketawakan orang yang mudah percaya kata cinta
tapi sewajarnya ukuran itu melalui perbuatan

memang ada yang ucap kata cinta, tapi masa sama sakitkan hati kita
tapi kita boleh nilai berapa perhatian dan berertinya kita pada dia
hingga dia serba salah akibat terjerat salah dan tak sanggup lihat sakit kita
jadi walaupun seringkali calari hati
kita boleh tahu makna kasih itu lebih dalam lagi,
memang benar benar dia maksudkan
sebab dia letakkan kita sebagai yang utama apa pun terjadi


tapi ada juga ucap kata cinta,hanya mahu menangi hati
untuk suka suka,untuk isi masa kosong
untuk cari perhatian seketika
mungkin mudah kita terjerat,percaya omong kosong
tapi perbuatan tak selari kata
mungkin sayangnya bukan cinta
hanya sekadar rasa sayang kawan kawan
rasa sayang adik adik
itu harus kita jelaskan
sayang tak sama dengan cinta

kata kata memang mudah dilontar
tapi perbuatan bukan calang boleh melakukan
jadi bijaklah teliti ucapan rasa
mungkin benar apa dikata
tapi sanggup kita derita dan cuma puas halwa telinga?
cinta itu lebih dari kata sahaja

yang benar benar 'in love' kadang kadang bisu dan sunyi
kerana mereka selesa dan sudah sebati
ungkapan sayang dan cinta itu boleh lahir dari hati
tak perlu di bibir tapi difahami

jadi ucaplah 'i love you' bila maksudkan
katalah anda rindu bila benar benar rasakan
dan ucapkanlah sayang bila anda yakin itu yang hati anda mahukan

jadi selepas tarik nafas dalam dalam
tanpa perlu sesaat keputusan saya memang yakin
sejak dulu hingga kini
dan saya benar benar
maksudkan..

saya, sayang kamu farizal
and
i love you forever and always ;)


Tuesday, 4 October 2011

Ratu Hati Saya

4th OCTOBER 1963
lahir seorang wanita istimewa
kurniaan Tuhan untuk saya

 semoga dia terus bahagia
semoga senyumnya makin manis
semoga hidupnya di bawah keberkatan
Selamat Hari Lahir Mama
semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki
sayang mama sampai syurga!




Monday, 3 October 2011

lebih kurang 7 purnama

Assalammualaikum..
selalu lupa bagi salam kan?buruk nau perangai

MasyaAllah cepatnya dah bulan 10..
rasa haritu baru je bulan 5,macam baru je tunang
sudah hampir 5 bulan rupanya.
Preparation,preparation
Yes,everything had been listed accordingly
hopefully mmg ikot list yang dibuatla

Few things dah pun dibooked
yup still about 7 months to go
tapi I tell you,wedding in KL..
if you wanna have a good wedding you better prepare earlier
haritu pun sikit lagi makeup nikah nak kena cancel,baru bulan 9 tu
MUAs,wedding planners..they all banyak booking
most of them bila hujung tahun dah dpt booking sampai December 2012
so better now or neverrrrrr..

Alhamdulillah,wedding planner kesayangan saya available on the date nanti
tu pun hampir2 dirembat orang,nasib baik percintaan saya dan dia lebih kukuh
jadi saya dapatla melamar dia jadi wedding planner and bagi down payment nye

For venue pun dah settle,dah booked date and Alhamdulillah available juga
cuma kena berhati hati dengan venue ni
sebab kang under construction lah apelah..DBKL ni bukan boleh kira
so by early next year terus kena make down payment sebelum print kad kahwin
kang tak pasal kena cari venue lain,print kad kawen lain last minute

the hantarans?masih dalam process
mencari discount dan items yang berkenan di hati
according to the so-called-plan,ingat nak beli satu barang satu bulan
tengoklah macamana nanti,kalau bercakap soal bershopping dengan cik jasmin
usually tak ikut plan..dah berkenan beli je,tak leh tahan tahan dah..

ok, satu dulang dah setel..
semalam bersama abg botak berlesung pipit saya mencarilah set wallet and belt
now pun ada offer and sebelum duit di tangan habis untuk sesuatu yang tak perlu..
saya pun decide nak belilah satu dulu,sikit sikit lama lama jadi banyak
tak gitu?

Let's Sogo,kata lesung pipit
bijak jugaklah dia ajak pergi Sogo
banyak jugak set yang offer dia memang terbaek
budget saya juga terbela
tak tahu pula boleh dapat harga sebest itu,kalau pergi beli sorang sorang
memang...terbeli yang tak berpatutan la jawabnya
typical me la

jadi untunglah dapat tunang banker
lebih terjamin kewangan dengan amanah lagi fatanah
hahaha..
so settle one thing.. lega la saya
percentage of excitement?masih tak menurun
makin naik..pastu keep on asking
what's next?what's next?

typical b2b kot?hehe

hopefully banyak benda boleh setel before bulan dua,baru la muka tak stress sampai time nanti

ok,semalam sempena pergi survey hantaran
encik tunang nampaknya berhijrah ke penampilan baru
yang saya sangat adore..
dan ini bakal meng-upgrade dia dari 'si lesung pipit' kepada....
'abang botak berlesung pipit'

suka tak nama baru?
suka tak?suka tak?

berbalik pada preparation,hope settle semua awal sikit dari wedding
pening ouh,nak pikir guest list pun berpeluh peluh..