"a compliance auditor, an event planner, a full time wife of MF and a mummy to little adinda "

-mJ


Tuesday, 13 September 2011

sonia dan jalok (II)

ye bersambung setelah lamanye tertangguh..

Bermulalah cerita antara si Jalok dan Sonia. Masih ada perasaan malu yang menebal antara mereka selepas perbualan di telefon tempoh hari. Buat pertama kali betentang mata sebagai 'couple', Jalok masih takut takut melihat mata Sonia dan kelakarnya kali ini Sonia pun sama. Mata bertemu dan masa bagaikan sebentar bila mereka berjumpa. Permulaan mereka di Ramadhan itu suatu yang indah, sangat indah. Banyak cerita yang mereka kongsi, masih banyak yang belum mereka tahu tentang diri masing masing. Sonia masih mencari siapa Jalok dan dia pasti Jalok juga pasti masih belajar mengenali dirinya. 

Suratan Tuhan, Dia mahu tunjukkan sesuatu kepada Sonia yang masih takut dan ragu ragu. Suatu hari, si Jalok bertukar handphone dengan Sonia, dan waktu itu selepas sahur Jalok mahu hantar Sonia ke hostel. Malang menimpa mereka, sewaktu dalam perjalanan di tengah kawasan yang ramai orang lalu lalang mereka dipukau dan diragut. Telefon bimbit mereka diambil oleh lelaki yang menyamar sebagai pekerja kolej,yang peliknya mereka berdua tahu itu helah tetapi tidak mampu menolak. Di luar sedar. Si lelaki keparat menyuruh Sonia pulang ke hostel sendiri, dan katanya dia akan selesaikan semuanya dengan Jalok.  Masih separa sedar, Sonia pulang sendiri, tiada telefon untuk dihubungi. Jalok pula masih dengan lelaki keparat itu, tapi apa yang terjadi lelaki itu memecut motor dan meninggalkan Jalok terpinga pinga di situ. Sonia pula sudah hilang dari matanya. Saat itu baru Jalok tersedar yang mereka tertipu dan mungkin dipukau. Benda pertama di fikirannya hanya Sonia. Dia terfikir bukan bukan,bimbang lelaki itu telah lakukan sesuatu pada Sonia yang pulang sendirian tadi.

Si Jalok ibarat orang mati akal, terus mencari kawannya dan bergegas ke hostel perempuan. Dia tidak tahu bagaimana mahu menghubungi Sonia dan nombor telefon teman sebilik Sonia ada dalam handphonenya. Dia tekad menjerit jerit panggilkan Sonia.
Waktu itu terlalu pagi, ramai yang belum bangkit dari mimpi. Tiada siapa dengar untuk panggil Sonia di bilik belakang. Sonia masih belum muncul, jalok makin berdebar.
 Sonia? Tak mungkin tidur. Mundar mandir fikirkan Jalok. Dia risau lelaki itu lakukan sesuatu pada Jalok. Nasib menyebelahi mereka, girlfriend si kawan Jalok dapat dihubungi dan mencari Sonia di dalam. 
Alhamdulillah,dia di situ. Jalok lega dan Sonia juga lega Jalok tidak dicederakan.
Kecoh satu kolej tentang kejadian itu. Juga kecoh bagaimana si Jalok risaukan Sonia ketika itu. Sonia tersenyum, kejadian ini menambahkan kepastiannya terhadap lelaki itu. Dia tahu dia tidak salah pilih
Ragu ragunya mula hilang.

Jalok dan Sonia makin akrab. Makin dekat
Senyum dan ketawa mereka kadang kadang mengundang mata mata kurang senang
Teman Sonia,ya cuma teman. Dia cuba mengusik mereka. Cuba calarkan indah yang mereka baru bina.
Bertubi tubi dia memburukkan Jalok,bersungguh sungguh mahu yakinkan Sonia Jalok tidak baik untuknya
dan dia terus menganggu Jalok,mahu berdepan dengannya.
Sonia yang baru kenal Jalok hanya bertawakkal,dan katanya dia tahu pilihannya dan apa sahaja masa depannya itu haknya..Dia cuma mahu yakin dan yang selebihnya di tangan Allah
lagipun mereka masih baru, mereka juga masih belajar. Masih banyak yang mereka perlu tempuhi

itu dugaan pertama mereka
Gagal,cubaan meruntuhkan gagal.

9 November 2005, hari jadi Sonia yang ke 18. Sebulan sudah dia dan Jalok,dan ini hari jadinya yang pertama dengan Jalok. Tak dia harapkan apa apa tapi si manis Jalok hadiahkan kenangan terindah buatnya. Surprise dan memang dia tak jangkakan lelaki sempoi seperti Jalok pandai buat kejutan. Teddy bear besar hadiah si Jalok dia janji akan simpan selama mungkin. Kata Jalok teddy bear itu resemble dirinya.
Comel sungguh attitude Jalok dan itu mungkin kenangan termanis buat Sonia.
Semester 1 hampir ke hujung, hampir ke final exam
mahu release tension sebelum itu
Kali pertama mereka dating di Mid valley
 itu pun ramai ramai,terpaksa tengok movie cerita pilihan kawan kawan
tapi tak apa,itu semua bakal jadi cerita manis satu hari nanti

hari hari mereka indah,bahagia makin dirasai
sampai satu saat waktu itu hampir cuti semester
Sonia rasa dia tiba tiba tidak minat dengan course yang diambilnya sekarang
dia rasa dia tak mampu teruskan dan mahu apply rayuan masscom di uitm shah alam
bukan sebab mahu berjauhan dengan Jalok tapi dia takut masa depannya hancur
dia tak yakin dengan bidang sains yang dia ambil
saat dia nyatakan hal itu,hati jalok hancur
seolah olah Sonia sengaja mahu jauh dari dia
dia sudah tak taruh harapan bagaimana mereka nanti bila jauh?
Sonia sedar dia sudah tersilap cakap,pasti Jalok kecil hati
sedangkan dia tak maksudkan mahu menjauh diri dan biar jarak memisah

Jalok sedih,Sonia juga
Sonia jadi ragu ragu tentang permohonannya ke uitm Shah Alam
sekarang dia perlu buat pilihan
cuti semester sudah tiba,mereka takut dengan kenyataan 
yang mungkin sesuatu yang meragut apa mereka baru bina
perasaan bercampur baur, Sonia juga sedar kasihnya untuk lelaki itu semakin banyak
macamana?hanya doa untuk sesuatu yang terbaik

nampaknya, exam result pun keluar
permohonan Sonia untuk ke masscom ditolak
bermakna dia masih dekat dengan Jalok
bermakna ada permulaan baru di semester baru nanti
dia tidak sabar untuk pulang ke kolej
senyumnya makin lebar kerana dia orang yang yakin dengan takdir
semakin jelas takdir mahu meletakkan dia di mana
dan Jalok..
itu sesuatu yang bahagia untuk dia juga dan dia berjanji pada Sonia dia akan pastikan Sonia berjaya nanti

Semester kedua, tahun 2006..


masih bersambung...

No comments:

Post a Comment