"a compliance auditor, an event planner, a full time wife of MF and a mummy to little adinda "

-mJ


Wednesday, 28 September 2011

jawapan

terjawab jawapan yang dicari cari
kemusykilan semua akhirnya ada lah terungkai sikit sikit
syukur sebab zaman kita ni semua diwajibkan pergi kursus kahwin

seriously a good thing
bukan hal kahwin je tapi kalau ikutkan batang idung kita ni
senang ke nak pergi majlis agama?
definitely,payah. (merujuk kepada diri sendiri)
banyak sangat hukum hakam,syariat bla,bla,bla
akhirnya terjawab dengan kursus ni

kami berdua yang loqlaq ketegaq ni memang patut di rotan rotan nasihat
jadi kursus hari tu for me memang memberi kesedaran
(hopefully jangka masa panjang laaaa)

nak kahwin tu sesuatu yang wajib
kalau diikutkan kita kita yang gatai dok bercouple ni
dah jatuh hukum wajib dah..
tapi haruslah dalam keadaan mampu ye
so seronok tak tahu korang tu dah wajib kahwin?
bolehlah pergi bisik bisik kat mak,'akak ni sebenarnya dah wajib kahwin'
lagi lagi kalau bf dah berkemampuan,kalau sekolah lagi janganla nak gatai pulak

setelah tahu saya wajib kahwin,dan yakin saya sedia
saya pun sedaya upaya mengabsorb semua ilmu untuk dua hari tu
Alhamdulillah,akhirnya graduate juga dan dah boleh kahwin..heheh

jangan risau kursus kahwin ni tak boring pun
ustaz semua memang superb la
cuma kadang kadang terdengar jugak selang seli bunyik dengkur
especially bila ustaz ceramah pasal ibadah,agama
typical la budak budak muda kan?

si lesung pipit tidur tak?
tak kan?hahahah

banyak isu isu terjawab

contohnya isu perangai kaum isteri
sebenarnya nabi dan para sahabat pun encounter kerenah isteri
Rasulullah ada bini bini yang cemburu,dermawan,suka control
khalifah Umar yang garang tu pun ada bini yang queen control
jadi bukan satu issue, sifat wanita memang..
takut hilang benda berharga
jadi control suami itu perlu,bukan mengongkong tapi ambil tahu
dan kena lah kena cara dan suami pun kenalah pandai handle
isu ni tunjukkan tak ada manusia yang sempurna kan?

lepas tu isu poligami
memangla lelaki boleh jawab ikut sunnah nabi
tapi kalau tak mampu..jangan sesekali
bukan maksud mampu dari segi kewangan je tapi mampu membahagiakan semua isteri
kalau tercalar hati  salah seorang, terkurang kasih pada seorang
dosa tau bang
jadi kalau seorang pun belum mampu kita jaga hatinya,tak payahla kita membahagi kasih
kalau peribadi tak seindah Rasulullah,sabarlah
bahagiakan yang satu

pasal hukum tunangan orang haram dipinang lelaki lain,itu pun betul
and juga haramlah menganggu hubungan orang bertunang ni
sebab mereka dah berjanji mencari keredhaan Allah
jadi itu janji dengan Allah

banyak lagi ilmu ilmu best yang mereka kongsi
jadi jangan rasa malas,baloq liat nak pergi kursus
tak rugi pun

ni macam kempen kursus kahwin la ni yedak?
saja saja nak berkongsi pengalaman.

paling best bila kena luahkan apa kita harap lepas kahwen kat partner masing masing
macam wedding vow
haaa..terkial kial
malu jugakla time tu,even dah lama kawan
bila nak ckp menda serius..seriau jugak
berdebor debor rase..haih

encik tunang
insyaAllah kita sama sama buat apa kita harap tu
hope you'll become a great and responsible husband soon
and also hope that i'll be a perfect wife to you ;)
sampai syurga,promise?

No comments:

Post a Comment