"a compliance auditor, an event planner, a full time wife of MF and a mummy to little adinda "

-mJ


Thursday, 22 September 2011

Dia

Dia tak pandai tulis lirik jiwang jiwang
Dia tak pandai nyanyi lagu main gitar
Dia tak pakai Mini Cooper S
Dia tak pandai masak pizza
Dia bukan anak Dato'
Dia pun bukan anak raja
Dia tak pakai Tissot
Dia tak bimbit briefcase LV
Dia bukan public figure
Dia tak popular

tapi Dia..

Dia tulus bila dia bagi 'sweet words' or lagu,dia jiwang tapi katanya biar aku saja tahu
biar jarang jarang tapi ikhlas bila diluahkan

Dia menyanyi dari hati, biarlah bukan di pentas atau di khalayak tapi terus sejuk hati mendengar.
Sekurang kurangnya aku tahu itu untuk aku

walau bukan berkereta mewah boleh buka atap, aku sudi kemana saja dengan dia.
Naik bas pernah,naik motor pernah,naik LRT penah.
Tak pernah aku kesah

Dia memang tak masak hantar makanan bila aku lapar, tapi dia sentiasa pastikan aku kenyang.
Sentiasa ikotkan kerenah perut aku mengidam macam macam
Tak perlu masak itu ini, yang penting dia paling jaga makan minum aku
Bukan perempuan je kena jaga makan pakai laki

Dia bukan anak menteri,anak Dato,ada family ternama
tapi cukuplah aku lihat family mereka bahagia dan terdidik baik dek ibu bapa
harta tak bawa ke mana,bahagia tu yang aku nak rasa

Dia memang bukan stylish habis,metrosexual?bukan dia
tapi apa digaya semua kena di mata
kusut ke,lusuh ke..asal selesa orang kata
di mata aku dia kacak walau rambot tak bersikat

Dia bukan siapa siapa
bukan superstar,bukan terkenal,bukan hartawan
bukan Tengku,bukan Syed

Apa dilihat pada rupa,pangkat,nama?

Dia curi hati aku,itu cukup
dan aku lihat dia manusia paling istimewa
kata orang,cintai kekurangan orang
barulah boleh cintai kelebihan dia

Aku sayang dia atas buruk baiknya
Aku nampak baik telus hatinya
Aargh..peduli lah orang kata apa

dan aku harap dia juga terima aku seadanya
kerana aku juga bukan siapa siapa
manusia yang juga tak sempurna


.

1 comment: