"a compliance auditor, an event planner, a full time wife of MF and a mummy to little adinda "

-mJ


Monday, 5 September 2011

aneh

weirdo.tu kau lah tu
bukan kau,ye kau
kau tu mungkin bukan merujuk seorang tapi sekumpulan manusia
atau mungkin jugak khas untuk orang yang paling aneh lagaknya


kalau kau rasa kau aneh mungkin kau patut terasa
tapi kalau kau kategori manusia yang logik akal dan waras
mungkin kau boleh renung renungkan juga

dah lama post ni jadi pekasam
tajuk ni sebenarnya ikhlas nukilan encik ijan
cuma isinya saya garapkan
hasil borak kosong sembang serius antara kami dan kenari


korang perasan tak?
manusia makin aneh dan dunia jadi gila
kenapa ye?bukan andaian tapi banyak fakta dah menyokong
yang masuk tanjung rambutan
sebab?cinta lah,duit lah
janganlah sebabkan terlampau obses dengan diri sendiri
dan terlampau nak mengejar trend,nak 'in',nak cool
tapi akhirnya makan diri

kenapa ye?
susah ke jadi diri sendiri?susah ke kalau tak ada PHD dalam diri?
macam jadi satu masalah besar

yang ada duit,obses dengan duit
cuba bagitahu semua orang dia ada duit
sampai beli kasih sayang dengan duit
siapa ajar dia perasaan boleh trade dengan kertas bernilai tu?
kan aneh tu

yang remaja baru nak berkembang otak?
tu dia..suka sangat bilang laki,bilang perempuan
wujudkan terms 'friend with benefit'
tak kesah main touch and go
tak kesah kenal orang sehari dan bagi all out
siapa ajar diorang maruah diri rendah macam tu?
kan aneh tu

yang wanita semakin kurang keayuannya
sebab pintar jadi homewrecker, tahniah!
kenapa?sebab takut hidup solo atau takut orang tengok tak gah kalau tak berpasangan?
ini masalah besar,mungkin sebab ingat populasi wanita melebihi lelaki
semua orang jadi sasau. Yang solo mereka kata tak straight kot
tapi yang berpunya, yang tu la yang terbaek
yelah persaingan pesat,kalau dapat hak orang tu kira handal la
best ke you?sumpah ke laut perangaimu itu
kan aneh tu


yang di pejabat
nak bersaing juga, yang sedihnya sesama bangsa
berpeluh dahi bila tengok kawan seangkatan terlebih satu dua digit kosong dari dia
resah macam cacing kepanasan bila tengok kawan kena market dengan boss
mesti dah ada orang bagitahu kan  rezeki tu Tuhan yang tentukan,
usaha dan masing masing pasti dapat bahagian
tapi tak reti jugak,kan ke aneh tu

yang betul betul gila?
bila hidup tak pernah tenang
sebab tak pernah suka tengok orang lebih dari dia
si aneh ni insecure, cuba jadi orang lain
mesti kau rasa tak senang duduk kan
cubalah bawak muhasabah diri
takpa sesekali mengaku kau tu dah buat salah
ada je benda elok dalam diri kau
 kalau kau berhenti ada sifat sifat aneh

cubalah kan untuk satu hari
kau tengok muka kau sendiri
dan bersyukur menjadi diri sendiri
tak payah kau busuk hati burukkan orang
menangkan diri sendiri demi keinginan diri
jangan lupa kawan, yang di Atas melihat

percayalah kau boleh jadi si aneh sampai bila bila
kalau kau tak ubah cara hidupmu
kau lagi bahagia kalau kau tak bela kegilaan tu
berhentilah jadi aneh,banyak dah hidup kau renyahkan dalam tak sedar

1 comment: