"a compliance auditor, an event planner, a full time wife of MF and a mummy to little adinda "

-mJ


Wednesday, 28 September 2011

jawapan

terjawab jawapan yang dicari cari
kemusykilan semua akhirnya ada lah terungkai sikit sikit
syukur sebab zaman kita ni semua diwajibkan pergi kursus kahwin

seriously a good thing
bukan hal kahwin je tapi kalau ikutkan batang idung kita ni
senang ke nak pergi majlis agama?
definitely,payah. (merujuk kepada diri sendiri)
banyak sangat hukum hakam,syariat bla,bla,bla
akhirnya terjawab dengan kursus ni

kami berdua yang loqlaq ketegaq ni memang patut di rotan rotan nasihat
jadi kursus hari tu for me memang memberi kesedaran
(hopefully jangka masa panjang laaaa)

nak kahwin tu sesuatu yang wajib
kalau diikutkan kita kita yang gatai dok bercouple ni
dah jatuh hukum wajib dah..
tapi haruslah dalam keadaan mampu ye
so seronok tak tahu korang tu dah wajib kahwin?
bolehlah pergi bisik bisik kat mak,'akak ni sebenarnya dah wajib kahwin'
lagi lagi kalau bf dah berkemampuan,kalau sekolah lagi janganla nak gatai pulak

setelah tahu saya wajib kahwin,dan yakin saya sedia
saya pun sedaya upaya mengabsorb semua ilmu untuk dua hari tu
Alhamdulillah,akhirnya graduate juga dan dah boleh kahwin..heheh

jangan risau kursus kahwin ni tak boring pun
ustaz semua memang superb la
cuma kadang kadang terdengar jugak selang seli bunyik dengkur
especially bila ustaz ceramah pasal ibadah,agama
typical la budak budak muda kan?

si lesung pipit tidur tak?
tak kan?hahahah

banyak isu isu terjawab

contohnya isu perangai kaum isteri
sebenarnya nabi dan para sahabat pun encounter kerenah isteri
Rasulullah ada bini bini yang cemburu,dermawan,suka control
khalifah Umar yang garang tu pun ada bini yang queen control
jadi bukan satu issue, sifat wanita memang..
takut hilang benda berharga
jadi control suami itu perlu,bukan mengongkong tapi ambil tahu
dan kena lah kena cara dan suami pun kenalah pandai handle
isu ni tunjukkan tak ada manusia yang sempurna kan?

lepas tu isu poligami
memangla lelaki boleh jawab ikut sunnah nabi
tapi kalau tak mampu..jangan sesekali
bukan maksud mampu dari segi kewangan je tapi mampu membahagiakan semua isteri
kalau tercalar hati  salah seorang, terkurang kasih pada seorang
dosa tau bang
jadi kalau seorang pun belum mampu kita jaga hatinya,tak payahla kita membahagi kasih
kalau peribadi tak seindah Rasulullah,sabarlah
bahagiakan yang satu

pasal hukum tunangan orang haram dipinang lelaki lain,itu pun betul
and juga haramlah menganggu hubungan orang bertunang ni
sebab mereka dah berjanji mencari keredhaan Allah
jadi itu janji dengan Allah

banyak lagi ilmu ilmu best yang mereka kongsi
jadi jangan rasa malas,baloq liat nak pergi kursus
tak rugi pun

ni macam kempen kursus kahwin la ni yedak?
saja saja nak berkongsi pengalaman.

paling best bila kena luahkan apa kita harap lepas kahwen kat partner masing masing
macam wedding vow
haaa..terkial kial
malu jugakla time tu,even dah lama kawan
bila nak ckp menda serius..seriau jugak
berdebor debor rase..haih

encik tunang
insyaAllah kita sama sama buat apa kita harap tu
hope you'll become a great and responsible husband soon
and also hope that i'll be a perfect wife to you ;)
sampai syurga,promise?

Monday, 26 September 2011

raya kita

sebelum berlabuhnya tirai syawal
rasa baru je mula kan?dah nak habis raya dah..macamana raya korang?
a good one or a 'so-so' one?mudah mudahan indah ye

tahun ni raya saya Alhamdulillah cun melecun
tahun ni saya bersakan raya,jemputan rumah terbuka pon meriah
beraya dengan tunang tersayang dan keluarga
even aunty saya dari US pon balik sini raya tahun ni
jadi memang meriah

kalau raya tahun lepas orang tanya 'dah ada boypren belom ni?'
tahun ni soalan popular..'bila kenduri?'
tahun depan?saya yakin soalannya 'bila nak dpt baby?'
haih..lumrah orang melayu
berbudi bahasa amalan kita,jadi persoalan mcm ni memang lumrah
sampaila nanti bila nak dapat cucu and so on

yang saya kelakar,mama dah buat pre-invitation raya ni
'kau jangan tak dtg anak aku kawin'
'insyaAllah bulan xxx'
'nanti u tidur rumah i tau time kenduri'

fine mama
sekarang saya tahu mama punya 'relax' tu macamane
memang begitulah peranan ibu ibu

Alhamdulillah,tahun ni juga sempena berpindah ke rumah baru
kami berpeluang buat open house kecil kecilan
ramai yang datang,tak menang tangan dibuatnya

tahun ni ramai kawan kawan yang sambut raya 1st dengan suami
and two of my bestfriends smbut raya pertama dengan anak
happy for them =)

tak sabar nak merasa benda yang sama,eh..gatai

this is some of the 2011 raya's memoirs i could share here

1 syawal
pekan,pahang

 tasek gelugor,penang





11 syawal

 kak wa's open house in kota kemuning
gumbira dapat jumpa semula all these beautiful lads

yang ni pun gembira juga,senyum sampai telinga ;)




12 syawal
kak jaja and abg boy's crib
ni raya pertama diorg as a married couple
n they gonna have a baby soon ;)


20 syawal

my open house,taman cempaka

 bollywood sangat!haha

 heart this picture,i love you and you too lil cousin darwish!

 girlfriends!

 boyfriends!

adinda adinda!

dhla kan,
da hampir basi cerita raya
raya dah nak abes
semoga raya tahun depan lebih bahagia untuk kita!
syawal,ketemu lagi
aaaamin..




Thursday, 22 September 2011

Dia

Dia tak pandai tulis lirik jiwang jiwang
Dia tak pandai nyanyi lagu main gitar
Dia tak pakai Mini Cooper S
Dia tak pandai masak pizza
Dia bukan anak Dato'
Dia pun bukan anak raja
Dia tak pakai Tissot
Dia tak bimbit briefcase LV
Dia bukan public figure
Dia tak popular

tapi Dia..

Dia tulus bila dia bagi 'sweet words' or lagu,dia jiwang tapi katanya biar aku saja tahu
biar jarang jarang tapi ikhlas bila diluahkan

Dia menyanyi dari hati, biarlah bukan di pentas atau di khalayak tapi terus sejuk hati mendengar.
Sekurang kurangnya aku tahu itu untuk aku

walau bukan berkereta mewah boleh buka atap, aku sudi kemana saja dengan dia.
Naik bas pernah,naik motor pernah,naik LRT penah.
Tak pernah aku kesah

Dia memang tak masak hantar makanan bila aku lapar, tapi dia sentiasa pastikan aku kenyang.
Sentiasa ikotkan kerenah perut aku mengidam macam macam
Tak perlu masak itu ini, yang penting dia paling jaga makan minum aku
Bukan perempuan je kena jaga makan pakai laki

Dia bukan anak menteri,anak Dato,ada family ternama
tapi cukuplah aku lihat family mereka bahagia dan terdidik baik dek ibu bapa
harta tak bawa ke mana,bahagia tu yang aku nak rasa

Dia memang bukan stylish habis,metrosexual?bukan dia
tapi apa digaya semua kena di mata
kusut ke,lusuh ke..asal selesa orang kata
di mata aku dia kacak walau rambot tak bersikat

Dia bukan siapa siapa
bukan superstar,bukan terkenal,bukan hartawan
bukan Tengku,bukan Syed

Apa dilihat pada rupa,pangkat,nama?

Dia curi hati aku,itu cukup
dan aku lihat dia manusia paling istimewa
kata orang,cintai kekurangan orang
barulah boleh cintai kelebihan dia

Aku sayang dia atas buruk baiknya
Aku nampak baik telus hatinya
Aargh..peduli lah orang kata apa

dan aku harap dia juga terima aku seadanya
kerana aku juga bukan siapa siapa
manusia yang juga tak sempurna


.

Tuesday, 13 September 2011

the song that makes me fall in love

sonia dan jalok (II)

ye bersambung setelah lamanye tertangguh..

Bermulalah cerita antara si Jalok dan Sonia. Masih ada perasaan malu yang menebal antara mereka selepas perbualan di telefon tempoh hari. Buat pertama kali betentang mata sebagai 'couple', Jalok masih takut takut melihat mata Sonia dan kelakarnya kali ini Sonia pun sama. Mata bertemu dan masa bagaikan sebentar bila mereka berjumpa. Permulaan mereka di Ramadhan itu suatu yang indah, sangat indah. Banyak cerita yang mereka kongsi, masih banyak yang belum mereka tahu tentang diri masing masing. Sonia masih mencari siapa Jalok dan dia pasti Jalok juga pasti masih belajar mengenali dirinya. 

Suratan Tuhan, Dia mahu tunjukkan sesuatu kepada Sonia yang masih takut dan ragu ragu. Suatu hari, si Jalok bertukar handphone dengan Sonia, dan waktu itu selepas sahur Jalok mahu hantar Sonia ke hostel. Malang menimpa mereka, sewaktu dalam perjalanan di tengah kawasan yang ramai orang lalu lalang mereka dipukau dan diragut. Telefon bimbit mereka diambil oleh lelaki yang menyamar sebagai pekerja kolej,yang peliknya mereka berdua tahu itu helah tetapi tidak mampu menolak. Di luar sedar. Si lelaki keparat menyuruh Sonia pulang ke hostel sendiri, dan katanya dia akan selesaikan semuanya dengan Jalok.  Masih separa sedar, Sonia pulang sendiri, tiada telefon untuk dihubungi. Jalok pula masih dengan lelaki keparat itu, tapi apa yang terjadi lelaki itu memecut motor dan meninggalkan Jalok terpinga pinga di situ. Sonia pula sudah hilang dari matanya. Saat itu baru Jalok tersedar yang mereka tertipu dan mungkin dipukau. Benda pertama di fikirannya hanya Sonia. Dia terfikir bukan bukan,bimbang lelaki itu telah lakukan sesuatu pada Sonia yang pulang sendirian tadi.

Si Jalok ibarat orang mati akal, terus mencari kawannya dan bergegas ke hostel perempuan. Dia tidak tahu bagaimana mahu menghubungi Sonia dan nombor telefon teman sebilik Sonia ada dalam handphonenya. Dia tekad menjerit jerit panggilkan Sonia.
Waktu itu terlalu pagi, ramai yang belum bangkit dari mimpi. Tiada siapa dengar untuk panggil Sonia di bilik belakang. Sonia masih belum muncul, jalok makin berdebar.
 Sonia? Tak mungkin tidur. Mundar mandir fikirkan Jalok. Dia risau lelaki itu lakukan sesuatu pada Jalok. Nasib menyebelahi mereka, girlfriend si kawan Jalok dapat dihubungi dan mencari Sonia di dalam. 
Alhamdulillah,dia di situ. Jalok lega dan Sonia juga lega Jalok tidak dicederakan.
Kecoh satu kolej tentang kejadian itu. Juga kecoh bagaimana si Jalok risaukan Sonia ketika itu. Sonia tersenyum, kejadian ini menambahkan kepastiannya terhadap lelaki itu. Dia tahu dia tidak salah pilih
Ragu ragunya mula hilang.

Jalok dan Sonia makin akrab. Makin dekat
Senyum dan ketawa mereka kadang kadang mengundang mata mata kurang senang
Teman Sonia,ya cuma teman. Dia cuba mengusik mereka. Cuba calarkan indah yang mereka baru bina.
Bertubi tubi dia memburukkan Jalok,bersungguh sungguh mahu yakinkan Sonia Jalok tidak baik untuknya
dan dia terus menganggu Jalok,mahu berdepan dengannya.
Sonia yang baru kenal Jalok hanya bertawakkal,dan katanya dia tahu pilihannya dan apa sahaja masa depannya itu haknya..Dia cuma mahu yakin dan yang selebihnya di tangan Allah
lagipun mereka masih baru, mereka juga masih belajar. Masih banyak yang mereka perlu tempuhi

itu dugaan pertama mereka
Gagal,cubaan meruntuhkan gagal.

9 November 2005, hari jadi Sonia yang ke 18. Sebulan sudah dia dan Jalok,dan ini hari jadinya yang pertama dengan Jalok. Tak dia harapkan apa apa tapi si manis Jalok hadiahkan kenangan terindah buatnya. Surprise dan memang dia tak jangkakan lelaki sempoi seperti Jalok pandai buat kejutan. Teddy bear besar hadiah si Jalok dia janji akan simpan selama mungkin. Kata Jalok teddy bear itu resemble dirinya.
Comel sungguh attitude Jalok dan itu mungkin kenangan termanis buat Sonia.
Semester 1 hampir ke hujung, hampir ke final exam
mahu release tension sebelum itu
Kali pertama mereka dating di Mid valley
 itu pun ramai ramai,terpaksa tengok movie cerita pilihan kawan kawan
tapi tak apa,itu semua bakal jadi cerita manis satu hari nanti

hari hari mereka indah,bahagia makin dirasai
sampai satu saat waktu itu hampir cuti semester
Sonia rasa dia tiba tiba tidak minat dengan course yang diambilnya sekarang
dia rasa dia tak mampu teruskan dan mahu apply rayuan masscom di uitm shah alam
bukan sebab mahu berjauhan dengan Jalok tapi dia takut masa depannya hancur
dia tak yakin dengan bidang sains yang dia ambil
saat dia nyatakan hal itu,hati jalok hancur
seolah olah Sonia sengaja mahu jauh dari dia
dia sudah tak taruh harapan bagaimana mereka nanti bila jauh?
Sonia sedar dia sudah tersilap cakap,pasti Jalok kecil hati
sedangkan dia tak maksudkan mahu menjauh diri dan biar jarak memisah

Jalok sedih,Sonia juga
Sonia jadi ragu ragu tentang permohonannya ke uitm Shah Alam
sekarang dia perlu buat pilihan
cuti semester sudah tiba,mereka takut dengan kenyataan 
yang mungkin sesuatu yang meragut apa mereka baru bina
perasaan bercampur baur, Sonia juga sedar kasihnya untuk lelaki itu semakin banyak
macamana?hanya doa untuk sesuatu yang terbaik

nampaknya, exam result pun keluar
permohonan Sonia untuk ke masscom ditolak
bermakna dia masih dekat dengan Jalok
bermakna ada permulaan baru di semester baru nanti
dia tidak sabar untuk pulang ke kolej
senyumnya makin lebar kerana dia orang yang yakin dengan takdir
semakin jelas takdir mahu meletakkan dia di mana
dan Jalok..
itu sesuatu yang bahagia untuk dia juga dan dia berjanji pada Sonia dia akan pastikan Sonia berjaya nanti

Semester kedua, tahun 2006..


masih bersambung...

Wednesday, 7 September 2011

bride to be

ye.hari ini cuti
cuti peristiwa sendiri.dah selalu sangat saya mc time practical ni
asyik tak sehat badan,believe me takkan larat nak handle machines and samples if sakit
kalau duduk menaip je ok lah
jadi hari ini saya officially rasa best berlenggang kankung di rumah walaupun perut tidak begitu happy
apa nak buat? thought of starting my wedding plan.
tarikh pun dah decide cuma belum meeting dengan pihak lelaki.
so that diorang boleh decide tarikh untuk menyambut menantu pula

lately,i stumbled upon banyak blog b2b
ye b2b..bride to be
sumpah seronok baca countdown diorang
baca plan n preparation mereka
ramai yang start menulis and prepare since setahun sebelum tarikh akad
saya tinggal lagi lapan bulan.jadi memang patut dah la

preparation starts with venue,guest list
so that boleh budget berapa pax orang untuk catering n so on
tapi saya agak kelakar sikit sebab MUA lah benda pertama yang settle dalam preparation
hahaha..bertuah punya cik jasmin

hurm,
saya nak juga tulis wedding countdown tapi saya malas nak handle banyak blog
boleh kot selit selit sikit kt blog sastera ni
kenapa kena tulis?
sebab bila kita tulis kita confident dengan planning kita tu.
so insyaAllah lagi lancar lah preparation

baca blog blog b2b yang lain memang sangat bagi info kat orang kanchong macam saya ni
sekarang saya tahu apa saya kena prepare from A to Z
sekarang dah ada theme dah ada sikit sikit preparation
jadi encik tunang,sila fikir untuk belah lelaki pula
oren ke,kuning ke,pelangi ke..hahaha

bila cakap tahun depan kahwin memang rasa alarh,lambat lagi
bila tengok wedding ticker 8bulan
bila balik kampung semua orang dah suruh start booking
ni dah bulan 9,dah hujung tahun rupanya
ok,mula lah nak kanchong
tapi saya rasa lagi bagus sedar sekarang dari sedar 4bulan sebelum
masa tu baru tau langit tinggi rendah

hope Tuhan permudahkan segalanya untuk kami dan melimpahkan rezekiNya

Monday, 5 September 2011

aneh

weirdo.tu kau lah tu
bukan kau,ye kau
kau tu mungkin bukan merujuk seorang tapi sekumpulan manusia
atau mungkin jugak khas untuk orang yang paling aneh lagaknya


kalau kau rasa kau aneh mungkin kau patut terasa
tapi kalau kau kategori manusia yang logik akal dan waras
mungkin kau boleh renung renungkan juga

dah lama post ni jadi pekasam
tajuk ni sebenarnya ikhlas nukilan encik ijan
cuma isinya saya garapkan
hasil borak kosong sembang serius antara kami dan kenari


korang perasan tak?
manusia makin aneh dan dunia jadi gila
kenapa ye?bukan andaian tapi banyak fakta dah menyokong
yang masuk tanjung rambutan
sebab?cinta lah,duit lah
janganlah sebabkan terlampau obses dengan diri sendiri
dan terlampau nak mengejar trend,nak 'in',nak cool
tapi akhirnya makan diri

kenapa ye?
susah ke jadi diri sendiri?susah ke kalau tak ada PHD dalam diri?
macam jadi satu masalah besar

yang ada duit,obses dengan duit
cuba bagitahu semua orang dia ada duit
sampai beli kasih sayang dengan duit
siapa ajar dia perasaan boleh trade dengan kertas bernilai tu?
kan aneh tu

yang remaja baru nak berkembang otak?
tu dia..suka sangat bilang laki,bilang perempuan
wujudkan terms 'friend with benefit'
tak kesah main touch and go
tak kesah kenal orang sehari dan bagi all out
siapa ajar diorang maruah diri rendah macam tu?
kan aneh tu

yang wanita semakin kurang keayuannya
sebab pintar jadi homewrecker, tahniah!
kenapa?sebab takut hidup solo atau takut orang tengok tak gah kalau tak berpasangan?
ini masalah besar,mungkin sebab ingat populasi wanita melebihi lelaki
semua orang jadi sasau. Yang solo mereka kata tak straight kot
tapi yang berpunya, yang tu la yang terbaek
yelah persaingan pesat,kalau dapat hak orang tu kira handal la
best ke you?sumpah ke laut perangaimu itu
kan aneh tu


yang di pejabat
nak bersaing juga, yang sedihnya sesama bangsa
berpeluh dahi bila tengok kawan seangkatan terlebih satu dua digit kosong dari dia
resah macam cacing kepanasan bila tengok kawan kena market dengan boss
mesti dah ada orang bagitahu kan  rezeki tu Tuhan yang tentukan,
usaha dan masing masing pasti dapat bahagian
tapi tak reti jugak,kan ke aneh tu

yang betul betul gila?
bila hidup tak pernah tenang
sebab tak pernah suka tengok orang lebih dari dia
si aneh ni insecure, cuba jadi orang lain
mesti kau rasa tak senang duduk kan
cubalah bawak muhasabah diri
takpa sesekali mengaku kau tu dah buat salah
ada je benda elok dalam diri kau
 kalau kau berhenti ada sifat sifat aneh

cubalah kan untuk satu hari
kau tengok muka kau sendiri
dan bersyukur menjadi diri sendiri
tak payah kau busuk hati burukkan orang
menangkan diri sendiri demi keinginan diri
jangan lupa kawan, yang di Atas melihat

percayalah kau boleh jadi si aneh sampai bila bila
kalau kau tak ubah cara hidupmu
kau lagi bahagia kalau kau tak bela kegilaan tu
berhentilah jadi aneh,banyak dah hidup kau renyahkan dalam tak sedar