"a compliance auditor, an event planner, a full time wife of MF and a mummy to little adinda "

-mJ


Friday, 5 August 2011

kasih Adam

saat kau dilahirkan,seorang lelaki bisikkan iqamah di liang telingamu
saat kau bertatih jalan, seorang lelaki juga yang memimpin tanganmu
saat kau menginjak remaja, seorang lelaki juga yang buat kau getar dada
saat ini bila kau jatuh kecewa
kenapa kau kata kau boleh hidup tanpa seorang Adam?

jika Adam tiada,mana kan datang Hawa?
jika bapa mu tiada,mana kan cambah benih di rahim ibumu?
terlalu banyak sinis herdik buat lelaki
kerana segelintir lelaki lupa tentang perih hati wanita
lalu semuanya terpalit dek kerana salah yang satu

kromosom kita berbeza lelaki
darah kita?sama
kadang aku juga marah,herdik,lemas denganmu Adam
kerana mudah lupa,senang hanyut arus dunia

tapi jauh di sudut hati,aku kagum
kagum kerana kau mampu memimpin
mampu sembunyi rasa malu,takut,sedih
sebalik ego seorang lelaki
kau tak kalah dek emosi
kau tak takut kalah
aku mengalah,kau kaum yang kuat
naluri dan zahirnya


aku hidup bukan untukmu
tapi Tuhanmu
tapi hati ini tercipta untuk seorang  Adam
mengasihi dan mengharapkan Nur dari seorang Adam
dan aku pasti aku lahir dari rusukmu Adam

Kau untuk dihormati
Kau untuk dikasihi
Kau untuk ditaati
jika kau mahu jadi sang lelaki terhebat
kau hormatilah Hawa
kau kasihilah Hawa
Kau bimbinglah Hawa

kerana kami dari rusukmu
untuk berdiri di sebelahmu,medampingmu
bukan di kaki untuk dihambakan
bukan di atas untuk menghambamu
bukan di belakang untuk mengejarmu
tapi di sisi untuk jadi teman hayatmu

aku seorang Hawa
bisa hidup atas kaki sendiri
tapi tidak pula aku mampu bernafas
 tanpa kasih seorang Adam

Baba,terima kasih kerana kau Adam yang beri nyawa padaku
Sayang,kau aku harap cinta Adamku yang terakhir..

No comments:

Post a Comment