"a compliance auditor, an event planner, a full time wife of MF and a mummy to little adinda "

-mJ


Friday, 26 August 2011

harga sayang

jika hari ini kau punya teman yang bisa ketawa saat kamu mengherdiknya,kau jagalah persahabatan itu kerana esok belum tentu temanmu mahu dilenjan dan dipijak begitu.

jika hari ini kau punya kakak yang bisa tahan kau menengkingnya, kau ingatlah dia ke akhir hayatmu kerana esok belum tentu dia ada untuk dengar rintih dan jeritmu

jika hari ini kau punya adik yang seboleh boleh menjaga hatimu, kau manjakanlah dia kerana esok belum tentu dia kesah perihalmu

jika hari ini kau punya ayah yang tegas dan tak lelah menasihatimu, kau terimalah ajarannya kerana esok belum tentu dia mampu bersuara untukmu

jika hari ini kau punya ibu yang susah payah,ambil tahu dan kesah tentang makan pakai mu, kau hargailah pengorbanannya kerana esok belum tentu lagi kau bisa rasa air tangannya itu

jika hari ini kau punya kekasih yang mencintai baik burukmu, kau cintailah dan setialah hingga ke syurga kerana esok belum tentu dia masih mampu bertahan demi cintamu

hargailah hati yang menghargai kau
setialah pada hati yang cuma milik kau
jangan sekali dusta,ego dan dendam membatasi dan mengaburi
kerana jika sekali hilang,entah mungkin tak kembali

jangan menangis sesudah hilang
menangislah kerana kau syukur mereka masih di sisi
masih punya harga sayang

Thursday, 25 August 2011

'kita nak kawen la ngan awak'

getting married?
what is the best thing about getting married?
selain dari kita dapat hidup dengan orang yang kita sayang?
terlalu banyak keindahannya

memang saya belum lagi dan masih menunggu beberapa purnama
chewah ayat nak purnama saja kan
tapi apa yang buat saya rasa 'yes,im ready and so into getting married'
sebab saya percaya kenapa Tuhan jadikan kita berpasangan
dan kenapa Dia merukunkan perkahwinan
sebab marriage yang orang dok sebot gerbang tu memang satu pintu
pintu kita ke arah kebaikkan

responsiblenya si suami,dia raih pahala
kasih sayang si isteri bagi,dia raih pahala
setiap perbuatan dalam rumahtangga tu
yang elok dan membahagiakan pasangan equal to pahala
berkahwin saja dah dapat pahala
jauh dari zina dan maksiat
sebab tu orang yang nak bina masjid syaitan suka kacau
sebab tu ada saja dugaan dan gangguan
tapi percayalah niat yang baik Tuhan tahu

bercinta memang indah
tapi bercinta secara halal tu saya tahu pasti lebih indah
ada  siapa siapa nak hidup single,'no string attached'
sampai bila bila?
kalau ada sila angkat tangan,saya nak carikan teman

memang kita dengar sekarang orang kahwin,cerai,kahwin,cerai
sebab apa?sebab asasnya tak cukup
memang dugaan banyak,tapi yakinlah pada Dia
kenapa nak takut kahwin sebab masa lampau kita?
kenapa nak takut kahwin sebab kita pernah buat silap?
setiap manusia tak sempurna
bagi saya kahwin itu pintu untuk sempurna
we perfect each other..pernah dengar ayat tu kan?


cerai tu satu benda yang tak siapa suka
Allah pun murka
dimadukan tu sentiasa akan ada hati yang terluka
jadi kenapa kita nak kena pikir benda benda ni
yang penting kita cari bahagia
bukan sibuk jadi negative thinker

bila kahwin,kita kahwin dengan keluarga masing masing juga
itu pun satu benda yang saya sangat seronok pasal kahwin
family saya tak besar,jadi dapat tunang family ramai saya boleh tumpang meriah
dan saya pun bagi sorang anak lelaki untuk mama
family kami tak ada lelaki untuk pimpin kami
jadi jumpa someone yang boleh jadi kawan mama saya bersyukur

saya nak kami berdua bahagiakan semua orang
biarlah mama dan juga mama lebih happy lepas marriage ni
saya nak jadi anak and menantu yang baik
walaupun banyak kekurangan tapi saya percaya jadi diri sendiri tu yang terbaik
saya nak ikhlas sayang mertua macam mak ayah sendiri

banyak betul ayat 'saya nak',hopefully 'saya berjaya buat'

haish..sebak pulak buat entry ni

saya sangat berharap ikatan yang bakal dibina beberapa purnama lagi ni
(purnama ye,bukan bulan)
sesuatu yang bahagia untuk kami dan family
semoga semuanya lancar dan dimudahkanNya





Monday, 22 August 2011

cinta ramadhan

lagi 8 hari nak raya,rasa hati ni berdebar debar
sebab tak sabar nak makan di pagi raya..hahaha
alhamdulillah puasa kali ni semuanya baik baik sahaja
makin manis dan makin berseri seri,chewah

sepanjang ramadhan ni rezeki kami memang baik
ada je jemputan berbuka puasa
ada je yang nak belanja

almost every week saya memang akan berbuka dengan family
dan mereka memang excited nak terima ahli baru dalam family kami
jadi selalulah ada sesi berbuka puasa bersama

rezeki jangan ditolak orang kata

kalau tak di luar or rumah sedara mara
mama akan ajak bakal menantu dia berbuka di rumah
kadang kadang anak anak angkat dia pun follow sekali la

ramadhan kali ni si lesung pipit memang buat saya tersenyum riang
thank you so much for your time,susah payah dia ambil hati mama
ke hulu ke hilir..i really appreciate that ;)


5 Ramadhan
iftar di mekdi taman dagang
memang favourite kami,jadi tak dapek la nak nolong
since dulu lagi mekdi menyatukan kami
boleh macam tu?apa sajela jasmin
puasa puasa pun kami nak gcb

 lapar menunggu berbuka lagi sejam

orang nak exam takaful la katakan ;p


12 Ramadhan
iftar di bora ombak
dengan family saya
lesung pipit diet ape entah,buffet malu malu je
yang paling best tiba tiba time menjamu selera
penyanyi kat sana nyanyi lagu sedetik lebih
saya tengok dia,dia tengok saya
hahaha

 muka budak demam memang macam tu
 melayan kerenah kemetot kemetot
mama and umi emma



17 Ramadhan
iftar di temptati0ns,renaissance hotel
mama belanja lagi
sayang betul dekat menantu
asik bawak pegi berbuka je
tiba tiba terfikir adakah saya akan disisihkan selepas kahwin nanti?
haha,fine!




21 Ramadhan
iftar di Carl's Jr
ni sempena shopping raya kat pavi
cari punya cari tempat berbuka semua full
last last Carl's Jr mari
masa ni kami ade bonzer abang katang sorang,naim
sebab tu kena makan kat Carl's Jr,burger die besar
barulah puas hati abang abang besi ni makan!

abang abang katang

 thank you photographer kami,juga naim..haha


itulah antara memories puasa ni
seronok rupanya puasa dengan tunang
agak lain rasa dia,macam aneh seronok dia
tak sabar tunggu puasa as bini orang pula

syukur untuk bahagia cinta ramadhan ini



Saturday, 20 August 2011

a muscular me

saya sedang dalam proses mencari berat badan ideal
haih,ramai orang ingat jadi kurus tu senang,makanla banyak mana pun
tapi kenyataannya sakit hati tak kalau makan beriya iya tapi tak tahu kemana
pembaziran tu

i want to blame my metabolism for it
sebab kata doktor,metabolism saya tinggi
kalau ikutkan kalau saya ni rendang rendang je mungkin saya agak berisi
tapi berdiri pada 171cm memerlukan berat sebanyak 55kg
baru ideal
tapi saya baru 48kg,berat pula selalu fluctuate turun naik

bukanlah nak gemuk yang tak sihat tu tapi nak berat badan ideal je

orang kata tak payah risau kawin nanti confirm badan naik
tapi nak cuba alternatif lain selain redha boleh?
nasib baik si lesung pipit sudi nak mendengar rungutan saya
selaku 'abang katang main besi kuat woo'
dia jadi trainer saya,trainer yedak?
dia belikan dumbell dan susu protein
sebab kita nak isi bukan lemak harusla workout

bermula perkenalan saya dengan dumbell 4lbs (sahaja) tu
saya takut badan saya ketul ketul
tapi sebenarnya tak adalah macam tu
susu protein tu pula untuk naikkan badan
bulan puasa ni agak azab telan susu tu
 panas badan dibuatnya
kita pun kurang makan jadi tak berhasil sangatla

kurus tak semestinya tak kena workout
kenalah shape body and maintain healthy
sebab abang sayang dah main besi sekarang
adik pun nak juga tough tough ni
nak juga ada pax pax ni

tapi kalau u guys nak cuba workout guna dumbell please make sure guna teknik yang betul
nanti urat semua tergeliat bentuk muscle tu tak jadi lah

lepas tu benda ni is a routine work
angelina jolie workout pakai tin air coke saja,tapi constant
jadi tengoklah badan dia skinny tapi well shaped


baru berjinak jinak lebih kurang sebulan
jadi belum nampak hasil ketara
nanti akan ku update berjaya atau tidak
dah nak kahwin ni inilah persediaan pertama kami
membina badan ideal 
tak nak esok kawin badan terus macam mak orang dan bapak anak tiga T-T
mestila kena maintain je macam kat bawah ni kan?haha


Friday, 19 August 2011

10 hari terakhir ramadhan

entah kenapa,hari ini malasnya luarbiasa
malas yang amat,dont feel like waking up pun
baju pun malas nak pikir nak pakai apa..sarung aje apa yang dah bergosok
nasib today casual day kat office so i can just pull on my jeans and walk unmotivatedly into the lab
aaargh!

mengantuk dan mengantuk
rambut pun macam tak bersikat
tapi eh,bukan memang tak pernah sikat ke?hahaha
hari ini sangat tidak bermotivasi sebab tersedar yang LAGI 10 HARI NAK RAYA!

bila kerja denga semua colleagues chinese
you wont feel any raya's vibe here in the office,puasa pun kau sorang sorang
kalau time 'redlite' tu memang seronok makan secara terbuka..haha
tapi dalam hati ni dah excited bagai pikir nak raya dan makan!
dont judge me by my skinny figure kawan

yea,dah nak masuk malam tujuh likur
kalau dekat kampung mesti sekarang pun dah ada yang pasang pelita kan
rumah saya, esok esok lip lap lip lap la
tahun ni beraya di pekan
tahun depan dah ada orang chup raya pertama kat penang
jadi tahun ni beraya lah masing masing sebagai bujang untuk yang terakhir kali
insyaAllah,mudah mudahan semuanya makin baik buat kami

ouh ya,selamat mencari lailatul qadar di sepuluh malam terakhir ramadhan ni
jangan jadi macam saya yang tahu sebok nak raya je
mari hargai keindahan ramadhan juga,rugi besar nanti kita

haih,
bila nak pukul 4.45?
saya mahu pulang!

Thursday, 18 August 2011

tersirat

fakta tentang penulis blog ini mungkin ada segelintir yang tahu.nama penuh,jantina,tarikh lahir,bla,bla,bla,bla
yang tersirat?mungkin yang paling dekat pun tak tahu. Maklumlah,orang lahir bulan November ni 'chameleon',flexible ikut keadaan. Jadi susah orang nak baca perasaan sebenar.Saya sentiasa jadi diri saya tapi mudah flexible dengan keadaan sekeliling.Mudah berkawan dan mudah juga maafkan lawan

entry paling 'self centered',bercerita tentang diri sendiri yang mungkin buat orang rasa mual.
tak apa,cuma marilah kenali siapa saya supaya anda tak cuma lihat saya dari tulisan di layar ini.

Saya secara tersiratnya ialah manusia paling sukar difahami.Kadang kadang saya sendiri salah faham dengan  diri sendiri. Contohnya saya marah seseorang tu yang kesalahannya dia sendiri tak sesali tapi dalam masa yang sama saya kesiankan dia. Lumrahnya,kalau kita marah benci kita dendam. Dendam mungkin tidak,tapi sakit hati. Yang saya kurang faham, ada rasa belas kasihan yang buat saya simpati tentang nasib orang yang saya benci itu dan susah payah fikir apa perasaan dia sedangkan orang itu terus terus menghina,mengkeji kita. 
Sukar untuk dimengerti,bukan malaikat tapi kekurangan yang selalu buat saya sakit sendiri.


saya pendiam dan berat mulut bila berdepan kenalan baru. Saya lebih meriah menaip dari bercakap, tapi bila anda kenal saya dan rapat,anda mungkin bakal suruh saya berhenti bercakap. Dari kecil lagi, memang kuat bercakap sampai satu taman nenek saya tahu bila saya pulang ke kampung. Dari pagi sampai ke malam ada saja cerita nak dikesahkan. Mama pun kadang kadang tak larat nak layan,sabar je la ma. Cakap telefon?saya tak pernah cakap sekejap dengan orang yang saya suka borak. Nasiblah orang yang kahwin dengan saya tu. Dia pun kuat bercerita, sebab tu kami tak pernah tak bersembang.
Anak esok ganti kak Ogy kot takpun jadi dj radio,haih.



saya  ni sebenarnya kekok dengan lelaki termasuk ayah saya sendiri dan yang terkecuali hanyalah si tunang. Kekok dengan baba mungkin sebab kami tak tinggal sebumbung dan sejujurnya memang insan bernama lelaki yang paling rapat dengan saya selain arwah aki jatuh kepada ijan. Memang rapat,dia abang,dia kawan,dia musuh,dia ayah,dia buah hati.semua pun dia. Kawan lelaki?ramai tapi saya bukan jenis perempuan yang senang berkongsi masalah dan rahsia dengan kaum ini. sebab itu yang terkecuali tu mendapat takhta,sebab saya selesa dengan dia.


apa lagi yang tersirat?oh ye,sebagai si kala jengking saya memang seorang manusia yang ada intuition yang kuat. Instinct saya,snif sniff selalu betul. Eh,tak riak tapi kebetulan selalunya betul. Perception saya terhadap orang,first impression saya biasanya betul. Kalau saya rasa kureng sikit dengan certain people tu mereka biasanya memang agak mendatangkan masalah pada saya di kemudian hari.Saya pula sebagai manusia sukar difahami walaupun rasa tak best aura orang tersebut,masih juga gatal nak berkawan. Sudahnya,saya kena marah dengan si tunang sebab terjebak dengan golongan 'hati tidak sihat'.


saya tak boleh kawal volume suara saya. Orang selalu tak dengar kalau saya bercakap,kata mereka pelan sangat suara saya. Tapi bila saya tegas nak bersuara,saya kuatkan volume..dah,jadi tinggi suara pulak. Dah..orang ingat saya menengking pulak. Kadang kadang saya tak sedar suara saya pelan,dekat tempat tempat official saya akan tone down kan suara sampai bila saya bercakap jadi macam berbisik. Boss saya pulak memang  suara pelan juga jadi masing masing tak dengar apa yang dimeetingkan.


apa lagi ye kepelikkan dan kekurangan diri ni.ouh ye, saya kanchong.  Tau tak kanchong tu apa?menggelabah!tapi belum tahap teruk macam scha dalam awan dania yang langgar katil,itu ini semua tu. Tapi memang saya tak boleh under pressure nanti kanchong tak sudah la jawabnya. Nasib baik hari bertunang tu saya tak kanchong sangat,kalau tak mungkin tersadung kain sendiri. Orang yang suka mengusik ke'kanchong'an saya mestila si lesung pipit yang memang kuat menyakat tu.Dia suka tengok saya kanchong,tak boleh ke suka menda lain?isyh!




saya..erm..saya..hati tisu! sungguh tak suka dengan kenyataan ini. There's a good thing la for being sensitive sebab you tend to listen bukan kat hati sendiri saja tapi hati orang lain juga. Tapi mudah mengalirkan airmata tu tak seronok la,saya tak boleh orang tinggi suara dengan saya or saya sedang meninggi suara dengan orang. Dua dua boleh progress air mata. How to looked firm if you cried while letting go of your anger? sangat tak cool. Tapi saya ada satu theory, setiap masalah dan sakit hati saya keluar dengan air mata tu. That's why saya senang rasa better everytime i let go of my emotion. Marah tu takkan lama.




sedikit sebanyak entry angkat bakul yang saya ambil berhari hari untuk selesaikan dalam draft. Sebab,setiap manusia akan ada rasa sukar bila menyentuh diri sendiri kan?bila nak mengaku kekurangan diri kan? tapi trust me, to be honest of yourself and to let go of the 'Loser' in you makes you grow into a better person
Be proud of your flaws and take charge of your own emotion. Jangan rasa diri cukup baik sampai tak ada ruang untuk betulkan diri.
Itu jadikan kamu parasit diri sendiri














Monday, 15 August 2011

rindu yang tak sudah

haih
rindu yang takda penghujung
jumpa boleh kata hari hari
tapi rindu lagi,dah kenapa

pergi office naik tren
hantar morning messsage
wake up call
dengar suara orang mengantuk
haih,rindu

balik office,jumpa dia
balik rumah,berbuka
sampai waktu dia balik
haih,rindu

jalan jalan,dalam kereta
borak borak gelak gelak
turun kereta,salam
dia kata 'love u dear'
'love u too,assalammualaikum'
masuk rumah
ok,rindu
tak sampai setengah jam
dia telefon kemudian borak borak lagi
letak telefon
rindu lagi

penyakit rindu makin teruk
dulu memang teruk
tapi sekarang makin menjadi

indah rasa rindu ni
makin lama makin indah
dah nak dekat diijab ni lagi bertambah
biarlah nak rindu
biar ada kupu kupu dan excitement
barulah indah masjid kita nanti

kalau tak saya terbang jauh
mula mula ke NZ
terus orang tu kata,mari kita kawin before you fly
tapi tak nak lah macam tu
tak sanggup tinggal yang dah bernama suami
maka bertunanglah kami

tak jadi NZ,nak dihantar ke singapore
ok,dekat sikit
nanti skype skype,boleh balik juga selalu
tapi Allah tu tahu yang terbaik
saya berat hati nak pergi
dia pun berat hati nak bagi
akhirnya takdir meletakkan saya di sini
masih dekat dan makin dekat

kalau dekat rindunya masih kuat
kalau jauh macam mana?
jangan risau ye,
takkan tinggal awak
saya ada dekat dengan awak
dan bakal makin dekat

rindu rindu kita tu masih ada
nanti cambah cambahkan lah ye

Saturday, 13 August 2011

syukur kau cuma satu

syukur,tunduk,senyum
kerana cuma ada satu..
cuma satu setiapnya

   
                    tuhanku,Allah
                                                                                                                                  agamaku,Islam
                             
         syurga hanya di tapak kaki cuma Mama

                       dari benih satu satunya lelaki,Baba


         dan cuma satu penyinggah hati sang kekasih,Ijan


aku syukur aku bukan tamak
aku senang hatiku ini bersyukur atas hidupku
siapa yang ditentukan berada di jalanku
siapa yang sentiasa ada untuk aku
dan siapa yang kekal di hatiku

satu itu sifatnya setia,berdiri teguh
setiaku cuma untuk setiap satunya itu
lillahi taala

dan setiap satunya lahir dari cinta
cuma satu perkataan
Cinta


Thursday, 11 August 2011

yang terakhir ;)

c h a n g e-m e-g o o d

why he makes my heart grow fonder everyday,every upcoming year,every single time?
cause he gives me reason to move forward to be a better me
i don't give a damn of what people think cause i know he's good enough,more than good for me

pertama,at the very first time
he changed me good secara emosi
dulu saya tak ada emosi emosi cinta ni
maksud saya,saya terlalu laid back
tanyalah orang orang terdahulu
maka mereka akan kata 'kau ubah dia jadi manusia yang ada perasaan'
dulu jealous tak pernah..cool je
nak merajuk?simpan dalam hati je
jadi boleh saya kata he scooped the emotion i should screamed out for like 18 years back?

kedua,
dia buat saya jadi orang yang lebih kuat
dia marah saya bagi muka kat orang
dia ajar saya that being too nice is going to kill you later
and he prove me right
dia buat saya belajar semua itu.
dia push saya jadi orang yang menegakkan hak nya
ajaran kendiri yang paling saya hargai


ketiga,
bercakap
dia menukar saya dari orang yang agak diam
kepada yang agak meriah
jadi saya belajar untuk buang perasaan malu
bukanlah buang malu yang patut
tapi malu dan segan dengan orang
social skill

keempat,
dia ajar saya harga seorang wanita
saya lihat betapa dia jaga seorang wanita
jadi pelindung like an armor shield
dia buat saya faham lelaki akan hormat wanita yang dia sayang
dan jaga kehormatannya semampu daya

kelima,
dia ajar saya tentang hidup seorang lelaki
saya memang jauh dengan kaum ini
jauh dari ayah,abang
jadi tidak dapat baca dan nilai sisi mereka
dia bawa saya dalam ups and downs
bersama seorang lelaki
jadi saya belajar untuk hidup dengannya

ada yang salah paham kami adik beradik
ada yang sangka kami ni pernah jadi kawan baik
ada yang nampak kami bergaduh
ada yang ingat kami sentiasa kukuh

yang saya lihat kami kuat
sebab jatuh bangun sama
gaduh pekik tetap sama
kongsi masalah sama
cinta,kawan,musuh
semua berdua

jodoh tetap di tanganNya
tapi berdua sudah pun lengkap,apa lagi?

boleh faham sakit pening,boleh baca fikiran masing masing
boleh gaduh macam nak mati,dan tenang sesaat kemudian
boleh tahan pekik jerit,boleh cerita apa saja
boleh tahan buruk baik,boleh tahan pedih herdik
boleh buang dendam.boleh hibur hati
kami jadi 100 peratus diri sendiri

tak mungkin seakrab dan sekamceng ini dengan yang lain
sebab itu saya bersyukur,terlalu bersyukur

enam tahun
apa pun pernah jadi
he changed my world completely
sejak pertama kali



terima kasih kekasih



Monday, 8 August 2011

go tigers!

woooo..semangat cinta Malaysia.eh,mestila unless terasa diri tu mat saleh sangat kan?kan?
mungkin cerita bola dah basi tapi baru nak update ni. sumpah bulan lepas memang bulan cintakan bola
saya dan si lesung pipit semangat sokong skuad harimau.kalah or menang belakang kira!aumm!

28 JULY 2011
malaysia vs singapore
memang puas hati tengok kat stadium.90 ribu penyokong,memang gamat!
sangat puas hati bila dapat boooo singapore
even kalah at least Malaysia win it with pride
tak macam singapore yang cuba nak menang best actor kat padang,haih!

inilah adik bujang saya dan cik fara sukor yang malu malu nak jerit kuat kuat macam saya!hahah..si kecik ni kena heret sana sini dengan abg dia. Nasibla lesung pipit, tu belum kita buat combination dengan wawan.hahaha

eh,eh..jersey kita sama la.Bau kedai la.Cerita pasal jersey,si budak bertuah ni buat surprise pasal baju ni.Dah redha dah nak pakai jersey malaysia lama tiba tiba at the very last minute ada orang kasi surprise daaa.
Tu la dia,muka je garang,hati memang manis.Thank you dear!

haaaa..yang ni rombongan safee sali di TBS. Semangat tetap semangat!
kalah pun aumm!




21 JULY 2011
Chelsea vs Malaysia
uik?minat chelsea ke?haaa..yang ni atas tuntutan hasrat hati si bulat haqeem.
 Sebab kami ni kakak and abam mithali kenalah teman dia.redho sajelah
the game was seriously good,way more better played team than Harimau Malaya
walaupun kalah,1-0 je kot..chelsea kot!


on the wat to BJ,yng kat belakang tu terpaksa pakai baju Malaysia tapi dalam hati ada Chelsea!hahah

abang Farizal marlias..eh,bukan.Farizal Zakaria.Dia dah buat muka kembang dia everytime saya,Leyya dan haqeem buat buat jakun tengok Farizal Marlias tangkap bola tapi dia main memang superb kot..abg farizal,abg farizal!!!!!;p


ni Leyya and Fariz dengan si Bulat Gambar ni penuh dengan ciri ciri game card happy family tu.Lagi lagi muka ko Leyya! Papepun memang happening lele jerit dengan ko,walaupun Torres tak pandang kita tapi suara aku hilang sebab ikut kau terjerit jerit panggil Torres.



Bola yang bulat. Tapi sangat puas hati dapat tengok kat stadium, seriously our national team did a good job for both game..rezeki je tak ada. First experience ever tengok bola kat stadium dengan si lesung pipit,habis terkeluar semua kejantanan Jasmin. Sorry sayang,i tak boleh control memang semangat berkobar sikit.
Tu belum you yang main (ayat pancing hati semula).
Thanks dear, for your susah payah!
among all of the tigers..you still favourite football player i,no worries!
aauuuuummmm!

kehadapan hati

assalamualaikum hati,

hari ini kau senang bukan?
aku syukur bila kau sihat begini
kau jangan layu patah lagi
kau perlu kuat
aku akan pastikan jalan depan indah nanti

hati,
kau jangan ada marah
kau jangan simpan dendam
kau perlu bersih,perlu tenang

jangan biar mulut bicara pedih
jangan biar dia sakitkan hati lain
kau tahu kan kau sudah ada pasangan sekarang?
hati itu kau pelihara lah
hati itu kau biar dia senyum
hati itu bakal buat kau senang
sekarang pun hati itu buat kau rasa indah kan?

hati,
jangan menangis lagi
aku janji kau takkan sedih lagi
hati itu akan jaga kau
sampai akhir waktunya
syukurlah hati
senyumlah hati

kau cantikkan dirimu hati
kau indahkan budimu hati
kau cekalkan sifatmu
biar akal mu makin bijaksana

hati,
kau jangan biar dinoda titik hitam
biarlah orang sakitimu
tapi jangan kau dikabut gelap
maaf itu ubat buatmu

hati,
kau deguplah kasih untuk hati itu
kau kekalkan sayang untuk hati itu
kau taati hati itu,kau jaga hati itu
kerana hati itu bakal bersatu denganmu

sekarang kau rasa degupnya dekat
sekarang kau rasa hadirnya
tapi nanti kau hidup dalam satu
aku janji itu bahagia buatmu

Saturday, 6 August 2011

the ONLY exception

When I was younger I saw my daddy cried and curse at the wind.He broke his own heart and I watched as he tried to reassemble it.And my momma swore that she would never let herself forget.And that was the day that I promised I'd never sing of love if it does not exist.
But darling,You are the only exception.You are the only exception.You are the only exception.You are the only exception.

Maybe I know somewhere deep in my soul that love never lasts.And we've got to find other ways to make it alone.Or keep a straight face.And I've always lived like this keeping a comfortable distance.And up until now I've sworn to myself that I'm content with loneliness.
Because none of it was ever worth the risk.

Well you are the only exception.You are the only exception.You are the only exception.You are the only exception.You are the only exception.

I've got a tight grip on reality,but I can't let go of what's in front of me here.I know you're leaving in the morning when you wake up.
Leave me with some kind of proof it's not a dream.

You are the only exception, You are the only exception.

And I'm on my way to believing.
Oh, and I'm on my way to believing. 


                                                                                                                                                                      

Friday, 5 August 2011

kasih Adam

saat kau dilahirkan,seorang lelaki bisikkan iqamah di liang telingamu
saat kau bertatih jalan, seorang lelaki juga yang memimpin tanganmu
saat kau menginjak remaja, seorang lelaki juga yang buat kau getar dada
saat ini bila kau jatuh kecewa
kenapa kau kata kau boleh hidup tanpa seorang Adam?

jika Adam tiada,mana kan datang Hawa?
jika bapa mu tiada,mana kan cambah benih di rahim ibumu?
terlalu banyak sinis herdik buat lelaki
kerana segelintir lelaki lupa tentang perih hati wanita
lalu semuanya terpalit dek kerana salah yang satu

kromosom kita berbeza lelaki
darah kita?sama
kadang aku juga marah,herdik,lemas denganmu Adam
kerana mudah lupa,senang hanyut arus dunia

tapi jauh di sudut hati,aku kagum
kagum kerana kau mampu memimpin
mampu sembunyi rasa malu,takut,sedih
sebalik ego seorang lelaki
kau tak kalah dek emosi
kau tak takut kalah
aku mengalah,kau kaum yang kuat
naluri dan zahirnya


aku hidup bukan untukmu
tapi Tuhanmu
tapi hati ini tercipta untuk seorang  Adam
mengasihi dan mengharapkan Nur dari seorang Adam
dan aku pasti aku lahir dari rusukmu Adam

Kau untuk dihormati
Kau untuk dikasihi
Kau untuk ditaati
jika kau mahu jadi sang lelaki terhebat
kau hormatilah Hawa
kau kasihilah Hawa
Kau bimbinglah Hawa

kerana kami dari rusukmu
untuk berdiri di sebelahmu,medampingmu
bukan di kaki untuk dihambakan
bukan di atas untuk menghambamu
bukan di belakang untuk mengejarmu
tapi di sisi untuk jadi teman hayatmu

aku seorang Hawa
bisa hidup atas kaki sendiri
tapi tidak pula aku mampu bernafas
 tanpa kasih seorang Adam

Baba,terima kasih kerana kau Adam yang beri nyawa padaku
Sayang,kau aku harap cinta Adamku yang terakhir..

Tuesday, 2 August 2011

yang cantik,yang jelik,yang hodoh,yang tampan

subjektif,terlalu subjektif
tapi itu untuk rupa paras.fizikal
what about inner beauty?perangai?
itu bukan subjektif
kalau anda waras pasti boleh beza buruk baik kan?

biarlah rupa tak cantik
badan tak tegap
tapi hati..subhanallah cantiknya

biar orang kenal kita kerana sifat dalaman kita
beauty is only skin deep
mati,dimakan tanah juga
tapi budi baik dikenang jua
pantun pulak..

tapi kalau rupa menawan
perangai pun menarik
memang terbaiklah..satu bonus orang kata
jadi kalau ada rupa,hati jangan jelik

kalau yang tak ada rupa hati jelik
macamana?
lagilah tak cantik
jadi kalau nak nampak cantik
bukan pegi makeup tebal tebal,contact lens 15 colour
tapi cantikkan hati dan peribadi

mudah hidup ni kalau ada prinsip nak cantikkan hati
kurang dosa,kurang penyakit dengki

contoh senang
mana jadi pilihan hati?
lelaki jambu tapi hati setan atau lelaki biasa biasa tapi hati baik?
tepuk dada tanya hati,bukan selera

kalau muka hensem hati pun kacak
Alhamdulillah ;)
barulah kachak luar,kachak dalam
tak gitu?

saya rasa bulan bulan baik ni sesuai sangat nak bentuk hati
kadang kadang kita rasa kita baik
tapi tak cukup baik sebenarnya
jadi jadilah yang paling baik

yang penting jadi diri sendiri
ikhlaskan perbuatan
kalau perangai yang tak elok tu
tak payahlah diikhlaskan bagi kat orang pula
hurm,
belajarlah jadi diri sendiri
dan jadi lebih baik untuk diri sendiri
bukan untuk orang lain

tak perlu kita gembar gembur kebaikan kita pula
kalau ikhlas,natural orang pun tahu
tak perlu susah susah kalutkan diri
saya sendiri pun tak cukup baik
jadi saya nak usaha ada hati yang cantik

dendam harus dibuang,hati harus tenang ;)
manusia kan bukan malaikat tapi usahalah untuk sempurna

Monday, 1 August 2011

ramadhan terakhir saya bujang

Alhamdulillah bertemu lagi dengan ramadhan
1 Ramadhan datang penuh bahagia untuk saya
saya harap puasa kali ini berkatnya tak tertanding

baru satu hari puasa,maaf.. setengah hari
saya dah terngiang ngiang lagu raya
semangat macam ni memang sebati dengan jasmin
maklumlah baju raya da beli,haih

Ramadhan sentiasa bawa kegembiraan untuk saya
apa yang paling saya ingat
saya dan dia juga dikurniakan hadiah terindah di bulan Ramadhan
bulan mulia ni la yang menyatukan kami
hopefully berkatnya sampai akhirat

6 Ramadhan kami bersama
dan kali ini sudah diikat pertunangan
ramadhan ini,yang terakhir berstatus cik
tahun depan,dah berdua :)

saya dan dia tak pernah terlepas peluang berbuka sekali
biar dia di Penang,tapi ada juga jodoh kami berbuka sama

macam macam kenangan di Ramadhan
kalau tak berkelahi dekat bazar tak sah
sorang tak boleh nampak makanan semua nak beli
sorang lagi dah nampak makanan tak larat dah nak jalan
nak grab and tunggu terus atas meja

kelakar tapi manis
sangat manis lagi lagi kat unikop dulu
sahur sama,berbuka sama
walaupun duit kita cukup cukup makan
tapi makan apa pun dah sedap dah asal berdua
rindu..

ramadhan 2011..

semoga kita semua dapat hidayah dalam Ramadhan ni
buang yang keruh,ambil yang jernih
maafkan saya jika pernah mengasari hati sesiapa
semoga Ramadhan kali ini memutihkan hati kita
buanglah hitam keji dari diri


ramadhan terakhir seorang bujang
nikmat ramadhan pasti lebih indah nanti
saya patut bersyukur untuk hadiah ramadhan terindah saya
ramadhan 2005 saya kepunyaan mohd farizal zakaria