"a compliance auditor, an event planner, a full time wife of MF and a mummy to little adinda "

-mJ


Saturday, 23 July 2011

sonia dan jalok (I)

tersebutlah kisahhhhh~
ok,tak perlu sampai bersyair ye kat sini.
Dulu,satu waktu dulu,dua manusia ditakdirkan Allah untuk bertemu.Bagaimana mereka bertemu?
waktu tu sonia baru anak anak lepasan sekolah,18 tahun..dan Jalok pula,masih muda remaja,20 tahun. Belajar di kolej yang sama, tapi mereka tidak mengenali satu sama lain pada awalnya.
Si Jalok perhati Sonia..dari jauh
Si Sonia nampak Jalok,dekat..tapi dia tak kenal

si Jalok sapa si Sonia,sekadar mengusik dia dan temannya.Sonia cuma sengih
Si Sonia berkawan sana sini,si Jalok lihat saja..tetap dari jauh
ada yang mahu rapat dengan si Jalok,tapi dia sekadar berkawan
masih lagi terus perhati gelagat si Sonia
tapi Sonia belum sedar hadir Jalok

Sonia ke hulu ke hilir dengan teman teman
dia sendiri tak pasti
ada cuba hulurkan salam,ambil hati,teman ke sana ke sini
tapi zahirnya dia memang rapat dengan mereka
dalam hati?
dia tak rasa sekelumit pun perasaan itu
sekadar senang bersahabat mungkin

Satu waktu,tiba saat Tuhan mahu pertemu dua manusia ini
Saat itu Jalok sendiri,tiada hiruk pikuk teman teman
Sonia pula sedang lelah cari jawapan sambil berjalan
dia nampak Jalok,dia ketawa.
Lelaki itu hari ini sendiri,tak ada teman mahu mengusik,bisik Sonia pada temannya.
 Dia terus berjalan.
Tiba tiba, telefon gadis ini berdering. Missed call
Dia toleh belakang,Jalok senyum sipu sipu
Sonia ketawa. 'Ouh mamat ni ada number aku'
Dia dan temannya,mahu korek rahsia
Mereka kira Jalok tahu tentang jawapan dicari Sonia

Itu saat pertama,Sonia dan Jalok bercakap dan bertentang mata
Aneh,bagi Sonia si Jalok aneh.
Lelaki itu sangat takut mata mereka bertemu
ada sesuatu yang misteri.
Dari detik itu Jalok mula mendekati Sonia
Sonia lihat Jalok mahu berkawan,
tak terlintas lelaki itu selalu perhatikannya

Jalok dan Sonia semakin akrab
Sonia masih dengan teman temannya
tak sedar,dia guris hati sesiapa
Jalok sentiasa ada untuk dia
sentiasa.

mereka cuma berhubung di telefon
Sonia sangka Jalok anggap dia cuma teman
dia juga senang ada teman sebaik Jalok
Jalok protective
Jalok kelakar
Jalok jaga Sonia
Jalok ada untuk bantu Sonia
tapi dia kira Jalok cuma mahu jadi kawan yang baik

kadang kadang Sonia risau
dia risau sebab dia ada satu perasaan.Aneh
tapi dia diamkan
si sahabat yang lain sudah rasa kelainan Sonia
dia nampak keakraban Sonia dan Jalok
dia soalkan,dia luah apa rasa hatinya
kerana dia tak yakin lagi Sonia sudi

Sonia diam. Dia sendiri terkejut bila teman teman nampak apa yang dia buta
dia tulikan telinga
tapi di dalam, dia tahu ada satu rasa yang dia simpan

Jalok,diam
sedikit goyah dan tidak yakin
masih buntu tak mahu sakitkan hati sendiri
kerana dia juga takut

hampir ke hujung semester
assignment sudah bertimbun,Sonia sibuk mencari keinginan hati
dia lalai,sedikit alpa dengan dunia sebenar
dia minta Jalok bantu
jadi lelaki ini,hulurkan laptop untuk Sonia pinjam

ya,sekali lagi Tuhan berikan jalan untuk hati mereka
mahu buka laptop Jalok,kata kuncinya err.. rahsia
si Sonia dan temannya sibuk meneka
cuba cari nama girlfriend,nama itu ini
masih gagal.
si Jalok kalah
dia bersuara.kata kuncinya..nama Sonia

Sonia terpaku.bisu tapi hati tersenyum
tapi masih bimbang,kerana bagi dia sebelum ada akuan hati
maaf,semua mungkin cuma mainan perasaan

sonia diam
Jalok sedikit terbuka tapi masih belum jelas
mereka masih sembunyi

Sonia mengadu pada kawannya
katanya,dia sudah tahu jawapan hati
mungkin tiada siapa sangka itu jawapannya
tapi dia sendiri ragu ragu
masih ragu ragu

si teman jumpa Jalok
ceritakan apa kata Sonia
itu beri Jalok kekuatan
mereka jumpa
Sonia berdebar,Jalok juga
waktu sahur,tapi isi perut mereka sebati dengan debar

Jalok luahkan semuanya
Sonia dengar,tapi dia tiada jawapan
mahu kunyah maklumat dan apa saja diluah Jalok
berfikir,buang ragu ragu
kerana jawapan dan soalan sudah bertemu
tapi dia masih berdiam

Jalok gundah,apa kesudahan?
luah sudah diluah
tapi si gadis tetap membisu

Sonia berfikir cuba ingat detik dan setiap perkataan dari Jalok
masih misteri.Jalok takut bertentang mata dengannya
Jalok kata dia sudah lama perhati Sonia,sudah lama ada nombornya
tapi dia tunggu waktu.dia pilih untuk diam
sabar..sabar Jalok buat Sonia kagum

Jalok tidak boleh tunggu lagi,dia mahu jawapan pasti
dia telefon Sonia
Sonia sedia dan dia kata,
'lagu pupus tu memang tak pernah untuk awak'
Jalok senyum
Sonia lega
mereka tahu ini permulaan kisah mereka




bersambung..



2 comments:

  1. jolok dgn sonia??
    nice name ! ekekekee!
    cpt2 smbung !tak saba! ;D

    ReplyDelete