"a compliance auditor, an event planner, a full time wife of MF and a mummy to little adinda "

-mJ


Saturday, 23 July 2011

sonia dan jalok (I)

tersebutlah kisahhhhh~
ok,tak perlu sampai bersyair ye kat sini.
Dulu,satu waktu dulu,dua manusia ditakdirkan Allah untuk bertemu.Bagaimana mereka bertemu?
waktu tu sonia baru anak anak lepasan sekolah,18 tahun..dan Jalok pula,masih muda remaja,20 tahun. Belajar di kolej yang sama, tapi mereka tidak mengenali satu sama lain pada awalnya.
Si Jalok perhati Sonia..dari jauh
Si Sonia nampak Jalok,dekat..tapi dia tak kenal

si Jalok sapa si Sonia,sekadar mengusik dia dan temannya.Sonia cuma sengih
Si Sonia berkawan sana sini,si Jalok lihat saja..tetap dari jauh
ada yang mahu rapat dengan si Jalok,tapi dia sekadar berkawan
masih lagi terus perhati gelagat si Sonia
tapi Sonia belum sedar hadir Jalok

Sonia ke hulu ke hilir dengan teman teman
dia sendiri tak pasti
ada cuba hulurkan salam,ambil hati,teman ke sana ke sini
tapi zahirnya dia memang rapat dengan mereka
dalam hati?
dia tak rasa sekelumit pun perasaan itu
sekadar senang bersahabat mungkin

Satu waktu,tiba saat Tuhan mahu pertemu dua manusia ini
Saat itu Jalok sendiri,tiada hiruk pikuk teman teman
Sonia pula sedang lelah cari jawapan sambil berjalan
dia nampak Jalok,dia ketawa.
Lelaki itu hari ini sendiri,tak ada teman mahu mengusik,bisik Sonia pada temannya.
 Dia terus berjalan.
Tiba tiba, telefon gadis ini berdering. Missed call
Dia toleh belakang,Jalok senyum sipu sipu
Sonia ketawa. 'Ouh mamat ni ada number aku'
Dia dan temannya,mahu korek rahsia
Mereka kira Jalok tahu tentang jawapan dicari Sonia

Itu saat pertama,Sonia dan Jalok bercakap dan bertentang mata
Aneh,bagi Sonia si Jalok aneh.
Lelaki itu sangat takut mata mereka bertemu
ada sesuatu yang misteri.
Dari detik itu Jalok mula mendekati Sonia
Sonia lihat Jalok mahu berkawan,
tak terlintas lelaki itu selalu perhatikannya

Jalok dan Sonia semakin akrab
Sonia masih dengan teman temannya
tak sedar,dia guris hati sesiapa
Jalok sentiasa ada untuk dia
sentiasa.

mereka cuma berhubung di telefon
Sonia sangka Jalok anggap dia cuma teman
dia juga senang ada teman sebaik Jalok
Jalok protective
Jalok kelakar
Jalok jaga Sonia
Jalok ada untuk bantu Sonia
tapi dia kira Jalok cuma mahu jadi kawan yang baik

kadang kadang Sonia risau
dia risau sebab dia ada satu perasaan.Aneh
tapi dia diamkan
si sahabat yang lain sudah rasa kelainan Sonia
dia nampak keakraban Sonia dan Jalok
dia soalkan,dia luah apa rasa hatinya
kerana dia tak yakin lagi Sonia sudi

Sonia diam. Dia sendiri terkejut bila teman teman nampak apa yang dia buta
dia tulikan telinga
tapi di dalam, dia tahu ada satu rasa yang dia simpan

Jalok,diam
sedikit goyah dan tidak yakin
masih buntu tak mahu sakitkan hati sendiri
kerana dia juga takut

hampir ke hujung semester
assignment sudah bertimbun,Sonia sibuk mencari keinginan hati
dia lalai,sedikit alpa dengan dunia sebenar
dia minta Jalok bantu
jadi lelaki ini,hulurkan laptop untuk Sonia pinjam

ya,sekali lagi Tuhan berikan jalan untuk hati mereka
mahu buka laptop Jalok,kata kuncinya err.. rahsia
si Sonia dan temannya sibuk meneka
cuba cari nama girlfriend,nama itu ini
masih gagal.
si Jalok kalah
dia bersuara.kata kuncinya..nama Sonia

Sonia terpaku.bisu tapi hati tersenyum
tapi masih bimbang,kerana bagi dia sebelum ada akuan hati
maaf,semua mungkin cuma mainan perasaan

sonia diam
Jalok sedikit terbuka tapi masih belum jelas
mereka masih sembunyi

Sonia mengadu pada kawannya
katanya,dia sudah tahu jawapan hati
mungkin tiada siapa sangka itu jawapannya
tapi dia sendiri ragu ragu
masih ragu ragu

si teman jumpa Jalok
ceritakan apa kata Sonia
itu beri Jalok kekuatan
mereka jumpa
Sonia berdebar,Jalok juga
waktu sahur,tapi isi perut mereka sebati dengan debar

Jalok luahkan semuanya
Sonia dengar,tapi dia tiada jawapan
mahu kunyah maklumat dan apa saja diluah Jalok
berfikir,buang ragu ragu
kerana jawapan dan soalan sudah bertemu
tapi dia masih berdiam

Jalok gundah,apa kesudahan?
luah sudah diluah
tapi si gadis tetap membisu

Sonia berfikir cuba ingat detik dan setiap perkataan dari Jalok
masih misteri.Jalok takut bertentang mata dengannya
Jalok kata dia sudah lama perhati Sonia,sudah lama ada nombornya
tapi dia tunggu waktu.dia pilih untuk diam
sabar..sabar Jalok buat Sonia kagum

Jalok tidak boleh tunggu lagi,dia mahu jawapan pasti
dia telefon Sonia
Sonia sedia dan dia kata,
'lagu pupus tu memang tak pernah untuk awak'
Jalok senyum
Sonia lega
mereka tahu ini permulaan kisah mereka




bersambung..



seindah ini

malas bercerita,mari berimaginasi











idea sedang mencurah curah ke ladang gandum
mahu seindah ini,tapi of course at a reasonable price
tidak mahu makan tercekik tulang ikan kering pula gara gara nak meriah!haha
yang penting akadnya ye..;)

Thursday, 14 July 2011

hello,I LOVE YOU

I've been alone with you Inside my mind .And in my dreams I've kissed your lips a thousand times 
I sometimes see you pass outside my door 

Hello! 
Is it me you're looking for? 
I can see it in your eyes .I can see it in your smile 
You're all I've ever wanted .And my arms are open wide 
Because you know just what to say .And you know just what to do 
And I want to tell you so much 
I love you 

I long to see the sunlight in your hair 
.And tell you time and time again how much I care 
Sometimes I feel my heart will overflow
Hello! 
I've just got to let you know 
Because I wonder where you are .And I wonder what you do 
Are you somewhere feeling lonely? 
Or is someone loving you? 
Tell me how to win your heart for I haven't got a clue 
But let me start by saying
 I love you

Tuesday, 12 July 2011

takut?

takut,perlukah kita ada perasaan takut sesama manusia?
perkataan yang lebih sesuai ialah HORMAT
bagi saya hormat itu lah yang kita tafsirkan sebagai takut
yang harus kita takut hanyalah Allah s.w.t

isu ini isu apa?
beberapa hari ini satu kenyataan berlegar dalam fikiran saya
saya pernah disuakan dengan perkataan TAKUT
kata hamba Allah tersebut,
tunang saya yang ketika itu masih berstatus teman lelaki
takut kepada saya..

ye,takut
musykil akan statement tersebut
saya terfikir,garangkah saya untuk digeruni?
tegaskah saya untuk ditakuti?
haih..bagi yang BETUL BETUL kenal saya
anda pasti tergelak dengan statement ini
sedangkan adik saya sendiri tak takut dengan saya

akibat terlalu confuse dengan diri sendiri
saya bertanya dengan jujurnya kepada si lesung pipit
dan ini jawapan kepada persoalan terbabit,
katanya,dia tidak takut dengan saya cuma takut kehilangan saya

iya,itu lebih boleh diterima
kerana itu juga yang terlintas di hati saya
saya takut kehilangan dia

saya rasa hamba Allah tersebut confuse antara takut dan hormat
bagi saya setiap manusia yang ada persaan kasih dan sayang
dan cintakan seseorang pasti ada rasa hormat terhadap pasangannya
saya sendiri tidak takut dengan si dia
tapi saya hormatkannya,hormatkan perasaannya dan takut tercalarkan hatinya

begitu juga dengan apa yang difahamkan si lesung pipit
takut kehilangan
 apabila kita takut silaturrahim dan hubungan kita retak
kita akan ada sifat hormat

misalnya,
kerana sayangkan ibu
kita hormatkannya,bukan takut
bila dia marah kita pasti mahu jaga perasaannya
tetapi kadang kadang kita mahu juga tegakkan diri
kerana sifat kita pada dia ialah hormat
bukan takut

apabila anak anak dimomokkan untuk takut dengan ibu bapa
si anak tiada hormat dan akhirnya cuma memberontak
melepaskan diri dari ketakutan

hormat itu kuncinya
saya pasti dalam relationship
kita ada perasaan hormat sesama kita
sifat ini yang buat kita menjaga perasaan hati masing masing
walaupun kadang kadang kita bertegang urat
tapi hormat itu ada kerana
bila cinta ada,hormat pasti timbul

sifat ini yang membuatkan
kita kadang kadang coverline
untuk jaga air muka,untuk jaga perasaan
masih timbul semua perasaan jaga hati
tetapi bukanlah hormat maksudnya menipu

bila timbul hormat kita akan lakukan yang terbaik untuk hubungan tu
dan sanggup brkongsi pahit jerih dan suka tawa sama sama

saya sendiri ada sifat buruk
suka melawan dan mengakkan diri sendiri
jika saya takut saya akan berdiam diri
tapi walau saya menegakkan diri
saya hormati orang orang tersayang
jadi tegang urat tak pernah berlarutan
kerana jujurnya saya sayangkan mereka
melebihi diri saya sendiri
dan saya takut kehilangan mereka

jadi kepada mereka yang masih belum tahu beza hormat dan takut
saya syorkan anda pelajarinya dengan hati