"a compliance auditor, an event planner, a full time wife of MF and a mummy to little adinda "

-mJ


Wednesday, 11 May 2011

si lesung pipit itam manis

hari ini saya akan bercerita tentang SEBAB
orang kata bercinta tak perlu bersebab
kalau kita ikhlas sayang someone kita mesti takda alasan kukuh kenapa kita sayang dia
betul tak?cuba fikir

kalau bersebab tu kira macam nanti satu masa love tu akan mati
paham kan?
tapi tak salah kalau seseorang tu jadi special kat mata kita diSEBABkan diri dia
yang takda pada orang lain,ataupun cara dia treat kita yang memang kita je paham kenapa kita suka

hurm,mak dah kata cinta ni rumit
easily misunderstood,easily failed

tapi untuk saya,ada lah seorang budak ni dia berjaya lah membuat saya suka dia tanpa SEBAB
bila orang tanya kenapa pilih dia,kenapa suka dia..saya ambil masa 55minit untuk jawab
dan akhirnya saya jawab sebab dia tu dia la..
haih dia ni..

faktor faktor awal saya jatuh hati
dia ni kan ego bapak tinggi,kira kalau dia betul betul suka tu payah semenanye dia nak ngaku
take time..kalau dia senang sgt ckp suka tu,dia tak berapa nak suka smenanya
jadi untunglah saya jadi orang yang dia malu malu tapi mahu..saya lagi suka lelaki macam ni

kemudian,budak ini ada satu perangai.sifat 'aku kan abang'. kadang kadang saya penat nak melayan.tapi saya sangat suka lah dia ada responsibility..dia jenis orang yang akan bertanggungjawab untuk kesalahan dia dan takkan simply take anyone for granted.saya suka sifat ni,tapi ada satu time je saya rasa takpelah kot kalau tak kesian kat orang pun.

pastu dia ni garang..boleh saya kata saya suka dia garang?
mulut dia maen lepas je,dia marah pon suka hati dia
tapi dia marah kejap,pastu bila marah tu dia nampak cool
apa kejadah marah nampak cool?
tu la masalah mata si pecinta..korang diam

dia ni hurm dia ni..
saya suka tengok dia yang sangat detail
dia akan kemas kereta dia walaupun tengah drive kalau dia nampak habuk,or dia tengok keadaan bersepah
sampai kereta orang pun dia nak lap
sangatla saya rasa nak gelak tengok ketelitian dia..tapi saya tahan je
dan dia ni detail dari segala hal
resit dia simpan,semuanya macam ada sistem
contra la ngan saya yang kadang kadang tak tahu duit rm50 hilang dalam masa sehari untuk apa.


apa lagi?
dia ni kelakar orangnya
kadang kadang dia membahan orang tu tak hagak ok
sangat suka tengok dia gelak
sebabkan dia tak pernah fail buat saya ketawa
keletah sangat
kadang kadang saya rasa nak cubit dia!

lagi satu budak ni kalau bercakap tak payah pakai mic
loudspeaker!!HAHA
takdala saya suka dia cakap kuat kuat
tapi dia ni spontaneous and selambe dia je
sebab tu saya senang ngan dia
saya ni berat mulut
tapi sejak berkawan dgn dia boleh tahan jugak mulut saya

saya suka tengok dia makan
dia makan laju pastu semangat
kadang kadang sampai berpeluh peluh semangat

saya malas nak bagitahu satu menda ni,
tapi saya bagitahu jugaklah
saya suka tengok dia main bola
suka sangat sebenarnya
tak taula dia hebat ke ape ke
tapi saya ni peminat no 1 dia lah dalam diam

dan yang paling dia perasan ialah saya
suka lesung pipit dia
kenapa saya suka lesung pipit dia?
sebab lesung pipit dia makin lama makin dalam
dulu mula mula kenal tak nampak pon
ajaib kan?

baiklah,sudahlah ye
saya pun tak nak terlebih puji dia
itulah alhamdulillah saya bersyukur dapat kenal dia
dan saya boleh terima baik buruk dia
nobody's perfect but somehow i saw the perfection in his imperfection
so that is how we still survive

lepas ni budak ini akan chupp saya
dah banyak yang kami lalui
saya harap the good and bad things we've been through
jadi kebahagiaan kami..
i sayang u lah lesung pipit ;)

1 comment:

  1. wahhh...
    nape comey sgt ayt2 akak?
    huhuu..
    i am happy 4 u..!
    selamat berbahagia kak!

    ReplyDelete