"a compliance auditor, an event planner, a full time wife of MF and a mummy to little adinda "

-mJ


Tuesday, 24 May 2011

menjadi aku

mungkin kau lihat menjadi aku itu mudah
mungkin kau pikir menjadi aku itu indah
tapi kau belum tentu faham betapa jerih jadi seorang aku

mungkin kau lihat senyum aku itu penuh
mungkin kau pikir ketawa aku itu senang
tapi kau belum tentu faham letih jadi seorang aku

jadi mungkin kau perlu syukur
kerana kau jadi dirimu
aku ini terus berdiri kerana aku masih bersyukur aku jadi diriku
dan aku menangkan diri fikir mungkin ada yang lebih tragis hidupnya dari aku

aku takkan mudah kalah
aku juga tak mahu mudah lupa
jadi aku kenang setiap duka
dan hargai setiap gembira

hari ini aku bisa tersenyum
bahagia dan penuh syukur
aku lari terus dari hitam samar semalam
bagi aku hidup bukan untuk jalan ke belakang

tidak,ini bukan hanya cerita cinta dan sakit hati
ini bukan cerita luka cinta
ini cerita hidup aku yang kisahnya pasti laku jika ia sinetron
iya,sepanjang itu
sesukar itu jalannya

dari saat pertama aku melihat bumi Tuhan
hingga saat hari ini air mata sentiasa sudi menemani

kau lihat aku lemah kerana itu?
kau lihat aku layu kerana tangisku?
bukankah menangis itu tanda hidup?
itu lebih baik
kerana aku kuat setiap kali aku menangis
 dan aku tidak pernah canangkan apa kisahku
dan aku tidak pernah hanyut dalam sedihku

biar sedih itu jadi semangat
untuk aku ubah kelam jadi bahagia
biar siksa itu jadi pembakar
untuk aku terus hidup sabar

3 comments:

  1. kak mynn mmg org sastera eh.

    ReplyDelete
  2. dok eh,kak min org pahang ;p

    ReplyDelete
  3. kak mynn leyh wat novel sastera pasnie :)

    ReplyDelete