"a compliance auditor, an event planner, a full time wife of MF and a mummy to little adinda "

-mJ


Thursday, 12 May 2011

coba

kalau kita bercerita tentang hidup kita
kita perlu tahu semua orang ada kisah hidup masing masing
semua orang ada pasang surut dalam hidup

jadi kita tak boleh kata kita punya kisah hidup termalang
atau bangga kita sentiasa bahagia
bila kita senang,ada yang menitiskan airmata
bila kita sedih,mungkin ada yang sedang bertepuk tangan

jadi apa yang kita perlu buat bersyukur untuk setiap satu detik dalam hidup
andai kata hari ini yang terakhir,jadikanlah ianya satu kenangan termanis
andai kata masih ada esok,jangan kita ulangi kesilapan hari ini

dan bila kita diberi peluang untuk bernafas
jangan sesekali berniat untuk cela kan hari sesiapa
sebab tiada manusia yang boleh hidup,bernafas dengan aman
jika dia sentiasa berhati keji dan jadi duri dalam hidup yang lain
cubalah
cuba bahagiakan yang lain
cuba kongsi ketawa
sentiasalah letak diri kita di tempat orang lain
rasa apa hati kita mungkin bicara
jika kita ditakdirkan di tempat mereka

bukan senang berhati suci
tiada siapa sempurna serba serbi
cuma cuba
cuba untuk tidak mati walaupun mata terbuka
kerana jika hidup kita tak pernah puas
tidak pernah bersyukur
tak punya rasa malu dan rendah diri
kita seperti mati sebelum waktunya
itu bukan pilihan terbaik kan?


cuba bersyukur
hargai yang sudah ada depan mata
cuba jadi manusia yang lebih baik saat bangkit setiap hari
bukan terus toleh cari dosa,dan cari seronok dunia

ini tulisan hati sekadar mahu muhasabahkan diri sendiri
dan buat sesiapa yang sudi berfikir untuk ke sejenak kali

No comments:

Post a Comment