"a compliance auditor, an event planner, a full time wife of MF and a mummy to little adinda "

-mJ


Friday, 27 May 2011

kerna kita adalah satu

hari ni 27hb may 2011
genap 10 tahun kita bergelar sahabat
sakit,bangun,jatuh,suka semua kita dah bersama

ingat lagi saat saat awal kita bergelar sahabat
masa tu perhimpunan,kita berlima memang mulut tak pernah diam
bila waktu perhimpunan,deretan kita lah yang jadi tumpuan pengawas
masa tu kita berlima addicted dengan cerita AADC
kononnya sebab mereka berlima,sama dengan character kita
baiklah..

mulai hari tu,orang tau kita berlima memang macam 'sister sister'
dari kebudayaan,sukan,semualah muka muka kita ni yang conquer
bukan dahsyat,tapi dah memang minat
kita baik je kat sekolah
tapi yang nakal kita juga

haih,
dekat perhimpunan habis lagu sekolah kita jahanamkan
dekat toilet kita ponteng kelas semata mata nak gather meluah perasaan
kita memang ngam
kita memang sekepala
masing masing ada character berbeza
tapi kita boleh terima buruk baik kita

kita tahu macamana sekali pun kita sentiasa ada each other's back kan?

bila putus cinta,kita ada kita
bila stress kerja,kita ada kita
bila bergaduh dengan mak ayah,kita ada kita

kita kawan,kita jugak lawan
kita bawa haluan masing masing
tapi kita tak pernah lupa kita masih berlima

kita kawan sampai kapan kan?
kita tetap kawan walau tangan kerepot kan?
kita tetap kawan walau rumah sebesar KLCC kan?
aku harap kita terus tetap kawan

kerna kita adalah satu


 mynn,tam

 leyya

garlic,fie











Thursday, 26 May 2011

hidup berakal

hidup jangan seperti tikus
kau buat salah di belakang
kemudian esok kau nyorok di persembunyian
tinggalkan bau,kotoran dan sisa

hidup jangan seperti anjing
kau menyalak sana sini
tapi hakikat kau dirantai di belakang pagar

hidup jangan seperti kura kura
kau malas bergerak,perlahan
bila ada yang hampir
kau sorokkan diri
berlindung di sebalik tembok diri
pengecut

hidup jangan seperti lembu
kau ditambat
dibagi makan kau makan
disuruh jalan kau jalan
tapi kau sendiri tak tahu
pisau bakal menjeratmu

hidup jangan seperti gagak
kau terbang ke sana ke mari
bising tak berhenti
mahu semua tahu kau wujud di situ
tapi yang kau kutip sampah
yang kau pungut apa?

hidup sebagai manusia
bukan mahu membandingkan dengan haiwan
cuma kita diberi akal
jadi gunakan
itu kelebihan kita,itu bezakan kita dari yang lain

aku juga terperli
ada akal
tapi kadang kadang lupa gunakannya

jadi apa guna jadi manusia?

ada hati ada akal ada harga diri
bersyukur dan nikmati semua itu
jangan pernah lupa guna kurnia seorang manusia

akar

apa tu? bukan akar pokok ok
sila jangan jadi senaif itu
ok,last week giliran kami berchenta di AKAR pula

Akar ni sumpah superb..
first time pergi dan tidak lansung mengecewakan
ada fynn jamal,ada wani ardy,ada semua orang orang yg talented
dan buat kami ternganga dengan kehebatan mereka


ini kira first date kami lepas tunang
macam first date couple rase dia,sumpah!
nak pakai baju apa,nak pakai perfume mana
haih,excited!

akar bagi kami satu tempat yang tenang
kalau korang sakit hati,korang emosi
mungkin patut korang join akar next time
mungkin bila dengar lagu fynn di cd feelnya tak sama macam live
dengan lontaran suara and emosi
baru korang boleh rasa gila gila


sumpah kagum
bayangkan ada satu team ni 'jamm rabak'
fynn jamal one of them
diorang main muzik and nyanyi spontaneously
first time tengok orang hebat macam tu
kalau kita hebat macam tu dah byk lagu yang keluar kan?
yela,kau tengok bulan kau reka lagu bulan
kau tengok pengemis kau reka lagu untuk mereka
tanpa pikir,spontan
boleh tak kita camtu?cool gila


and suka tengok enchek tunang excited
tak sangka dia ni jiwa seni juga
and apa yang paling best kitorang dapat beli cd fynn rare version!
buat muka terhegeh hegeh sikit pegi kat fynn
yea,dapat juga

pastu now hari hari kereta kenari dengar lagu fynn..haha

bagi saya,
anak anak muda macam kita
mungkin patut lebih pergi tempat tempat macam ni
kalau rasa nak luah emosi,jiwa kacau
mungkin dengar diorang akustik lebih menenangkan
dari korang telan biji dan terkinja kinja jadi bahan gelak orang
kan?tak cool pun
buat orang rasa kau tak tentu arah ada la

tak sabar nak pergi akar lagi
btw,korang dengarlah lagu fynn..'BIAR'
sumpah leleh weyh
dengar tau,tak dengar tak nak kawan

Tuesday, 24 May 2011

menjadi aku

mungkin kau lihat menjadi aku itu mudah
mungkin kau pikir menjadi aku itu indah
tapi kau belum tentu faham betapa jerih jadi seorang aku

mungkin kau lihat senyum aku itu penuh
mungkin kau pikir ketawa aku itu senang
tapi kau belum tentu faham letih jadi seorang aku

jadi mungkin kau perlu syukur
kerana kau jadi dirimu
aku ini terus berdiri kerana aku masih bersyukur aku jadi diriku
dan aku menangkan diri fikir mungkin ada yang lebih tragis hidupnya dari aku

aku takkan mudah kalah
aku juga tak mahu mudah lupa
jadi aku kenang setiap duka
dan hargai setiap gembira

hari ini aku bisa tersenyum
bahagia dan penuh syukur
aku lari terus dari hitam samar semalam
bagi aku hidup bukan untuk jalan ke belakang

tidak,ini bukan hanya cerita cinta dan sakit hati
ini bukan cerita luka cinta
ini cerita hidup aku yang kisahnya pasti laku jika ia sinetron
iya,sepanjang itu
sesukar itu jalannya

dari saat pertama aku melihat bumi Tuhan
hingga saat hari ini air mata sentiasa sudi menemani

kau lihat aku lemah kerana itu?
kau lihat aku layu kerana tangisku?
bukankah menangis itu tanda hidup?
itu lebih baik
kerana aku kuat setiap kali aku menangis
 dan aku tidak pernah canangkan apa kisahku
dan aku tidak pernah hanyut dalam sedihku

biar sedih itu jadi semangat
untuk aku ubah kelam jadi bahagia
biar siksa itu jadi pembakar
untuk aku terus hidup sabar

Monday, 23 May 2011

hati gemok dan sehat!

gemok hati saya,dah tak kecil lagi
makin lama makin sehat
syukur sebab sekarang hati sedang berbunga bahagia
si lesung pipit juga perutnya sudah semakin sehat..maaf,haha
untuk ada hati yang gemok dan sehat tak semestinya perlu ada vitamin
rasanya dengan hilangkan rasa dendam,syukur untuk detik sekarang dan jadi positif
hati pasti gemok!

sekarang masa saya untuk bahagia
setelah 24tahun hidup,macam macam cerekarama saya dah lalui
dan saya harap perubahan status saya ini suatu buku baru
begitu juga untuk keluarga,pindah ke rumah baru
mungkin ini semua kamus baru untuk kami
lenyapkan duka,pedih,sepi semalam


Tuhan Maha Kaya,syukur kepadaNya
untuk peluang ini
ada seseorang yang sentiasa tak jemu beri saya bahagia
dan saya juga tak pernah padam 1% pun rasa sayang untuk dia
walau apepun terjadi


hati saya sehat
hati saya gemuk
bila lihat dia ketawa,dia gembira
bila lihat dia bersungguh untuk future kami bersama
bila lihat mama bersungguh mahu yang terbaik untuk kami
bila lihat keluarga restu hubungan kami

saya cuma mampu bersyukur dan saya mohon pada awak
jadilah seindah ini sampai tua
awak bawa satu harapan untuk saya
satu satunya lelaki yang saya harapkan sampai mati
bawalah kami ke syurga

kita kini ada hati yang gemok dan sehat
mari panjatkan doa supaya ia kekal begini
bahagialah awak dalam cinta saya..;)

Thursday, 19 May 2011

yang terindah




Semenjak kau hadir dalam hidupku.Tiada lagi keresahan.Kau mengetuk pintu hatiku.Tanpa sedar hingga ku izinkan.Kau yang bernama cinta.Kau yang memberi rasa.Kau yang ilhamkan bahagia.Hingga aku terasa indah.Maaf jikaku tidak sempurna.Tika bahagia mula menjelma.Bila keyakinan datang merasa.Kasih disalut dengan kejujuran.Mencintai dirimu.Merindui dirimu.Memiliki dirimu.Hingga akhir hayat bersama kamu.Kau yang bernama cinta.Kau yang memberi rasa.Kau yang ilhamkan bahagia.Hingga aku terasa indah.

Wednesday, 18 May 2011

entry malu malu kucen

assalammualaikum..
saye kembali ke blog dengan status baru
alhamdulillah semuanya berjalan lancar
saya kini officially tunangan mohd farizal zakaria
hehehe..
 <3 u!

 nak jadi bakal cucu kena makan sirih.

 saat disarungkan cincin

 with my beloved nenda

 heart u bunda!

pakcik muke sekerat pun saya dah mula sayang,its ok

semoga semuanya lebih baik untuk kita di alam pertunangan

macam tak percaya je tapi alhamdulillah kami berjaya
selepas lebih kurang 6 tahun bercinta,kami disatukan dengan cincin di jari
enchek tunang,saya sekarang officially haram dipinang lelaki lain
saya janji saya lebih bahagia lepas ni
beberapa bulan lagi awak jadi enchek suami pula,YEA!

thanks to mama,my families,ijan's families,and friends yg byk tolong and been really supportive
thanks to team rendabellezza for making my day!ouhsome dais and hantarans,u guys did a really good job!
syukur alhamdulillah!

Thursday, 12 May 2011

coba

kalau kita bercerita tentang hidup kita
kita perlu tahu semua orang ada kisah hidup masing masing
semua orang ada pasang surut dalam hidup

jadi kita tak boleh kata kita punya kisah hidup termalang
atau bangga kita sentiasa bahagia
bila kita senang,ada yang menitiskan airmata
bila kita sedih,mungkin ada yang sedang bertepuk tangan

jadi apa yang kita perlu buat bersyukur untuk setiap satu detik dalam hidup
andai kata hari ini yang terakhir,jadikanlah ianya satu kenangan termanis
andai kata masih ada esok,jangan kita ulangi kesilapan hari ini

dan bila kita diberi peluang untuk bernafas
jangan sesekali berniat untuk cela kan hari sesiapa
sebab tiada manusia yang boleh hidup,bernafas dengan aman
jika dia sentiasa berhati keji dan jadi duri dalam hidup yang lain
cubalah
cuba bahagiakan yang lain
cuba kongsi ketawa
sentiasalah letak diri kita di tempat orang lain
rasa apa hati kita mungkin bicara
jika kita ditakdirkan di tempat mereka

bukan senang berhati suci
tiada siapa sempurna serba serbi
cuma cuba
cuba untuk tidak mati walaupun mata terbuka
kerana jika hidup kita tak pernah puas
tidak pernah bersyukur
tak punya rasa malu dan rendah diri
kita seperti mati sebelum waktunya
itu bukan pilihan terbaik kan?


cuba bersyukur
hargai yang sudah ada depan mata
cuba jadi manusia yang lebih baik saat bangkit setiap hari
bukan terus toleh cari dosa,dan cari seronok dunia

ini tulisan hati sekadar mahu muhasabahkan diri sendiri
dan buat sesiapa yang sudi berfikir untuk ke sejenak kali

Wednesday, 11 May 2011

give and take

when you were given chances

you have to grab and appreciate it

it might be the last one it might be the toughest chance given

the KEY is appreciate

the LOCK is give back what you should

take what u were given

give what you should give

never ever take anything, anyone for granted

never ever

si lesung pipit itam manis

hari ini saya akan bercerita tentang SEBAB
orang kata bercinta tak perlu bersebab
kalau kita ikhlas sayang someone kita mesti takda alasan kukuh kenapa kita sayang dia
betul tak?cuba fikir

kalau bersebab tu kira macam nanti satu masa love tu akan mati
paham kan?
tapi tak salah kalau seseorang tu jadi special kat mata kita diSEBABkan diri dia
yang takda pada orang lain,ataupun cara dia treat kita yang memang kita je paham kenapa kita suka

hurm,mak dah kata cinta ni rumit
easily misunderstood,easily failed

tapi untuk saya,ada lah seorang budak ni dia berjaya lah membuat saya suka dia tanpa SEBAB
bila orang tanya kenapa pilih dia,kenapa suka dia..saya ambil masa 55minit untuk jawab
dan akhirnya saya jawab sebab dia tu dia la..
haih dia ni..

faktor faktor awal saya jatuh hati
dia ni kan ego bapak tinggi,kira kalau dia betul betul suka tu payah semenanye dia nak ngaku
take time..kalau dia senang sgt ckp suka tu,dia tak berapa nak suka smenanya
jadi untunglah saya jadi orang yang dia malu malu tapi mahu..saya lagi suka lelaki macam ni

kemudian,budak ini ada satu perangai.sifat 'aku kan abang'. kadang kadang saya penat nak melayan.tapi saya sangat suka lah dia ada responsibility..dia jenis orang yang akan bertanggungjawab untuk kesalahan dia dan takkan simply take anyone for granted.saya suka sifat ni,tapi ada satu time je saya rasa takpelah kot kalau tak kesian kat orang pun.

pastu dia ni garang..boleh saya kata saya suka dia garang?
mulut dia maen lepas je,dia marah pon suka hati dia
tapi dia marah kejap,pastu bila marah tu dia nampak cool
apa kejadah marah nampak cool?
tu la masalah mata si pecinta..korang diam

dia ni hurm dia ni..
saya suka tengok dia yang sangat detail
dia akan kemas kereta dia walaupun tengah drive kalau dia nampak habuk,or dia tengok keadaan bersepah
sampai kereta orang pun dia nak lap
sangatla saya rasa nak gelak tengok ketelitian dia..tapi saya tahan je
dan dia ni detail dari segala hal
resit dia simpan,semuanya macam ada sistem
contra la ngan saya yang kadang kadang tak tahu duit rm50 hilang dalam masa sehari untuk apa.


apa lagi?
dia ni kelakar orangnya
kadang kadang dia membahan orang tu tak hagak ok
sangat suka tengok dia gelak
sebabkan dia tak pernah fail buat saya ketawa
keletah sangat
kadang kadang saya rasa nak cubit dia!

lagi satu budak ni kalau bercakap tak payah pakai mic
loudspeaker!!HAHA
takdala saya suka dia cakap kuat kuat
tapi dia ni spontaneous and selambe dia je
sebab tu saya senang ngan dia
saya ni berat mulut
tapi sejak berkawan dgn dia boleh tahan jugak mulut saya

saya suka tengok dia makan
dia makan laju pastu semangat
kadang kadang sampai berpeluh peluh semangat

saya malas nak bagitahu satu menda ni,
tapi saya bagitahu jugaklah
saya suka tengok dia main bola
suka sangat sebenarnya
tak taula dia hebat ke ape ke
tapi saya ni peminat no 1 dia lah dalam diam

dan yang paling dia perasan ialah saya
suka lesung pipit dia
kenapa saya suka lesung pipit dia?
sebab lesung pipit dia makin lama makin dalam
dulu mula mula kenal tak nampak pon
ajaib kan?

baiklah,sudahlah ye
saya pun tak nak terlebih puji dia
itulah alhamdulillah saya bersyukur dapat kenal dia
dan saya boleh terima baik buruk dia
nobody's perfect but somehow i saw the perfection in his imperfection
so that is how we still survive

lepas ni budak ini akan chupp saya
dah banyak yang kami lalui
saya harap the good and bad things we've been through
jadi kebahagiaan kami..
i sayang u lah lesung pipit ;)

Monday, 9 May 2011

gumbira

yea!finally baru berjaya membuka blog
final exam dah abes..alhamdulillah
hope semuanya baik2 sahaja
selesai sudah pejuangan selama 3tahun setengah

sekarang sedang berdebar menanti hari
dah macam nak bersalin pulak kan..haha
lepas ni saya berstatus baru
lepas ni saya dah boleh tinggalkan buku2
dan jadi pekerja berdedikasi,boleh?
fuhhh..aaamin..
hope semuanya selesai



ouh ye,sudah berbelas tahun jadi penghuni pandan indah,sekarang dah jadi penghuni taman chempaka pula
sempena nak mulakan hidup baru ni semuanya pun baru..
orang kata hargai setiap hari kita di dunia ni
jadi nak mulakan hidup baru kena positif,kena maintain,kena sentiasa motivate
insyaallah,a better tomorrow untuk kita ;)

terima kasih chenta hati ;)

I wanna thank you for giving me time to breathe
Like a rock you waited so patiently
While I got it together
While I figured it out
I only looked but I never touched
'Cause in my heart was a picture of us
Holdin' hands, makin' plans and it's lucky for me you understand

What a girl wants
What a girl needs
Whatever makes me happy sets you free
And I'm thanking you for knowing exactly
What a girl wants
What a girl needs

Whatever keeps me in your arms
And I'm thanking you for being there for me

A weaker man might have walked away
But you had faith
Strong enough to move over and give me space
While I got it together
While I figured it out
They say if you love something let it go
If it comes back it's yours
That's how you know
It's for keeps,  it's for sure
And you're ready and willin'
To give me more than


A girl needs somebody sensitive but tough
Somebody there when the goin' gets rough
Every night he'll be giving his love
To just one girl

Somebody cool but real tender too
Somebody, baby, just like you
Can keep me hangin' around
With the one who always knew

What a girl wants
What a girl needs
Whatever makes me happy sets you free
And I'm thanking you for knowing exactly
What a girl wants
What a girl needs
Whatever keeps me in your arms
And I'm thanking you for being there for me